“Ayah Lama Menghilang..Bila Dia Tiada..” Puteri Balqis Buka Mulut Lepas Ramai Bertanya

“Ayah lama menghilang, kami tk berhubung dan saya sendiri nak jauhkan diri sebab apabila dia tiada, saya jadi lebih baik.”

Demikian pengakuan pelakon, Puteri Balqis atau nama sebenarnya, Puteri Balqis Azizi menjawab kemusykilan ramai tentang keberadaan bapa kandungnya, Azizi Aziz.

Kata Balqis, 15, sudah tiada ‘chemistry’ antara mereka dan hanya ibunya, Norashikin Mohd. Aziz, satu-satunya insan tempat dia bergantung harap ketika ini.

“Waktu ada dia (ayah), saya berdepan tekanan kuat.

“Kali terakhir saya berhubung dengan ayah kira-kira umur 10 atau 11 tahun,” katanya kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Balqis ditemui usai sidang media pelancaran filem terbaharu lakonannya, Rumah yang turut dibintangi Erra Fazira dan Mak Jah di ibu negara.

Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Televisyen Asia 2014 itu juga mengakui sangat terluka dengan kelakuan bapanya namun tidak memperincikan apa yang telah dilakukannya.

“Apa yang dia buat, sakit. Jadi, saya nak jauhkan diri. Sebab apabila saya hubungi dia pun, nampak ‘chemistry’ sudah tiada.

“Sekarang ibulah yang jadi ayah. Dia ibu dia jugalah ayah. Hidup saya complete (memadai), tak rasa missing (kehilangan)

“Sekarang ini, saya cuma ada tiga orang sahaja. Diri saya sendiri, ibu dan pengurus (Fariz),” jelasnya.

Ditanya tentang kehidupan tanpa kasih sayang seorang ayah, balas Balqis: “Saya okey sebab hidup saya dari dulu memang begini. Presence (kehadiran) ayah ada tapi dia punya effort (usaha) itu tiada.

“Jadi, sekarang ini saya ambil kasih sayang ayah itu daripada ibu. Begitu, dah cukup. Cukup sangat.”

Biarpun hidup dalam keadaan kekurangan tanpa dikelilingi kemewahan, Balqis mengakui bahagia.

“Saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Nampak macam tvlar tapi lepak di kedai mamak minum teh ‘o’ ais,” katanya.

Difahamkan, ibu dan bapa Balqis berceral ketika dirinya masih kecil namun tldak dapat dipastikan perincian sebenar status percera1an mereka kerana tldak pernah diceritakan kepada umum.

Tak nak besarkan lagi masalah, Puteri Balqis buat satu video. Ini rayuan dia kpd Mia Sara

Perselisihan faham diantara dua pelakon remaja akhirnya berakhir apabila Puteri Balqis tampil memohon maaf secara terbuka kepada Mia Sara.

Balqis Mohon Maaf

Menerusi sebuah video yang dimuatnaik Balqis atau nama sebenarnya Puteri Balqis Azizi, 15 di laman Instagram pada malam Khamis, dia ingin memohon maaf kepada Mia dan keluarganya atas kenyataan balas yang dikeluarkannya sebelum ini. Malah, pelakon yang mesra disapa sebagai Aqish itu turut memohon maaf kepada peminat dan penyokong Mia.

“Hello kakak saya, Mia Sara ini adalah saya Puteri Balqis. Jauh dari dalam lvbuk hati saya ingin memohon maaf kepada awak, Mia Sara dan saya memohon maaf seikhlas hati kepada bapa awak, Pakcik Ridzuan dan saya juga memohon maaf seikhlas hati kepada semua peminat dan penyokong awak” ujar Balqis

Menurut Balqis, dia akui terasa hati apabila Mia memberi komen secara terbuka mengenainya apatah lagi berbaur f1tnah apabila mendakwa dia tidak dibesarkan dengan baik oleh keluarga. Jelas Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Televisyen Asia 2014 itu, dia yang dibesarkan oleh ibunya hanya membuat perihal mereka sekeluarga sejak dahulu lagi dan mempunyai cara tersendiri dalam mengingati agama Islam khususnya kepada Tuhan.

“Aqish dan ibu buat hal kami sendiri dan kami tidak k4cau orang jadi saya terasa bila ada orang komen secara terbuka mengenai saya tidak dibesarkan dengan baik oleh keluarga saya. Itu adalah satu f1tnah yang besar dan bila awak kata saya tidak dibesarkan dengan baik oleh keluarga itu adalah ibu saya sendiri. Saya tidak tunjukkan rasa kasih saya kepada Tuhan melalui gambar tetapi saya tunjukkan sayangnya saya kepada Tuhan menerusi puisi. Saya turut tunjukkannya melalui penulisan dan tidak ramai orang yang bertanyakan perihal itu” katanya.

Rayu Mia Tidak Ulangi Kesilapan Yang Sama

Dalam pada itu, Balqis berharap agar rakan seperjuangannnya itu tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama dan berkesempatan menitipkan pesanan buat penyokongnya.

“Saya hanya berkata ini sekali dan hanya akan sekali mengatakannya. Tolong jangan ulang atas apa yang awak sudah lakukan kepada saya dan saya harap kita dapat meneruskan semula kehidupan masing-masing, terima kasih.

“Dan kepada semua penyokong saya,apa yang boleh saya katakan? anda sangat baik, anda bertindak untuk berdiamkan diri dan memberi penuh kasih sayang terima kasih untuk itu. Dan ini kepada anda semua, biarlah orang menghukum, biarlah orang membuat tanggapan buruk terhadap anda tiada apa yang perlu dibuktikan. Teruskan berbuat baik. Terima kasih” katanya lagi

Terdahulu, Murai.my melaporkan kedua-dua pelakon itu mempunyai perselis1han faham berikutan Mia memberikan pendapat mengenai soalan yang diajukan oleh seorang netizen mengenai Balqis.
Komen Mia, dia berpendapat tidak semua orang dibesarkan dengan keluarga yang beragama dan tidak perlu menyalahkan Balqis.

Balqis yang kecew4 dengan d4kwaan tersebut tampil dengan kenyataan menempel4k Mia kerana bersikap sedemikian.

Be the first to comment on "“Ayah Lama Menghilang..Bila Dia Tiada..” Puteri Balqis Buka Mulut Lepas Ramai Bertanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*