“Murvng di hari bahagia.” – Make Up Tiga Jam, Tak Sampai 10 Minit Dah Luntur…

Semasa berlangsungnya hari perkahwinan, pengantin wanita sudah pastinya mementingkan aspek solekan supaya kelihatan cantik dan berseri di hadapan suami, keluarga serta para tetamu yang hadir.

Bahkan, mereka juga turut melakukan survey yang lebih awal bagi memastikan jurusolek yang diupah dapat memberikan solekan seperti mana yang diinginkan.

Make up ‘luntur’

Namun lain pula yang terjadi kepada seorang pengantin apabila makeupnya dilihat ‘luntur’ selepas disolek. Kisah ini dikongsi menerusi sebuah video yang dikongsi di laman TikTok dan meraih simpati daripada orang ramai.

Make up tiga jam, tak sampai 10 minit dah luntur macam ini.

Dakwa pemilik video ini jurusolek yang diupah mengambil masa selama tiga jam namun hasilnya begitu mengecewakan dan solekan tersebut dikatakan ‘luntur’ selepas 10 minit.

Menerusi video yang dikongsi, dapat dilihat solekan tersebut luntur pada bahagian bawah mata dan dahi. Apa yang telah terjadi membuatkan wanita ini berasa sedih dan hilang keyakinan diri.

Menerusi ruangan balas, pengantin dari Tanjung Malim, Perak mend4kwa dia sudah pun menjelaskan keadaan kulitnya yang cepat kering dan berpeluh serta sama sekali tidak melakukan sebarang rawatan muka tiga bulan sebelum majlisnya berlangsung.

Nak pergi masjid untuk akad nikah rasa sedih dan tak yakin. Murung di hari bahagia.

Video penuh:

Komen ntizen:

Sumber: Nuyin

Be the first to comment on "“Murvng di hari bahagia.” – Make Up Tiga Jam, Tak Sampai 10 Minit Dah Luntur…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*