Jiran2 Buat Aduan Anak Autisme Blsing, Apa Yang Jadi Selepas Itu Buat Ntizen M4rah.

Seorang bapa meluahkan rasa kek3cewaan apabila k0ntrak rumah sewanya gagal diperbaharui dipercayai berpunca daripada anak lelakinya yang juga penghidap aut1sme.

Menurut Iman Wan, dia percaya terdapat aduan dilakukan oleh jiran-jirannya yang kurang senang dengan kehadiran anak istimewanya Adam di kediaman mereka di Temasya Suria, Shah Alam, Selangor.


“Kepada jiran kiri dan kanan, kami tahu apa anda buat dan kami tahu anda orang macam mana. Tapi jangan bimbang, hasrat anda sudah tercapai.

“Anda sudah berjaya membuatkan pemilik tidak memperbaharui sewaan kami. Kami akan berpindah keluar pada hujung bulan ini. Anak saya tidak akan menjadi g4ngguan kepada anda lagi.

“Minta maaf atas masalah yang ditimbulkan. Anda boleh menjalani kehidupan dengan tenang selepas ini,” tulis bapa berusia 55 tahun itu.


Adam atau nama penuhnya Adam Wan Mun Yu sering menjadi perhatian di media sosial apabila ahli keluarga berkongsi foto dan video memaparkan rutin hariannya sebagai penghidap masalah spekrvm autistik (ASD).


Sementara itu, Iman Wan berkata anak keduanya itu tidak membuat bising pada setiap masa selain menyifatkan orang ramai masih kurang empati, belas kasihan dan pemahaman terhadap golongan autisme.

“Adam tidak bising setiap hari dan kalau berlaku, ia tidak pernah dari subuh hingga malam. Kami tahu daripada sumber yang boleh dipercayai, perkara ini berlaku kerana pemilik tertek4n menerima aduan dilakukan dua jiran kami.

“Kami faham dan sedar di mana kami duduk. Kami berharap untuk berpindah apabila rumah kami akan siap sepenuhnya dalam beberapa tahun lagi, tetapi Allah mempunyai perancangan lebih baik,” ujarnya menerusi ruangan kapsyen.


Rata-rata warganet berkongsi rasa simpati terhadap dugaan dihadapi oleh keluarga tersebut sekali gus mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan Allah SWT.

Sumber: Instagram Adam’s Autism Family

Be the first to comment on "Jiran2 Buat Aduan Anak Autisme Blsing, Apa Yang Jadi Selepas Itu Buat Ntizen M4rah."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*