Jebat Jayden Demam Dipujuk, Cara Dia Jawab Buat Ramai Terhibur!

Sama seperti anak selebriti lain, Jebat Jayden juga tidak ketinggalan untuk menjadi bualan hang4t dan perhatian daripada ntizen dan peminat.

Siapa sahaja yang tidak mengenali Jebat ini kerana dia merupakan satu-satunya anak pelakon lelaki popular iaitu Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila. Gelagat dan telatah comel Jebat yang begitu bersahaja membuatkan ramai yang terpikat dengan kepetahannya dalam berkata-kata.

Baru-baru ini menerusi satu rakaman video yang telah dikongsikan oleh sebuah akaun yang bernama NoorKartini66 ini telah berjaya menarik perhatian warga Tik Tok.

Dalam video yang telah dikongsikan itu juga memaparkan satu susuk tubuh Jebat Jayden yang sedang terbaring kerana demam ditemani oleh seseorang yang sedang memeriksa suhu badannya.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jebat Jayden Ahmad (@jebatjayden)


” Kesian cucu dadhi demam.. doakan jebat jayden ahmad soleh sehat ” Tulis NoorKartini di ruangan kapsyen.

Apa yang menarik perhatian ialah gelagat Jebat Jayden yang bersahaja menyatakan dirinya tidak perlu risau dengan keadaannya kerana beranggapan dia adalah seorang budak yang baik.

Ketika artikel ini ditulis, berdasarkan perkongsian video berdurasi 24 saat itu  telah berjaya 2.5M tontonan, 255K dan pelbagai reaksi komen daripada ntizen.

Komen ntizen:

Sumber: sinarviral.kini

Be the first to comment on "Jebat Jayden Demam Dipujuk, Cara Dia Jawab Buat Ramai Terhibur!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*