3 bln sblm merisik baru tahu kisah silam ye, aku xblh trima. Mengapa berat ujianku. Tp wajah dia selalu hdir dlm mimpi aku

Foto sekadar hiasan. Salam g3ng apa kabar? Moga sehatlah semua lagi lagi di zaman wabak ni. Banyak lak masa nak karang panjang panjang. Tak apalah aku nak jugak share dengan korang semua. Haha.

Bercinta dengan seorang gadis yang mana bekas penag1h ddah. Bahagia atau der1ta? Pengalaman ni sangat luar biasa dan aku pun tak sangka akan lalui perkara yang macam ni punya g1la.

Kisah ni berlaku beberapa tahun dulu. Lama dah, tapi aku ceritakan balik. Panjang namun aku cuba ringkaskan ya?

Umur aku memasuki 34 tahun sekarang. Dulu zaman bujang, aku pernah bercinta 2 kali saje dengan perempuan sejak sekolah menengah. Tapi sampai 1 tahap, aku rasa perempuan ni mer1maskan.

Lebih lebih lagi masa zaman aku belajar di universiti. Kuat merajuk, mar4h tiba tiba, asyik nak menang dan selfish.

Aku sayang sangat seorang perempuan ni malangnya dapat tahu dia jenis bvaya darat.

Apa korang ingat bu4ya darat tak ada version perempuan ke? Ada. Aku jadi malas nak bercinta lepas dapat tahu dia pasang lelaki lain.

Dipendekkan cerita aku tawar hati apabila dipermainkan. Sedangkan aku terlalu sayang.

Dulu aku minta masa pada dia bila habis belajar aku akan segera cari kerja. Kumpul duit untuk melamar. Tapi lain pula yang jadi.

Okey pasrah la mungkin tiada jodoh. Selama 2 tahun aku tutup hati aku. Belajar redha dan move on, sangat sangat perit.

Aku berdoa pada Allah, bukalah hati aku semula ketika ia bukan untuk dis4kitkan lagi. Alhamdulillah ia seakan termakbul.

Sampai 1 masa, aku akhirnya tiba tiba tergerak download 1 aplikasi dating. Kawan aku yang suruh. Aku ikut saja.

Bila daftar memang ramai perempuan like. Tapi hanya beberapa orang sahaja yang nampak serius. Banyak yang cuba bermain main saja.

Panjang proses di sini, dekat 2-3 bulan aku cuma keluar dan masuk saja. Berbalas chat juga kadang ia, kadang tidak.

Tapi dalam ramai ramai, cuma seorang sahaja yang melekat. Maksudnya perkenalan kami terus berlangsung lama di Whatsaap.

Mula mula aku tak letakkan harapan langsung. Tapi makin lama mengenali, makin jatuh suka.

Masuk bulan ke 8 kenal, kami akhirnya ambil keputusan berjumpa. Aku adalah orang Perak dan dia orang JB.

Kami ambil keputusan berjumpa di tengah tengah iaitu di KL. Aku drive kereta dan dia naik bas. Aku jemput dia di TBS lalu. Mulalah detik pertama kami berjumpa.

Agak janggal sebab selama ini kami cuma berhubung di telefon. Hanya whatsaap atau call sahaja. Kalini face to face.

Orangnya tidaklah terlalu lawa namun cukup manis di mata aku.

Selepas pertemuan pertama, aku rasa begitu berkenan kerana tertarik dengan perwatakannya yang pemalu, kelakar serta polos. Bila berjumpa depan depan, lagi terserlah kecomelannya.

Sepanjang 1 tahun lebih kenal, kami hanya berjumpa 2-5 kali sahaja.

Sebabnya dia sibuk di kampung dan aku pun lagi sibuk. Kami jarang dating tapi selalu in contact by Whatsaap.

Aku ajak dia untuk betul betul serius. Akhirnya aku ungkapkan. Andai ada jodoh dan rezeki, aku nak menjadikannya sebagai isteri.

Peribadinya sangat baik, sedikit kelakar tapi lemah lembut.

Sebelum aku beranikan diri membuka semula hati dahulu, aku sudah niat dan berdoa, “Allah kau berilah aku jodoh yang baik. Tidak kira rupa, asalkan menyenangkan hati”.

Aku tidak mencari yang cantik, aku mencari wanita yang berakhlak baik. Memahami kerja aku, ikhlas menyayangi aku dan sebagainya.

Oh ya sebelum terlupa, aku mungkin seorang lelaki yang nampak smart di mata dia. Katanya pakai kereta besar dan kerja besar.

Sesekali dia akan malu dan merendah diri sebab dia hanya bekerja sebagai cashier di sebuah supermarket.

Awalnya aku berfikir aku perlu cari yang setaraf dengan aku. Tapi selepas beberapa wanita yang aku kenali, dia sajalah yang berjaya ambil hati aku.

Dari segi wajah, mungkin dia tak secantik orang lain. Namun personalitinya buat aku jatuh sayang.

Dia cuma bekas pelajar SPM yang tidak sambung belajar. Kekangan menjaga ayah dan ibunya yang semakin tua ketika itu, dia decide bekerja di kampung saja.

Dia sangat memahami dan bukan jenis mendesak. Mengongkong dan kuat merajuk? Tidak dan jarang sama sekali.

Walaupun dia takde pendidikan yang tinggi, pemikiran dan akhlaknya jauh lebih matang drpd gadis berpangkat ijazah atau PHD yang pernah aku kenali sebelum ini. (Segelintir sahaja bukan semua).

Tapi sesuatu yang mengejutkan berlaku. Saat kasih sayang aku tengah menggunung, dia mendedahkan kisah silam yang sukar untuk aku terima.

Ya. Dia membuka cerita bahawa dia adalah bekas penagih sy4bu. Pernah terlibat dengan banyak isu moral yang lain. s3ks bebas pun pernah dia lalukn.

Akibat rakan sebaya kan. Hidup dia dulu tak ubah seperti placur apabila sering bertukar tukar lelaki.

Aku terdiam dalam panggilan. Dia menangis ceritakan segalanya. Ketika itu adalah 3 bulan sebelum aku bercadang nak meminang dia.

“Awak perlu tahu. Awak berhak tahu pasal masa lampau saya”. Itulah ayat dia yang takkan aku lupakan.

Aku terus matikan telefon. Aku remuk, tergamam kerana gadis yang aku sayang dan sangka baik rupanya bekas penagih?

Hati aku dah diracik 1000. Dada sesak dan aku mengeluh, Allah kenapa kau bagi aku dugaan macam ni selepas aku dah sayang dia?

Keesokannya dia terus menghantar Whatsaap meminta maaf berkali kali. Dia menelefon namun aku biarkan je.

Aku perlukn masa. Aku terduduk. Wanita yang aku nak jadikan isteri, bekas penagih?

Dia jelaskan juga selepas setahun terjebak dengan benda tu dulu, dia berubah terus sebab ibunya meningg4l.

Dalam keadaan dia belum berubah dan masih budak jahat, ibunya meningg4l sebab kena str0ke di bilik air.

Jadi dia sangat ralat. Itulah semangat dia mula berubah perlahan lahan.

Ah, aku tak kisah. Yang penting dia dah tipu aku. Itulah tekanan yang aku rasa ketika itu. Hampir 2 bulan aku mendiamkan diri. Hidup aku jadi sedih dan serabut.

Pada satu malam selepas aku penat menangis, aku lipat sejadah dan baring atas katil.

Aku tertidur dan wajah perempuan tu asyik muncul di dalam mimpi. Bila buka mata, basah alis mata aku penuh dengan air mata.

Aku berdoa setiap malam minta Allah padamkan kasih sayang aku pada dia. Sebab aku benci pada dia.

Kerana aku tak dapat terima benda tu Penagih, tiada dara pula tu?

Walaupun banyak kali dia minta maaf, aku tetap s4kit. Menangis meratap. Lelaki memang nampak kuat, tapi mereka sentiasa kalah dengan perempuan yang dia sayang. Akulah insan tu.

Berbulan bulan aku cuba lupakan tapi gagal hingga hati aku tak tenang. Aku sayangkan dia namun kisah silam dia cetuskan dilema.

Akhirnya aku menangis sepuasnya dan buat solat istikarah setiap malam. Setiap malam juga wajah dia muncul.

Selepas membisu aku akhirnya menelefon dia. Malam itu kedua duanya senyap tapi diselangi dengan air mata tersedu sedu.

Dia masih meminta maaf dan aku? Diam dan menangis. Aku tanya dia adakah dia benar benar dah berubah? Dia jawab ya, lillahitallah.

Bila aku perhatikan semula peribadinya, ya dia perempuan yang baik. Aku?

Aku lelaki yang kononnya hebat tapi kenapa sebegitu jij1k dengan perempuan yang dah bertaubat daripada masa silam dia? Apa hak aku untuk merasa jij1k dengan hamba Allah yang berusaha berubah?

Siapa kita nak menghvkum? Sedangkan kita sendiri penuh dengan dosa. Selepas dapat banyak petunjuk, aku belajar menerima perlahan lahan dan kembali mencintainya.

Eh tidak. Yang sebenar benarnya aku tak pernah berhenti menyayangi dia walaupun sesaat. Cuma ini adalah ujian untuk aku. Ujian untuk dia.

Allah seakan menjawab doa aku. Semua dipermudahkan kembali. Aku yakin dia adalah jodoh yang dah diberikan pada aku. Aku kena jaga dan lindungi dia. Cerita ni terus mekar.

Alhamdulillah perkahwinan kami memasuki 3 tahun pada 2021 ni, ada seorang anak lelaki yang comel.

Ya. Inilah kisah aku. Lelaki yang mulanya terpaksa belajar menerima jodoh.

Jodoh aku adalah seorang perempuan bekas penag1h ddah. Yang masa silamnya penuh kekotoran, namun ikhlas bertaubat.

Malah selepas berkahwin, aku semakin menyayanginya lebih daripada zaman bercinta. Dia wanita yang baik, sangat menyenangkan sampai sekarang.

Yang kotor dan jijik cuma masa silamnya, bukan dirinya yang sekarang.

Tidak pernah aku bayangkan akan berjodoh dengan orang sebegitu, tapi inilah jodoh aku. Jodoh yang aku akan jaga dan sayang sampai mat1.

Der1ta? Tidak, aku sangat bahagia. Terima kasih Allah.

Kredit: citegempak

Be the first to comment on "3 bln sblm merisik baru tahu kisah silam ye, aku xblh trima. Mengapa berat ujianku. Tp wajah dia selalu hdir dlm mimpi aku"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*