Aku Pmpuan Mkn Byk. Masa 1st Date Bf Order Satu Pinggan Je, Terkelu Bf Bila Aku Ckp Kita Bayar Asing Jela, Sekali Ini Yang Aku Balas

Gambar sekadar hiasan. Hi semua, Assalamualaikum. Namaku Dimsum. Seorang perempuan 20-an, yang sangat suka makan dalam kuantiti yang banyak. Aku tahu ramai je manusia dalam dunia ni suka makan, tapi aku nak cerita pasal suka makan banyak. Aku sebenarnya takde la makan banyak macam Isaac Osman makan tu. Kau gile ke. Tapi kuantiti aku makan tu, agak banyak la compared dengan majoriti perempuan yang aku kenal.

Kadang dua tiga bungkus nasik lemak, bergantung saiz dan tahap kesedapan. Roti canai sekeping je, sebab aku tak suka. Weh tak suka pun habis gak sekeping tau. Senang cerita, aku perempuan yang makan gaaya lelaki normal makan.

Satu benda pasal aku, aku sangat suka nasik. Daripada kecik lagi, aku disuapkan nasik. Aku terbiasa mencari nasik bila aku lapar. Ub4t kepada lapar adalah nasik, bagi aku.

Jadi kantin sepanjang sekolah rendah, sekolah menengah, memang itulah destinasiku. Mencari nasik lemak atau nasik berlauk atau nasik goreng. Of course, koperasi bukan tempat favourite aku sebab jajan tak mengenyangkan.

Dah lah mahal, telan sekali dah hilang, dah tu siapa nak hilangkan kelaparan aku ni?? Coklat RM1.50 boleh dapat sepinggan nasi lemak lengkap sambal merecik ikan bilis garing plus telur rebus sebelah tau.

Tapi kawan-kawan aku suka benda camtu. Alah, perempuan kan suka desserts. Coklat, aiskrim, kek, muffin, roti, segala benda alah tu.

Bila aku masuk uni, aku terasa asing sikit la. Waktu bebudak dulu, kisah pulak aku kan. Kawan-kawan uni semua pandai melawa, bercontact lens, berfesyen, hijabista, bermekap bagai. Aku biasa-biasa saja.

Fokusku lebih kepada how to survive uni life and of course, enjoy what I love most, which is eating. Kau bayangkan, aku pergi makan dengan kawan aku, nasik aku segunung, diorang punya satu senduk je. Tu pun tak habis…. Yaa Rabbi.

Kadang-kadang aku geram jugak bila orang makan tak habis ni. Tinggal lagi dua suap pun tak boleh nak habiskan?? Lepas tu, diorang akan suruh aku habiskan. Kapasiti aku besar, katanya.

Aku tak terasa pun. Tapi aku tak suka. Ibarat aku dah mencapai satu tahap kenyang abadi, pastu ditonyoh lagi masuk perut. Turn off la orang cakap.

Padahal bukan aku yang makan tak habis. Aku selalu ambik makanan ikut kemampuan perut aku, pastu pinggan aku akan licinkan hingga tiada sebutir pun benda boleh makan akan ada atas pinggan.

Ibaratnya, kutip semua barakah pada rezeki tu. Kalau tengok daripada jauh, macam pinggan baru lagi tau. Punya lah bersih.

Sebab tu aku senang hati tengok kawan yang sedar diri dia makan sikit, jadi dia mintak nasik separuh lauk separuh dan sanggup bayar pada harga asal. Sebab aku jarang lah mintak separuh haha. Tabik lah sebab fikir untuk tak membazir.

Korang tahu, aku pernah keluar makan dengan boyfriend (now ex) aku time awal2 kenal dulu. Ex aku nak order satu je makanan. Satu sebab mahal la weh satu pinggan RM20+.

Student mana ada duit. Jadi dia pun cakap la ayat drama tu, “kita order satu je lah eh lagipun awak mesti makan sikit je kan? Nanti saya jugak kena habiskan”.

Respons aku, LAWAK KE DER. Aku cakap, “takpe, makanan saya, biar saya bayar sendiri. Awak beli je apa awak nak tapi awak pun bayar sendiri la”. First date— nak control ayu? Perut aku jauh lebih penting pada aku.

Aku tengok jugak dia tengok aku makan, mungkin dia ingat aku nak pass kat dia pinggan aku, tapi sekali lagi dia angkat muka pandang aku, eh dah licin?? Aku siap ajak pergi kedai tomyam untuk lagi seround.

Sejak tu, kami makan kedai murah saja asalkan dapat makan banyak. HAHAHA. Kekal lama la jugak, 4 tahun, lepas tu masing2 went separate ways. Bukan jodoh.

Now, bila aku dah kerja, dan still single, aku masih teruskan habit aku ni. Yelah, tak payah please sesapa, duit pun ada, aku makan je apa aku nak makan, cuma satu aku jaga— air manis. Aku memang tak sentuh air manis.

Kena lah balancekan dengan habit makan banyak aku tu kan. Aku pun rajin workout, so walaupun sejak PKP ni aku hampir nak overweight, tapi alhamdulillah masih normal dan sihat.

Aku jugak selalu check bl0od pressure and heart rate, semata-mata sebab aku risau aku makan banyak dan aku tak boleh hentikan.

Satu lagi sebab aku makan banyak ni, mungkin sebab hidup aku dikelilingi lelaki. Kau tahu lah lelaki makan macam mana. Aku jadi senang hati bila aku makan dengan lelaki, tapi gelisah bila aku makan dengan perempuan.

Sebab aku nampak macam pelahap bila dengan perempuan. Dengan lelaki, diorang DOUBLE PELAHAP so aku nampak normal HAHAHA.

Korang ada tak kawan-kawan yang macam aku? Yang jenis makan banyak jugak? Tapi itulah tu. Kami makan, kami happy. Korang pun tak tergamak nak tegur kan? Haha.

Aku buat confession ni suka-suka je nak tengok pendapat korang. Korang rasa okay ke perempuan makan banyak, makan bertambah?

Molek ke? Sopan ke? Mak mertua tengok rasa nak penampo tak? Yang lelaki pulak, korang okay ke berpasaangan dengan perempuan makan banyak ni?

Korang kena ingat, memilih perempuan begini bererti dah takde dah adegan sweet habiskan makanan girlfriend/ isteri tau, girlfriend/ isteri kau pun lapar okay.

And of course, no offense, dekat orang yang makan sikit dan orang yang suka makan banyak jenis tapi sentuh sikit-sikit je. Aku ada ramai kawan macam ni. Takde pulak aku sound diorang. Bukan diorang pakai duit aku, so suka hati lah.

Cuma bila ada pembaziran berlaku, memang aku straight angkat tangan berdoa depan diorang je la mintak ampun kat Allah SWT sebab membazir.

Aku faham, ada banyak jenis eating pattern. Sebagaimana aku harap korang faham aku, aku pun faham je korang. So chill je okay. Serabut kepala dengan kerja jadi saja nak discuss benda remeh-temeh macam ni.

Tak tapi sekarang ni tak settle lagi niiii. SALAH KE PEREMPUAN MAKAN BANYAK?

Apa reaksi warganet, tersengeh baca k0men dorang.

Liana Lulu, Sy pun suka makan. Sy makan lebih banyak dari average lelaki makan juga. Tapi, sy suka semuaaaa makanan. Dari nasi, exotic foods, air manis, bubble tea, cakes, etc and sy boleh makan semua ni dlm kuantiti yg banyak. Psl suka makan lah sy belajar masak n bake sendiri, lebih puas hati. Senaman sy adalah buat kerja2 baking sebab sy dah lama pencen workout.

Awan Zawani, What a cute confession i read this morning. Tak salah dik makanla banyak mana pun. Tapi kalau blh amalkan sunnah makan sblm lapar, berenti sblm kenyang. Balance kan balik dgn exercise & jaga air manis tu terbaik sgt. Sy pun kuat makan (i guess) hahaha. Tapi x suka mkn ulang2.

Selagi sy dah kenyang sy takkan makan dah makanan2 lain. Tapi kalau sy lapar sy cpt bdmood. Jd sy akan make sure makan on time. Since sy tergolong kategori makan banyak badan tetap sekeping, sy mmg x pernah terfikir nak diet, kira kal0ri atau exercise pun.

Sy cuma kawal jajan, dan hari2 keluarkan peluh sejam dua kat kebun. Sy dh bersuami dan sy tgk dia tak kisah pun saya suka makan. Die pun kuat makan spt lelaki normal yg lain. So chill je ehh.. asalkan tidak mnyusahkan dan menyakitkan hati sesiapa.

Bunga cantik, kadang kann . ak makan nasik panas2 tambah dengan ikan bilis blender tu satu periuk ak boleh melantak. Pernah wey ak meroyn nk makan nasik panas dgn ikan bilis kat kedai makan . sik baik lah macik tu sporting . tu je lah lauk ak kalau kena gestrick .

Ko makan lah satu bumi sekalipon tpi excercise jgn lupa . byk je org kur0s lidi tapi kolstrol tinggi . lgi satu ak dlu mang x ske nasik . ak bayangkn nasik tu erm cm ulat . k bye . skrg ni dah besar umur start 19 tahun baru ak mkn nsik . tu pon kalau nk dtg bulan saka keluar . kalau x . . satu hari x mkn pon xpe.

Deq Nor, Actually kita sama confessor. Sy pun jenis suka n kuat mkn tp husband sy plak jenis mkn sket. Nasi sentiasa minta separuh tp sy kadang2 siap minta nasi lebih. Kadang2 sy ambik nasi husband sy separuh. Tp sy rasa sy lg teruk dr confessor sbb sy suka air manis n sy sgt suka mkn dessert kek n ice cream. Lepas mkn nasi sepinggan stgh sy boleh mkn plak kek sepotong pastu otw balik boleh singgah mcd beli ice cream con. Husband sy tukang tgk je.

Azie Hussain, sama. hahahaha kadang orang brunch makan western tak kenyang tu, dah la harga rm20-30++. aku cakap kat laki aku, baik aku makan nasi or pasta or anything yg makanan berat. aku rasa membazir duit aku beli benda tak mengenyangkan. and aku makan lagi banyak dari laki aku. Laki aku control makan, tapi bini dia kemain dia cedok nasi menggunung. tu pon siap boleh tambah lagi. aku masak sedap sgt kot.

Kalau g kedai makan, contoh kedai minang ke, orang amek sate kambing 10 share 2 orang, ayam penyet pon share. aku dgn laki aku ayam penyet sorang sepinggan, sate kambing 15 cucuk makan berdua. dari dulu abah aku panggil aku perut stokin sebab semua boleh sumbat.

Khadijah Nayan, Tak salah. Aku dh kwen tau. Ko tau tk mak mertua aku jenis suka bila aku jadi banyak makan.. Tanda mil ak masak sedap. So dia puas hti tgok aku makan bertmbh 2 3 pinggan. Mil aku happy. Hahahha. Bila aku mkn sikit mil aku muka dia xhappy..

Aku berisi skrg kdg aku rasa sbb aku nak bhagiakn org je. Hahaha.. Tpi mmg puashti lH mkn.. Mmg mcm pelahap. Balik rumah aku kt kg, mak aku xprcya aku mkn byk portion mcm tu. Aku, biras, kak ipar, adik ipar, kitorang sama naik. Makan mcm xkenyang2. HahHa..

Mmg enjoy perasaan tu happy sgt. So klu berkmpul or gathering mcm tu, mmg aku xkan sekat aku nk mkn apa… Sbb bila aku mkn sikit, dorg cm alaaa. Xbest la.. Makn la lagi. Haa.. Aku happy la alhamdulillah ad geng fmily in law mcm tu.

Masuk air semua. Ayah mertua aku pun gelak tgok kitorang mkn. Haha.. Happening.. Ni nk raya nk konfirm mcm ni.. Mkn non stop. Skali mkn 2 3 pinggan.. Ko hase..?

Iman Husna, hahaha…comel la confession ni. dik, ok ja klau jnis mkn byk pun. prut kta kan. asalkan tubuh badan sihat dr pyakit, alhamdulillah. akk dlu jnis mkn byk jgk. klau mkn dgn kwn2, bila x hbis diaorg akn sruh akk habiskn. last2 badan akk mgembang dgn jayanya.

Tp lpas kena tegur dgn doc, akk dh start jga pmakanan dan lost weight. psal org yg jnis mkn x habis tu akk memang geram, bg akk makanan tu rzki walaupun sbutir nasi skli pun. ustaz kata mkn shgga ke butir terakhir sbb kta x tau dalam mknn kta tu, yg mna 1 ada keberkatan pd nya.apapun kta enjoy ja dgn mknn kta.

Hayati Mohd, Sape kenal aku mesti tahu aq ni penyelamat. Tak habis tuuu yati ade. Sume settle. Hahahahaahha. Tapi bagus tau, rezeki. Kita kongsi. Tapi aku lagi suke bagi makan dengan makan sesama dari kawan pinjam duit. Betul. Sampai skrg aku kenang member2 aku.

Dulu taim belajar, kawan aku annouce bapak dia dh bank in duit pastu sanggup g beli sekor ayam buat masak lemak nak bagi kiteorg yg housemates dia ni makan. Sebab duit ptptn dh habis. Benda2 ni buat kita hargai sape yg suke share rezeki. Alaaa makan banyak tu takpe. Kite bukan smpai overload. Kan kan.

Hanum Mokhtar, Arhhh aku pon ada masalah skit mata kalu ternampak org makan xlicin walau yg tggal tuu cuma butir2 nasi sebbnya aku teringat mak pesan, jgn tggal nasi tuu walau sebutir pon sb nanti nasi tuu nangis. Lgpon dah biasa hidup susah so aku rasa mmg xpatut ko bazirkan walau sebutir nasi.

Penah dengo iklan “sebutir beras ibarat setitis peluh petani” haaa iklan tuu mmg menusuk ke jantung laa. Kita sama suka makan dlm kuantiti yg byk tp xsuka bertambah. Aku rasa org yg makan jenis ada tggal2 nie kat rumah jarang kena tegur. Kalu mak aku nampak mmg kena tegur laa. Makan bg habis, jgn biasa tggal2, xbaik membazir, berdosa. Haaa gituu laaa.

Ummi Adlina, Kalau aku makan je lahh.. takde masa nak compare kau makan sikit aku makan banyak.. nasi kau gunung nasi aku bukit.. yang penting perut kenyang dan tak membazir.. okay je perempuan makan banyak.. aku ada kawan jenis makan macam kau tapi geram gak lah bila makan banyak pon tak gem0k.. nak je aku transfer lemak aku dekat dia.. tapi rupanya dia memang jenis makan lepas 30 minit membuang.. padan lah cenggitu je badan nya.

Nurul Asyikin, Kau mcm aku. Aku suka makan dan kalau ada duit lbh mmg aku akan lebihkan pd makanan berbanding benda material lain. Nasib suami aku pun sama sekepala bab makan ni tp mcm kau ckp la, lelaki ni makan lg pelahap so kite nampak sopan lagi lah makan.. Somehow aku rasa terhibur dgn confession kau.. Aku rasa mcm ade jgk org yg sama mcm aku.

Ok je makan byk cuma kena tgk jugak la kau makan ape.. Bagi aku yg pntg balance kan lifestyle kau antara makan dgn exercise disamping pilih makanan yg halal dan seimbang..Weh, baca tau komen aku ni. Rasa mcm borak ngan member baik plak.

Sumber : Dimsum (Bukan nama sebenar) via iiumc

Be the first to comment on "Aku Pmpuan Mkn Byk. Masa 1st Date Bf Order Satu Pinggan Je, Terkelu Bf Bila Aku Ckp Kita Bayar Asing Jela, Sekali Ini Yang Aku Balas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*