Lelaki tayang ‘siput sedvt’, ek0ri Janna sampai ke rumah

Pelakon dan pengacaraJanna Nick mendedahkan dia menerima banyak g4ngguan berbaur lvcah yang dihantar menerusi DM di akaun Instagram miliknya.

Menganggap ianya lumrah hidup sebagai selebriti, Janna berkata dia bersikap lebih matang serta mempedulikan perkara itu.

“Sebagai seorang selebriti, terima g4ngguan serta g0daan dari lelaki ini biasa, terpulang bagaimana kita hendak melaluinya.

“Jujur cakap kalau saya buka atau baca DM memang banyak benda pelik-pelik. Ada ‘siput sedut’ (alat sulit). Semua ada.

“Tapi terpulang kepada kita nak repost, nak tularkan atau sebagainya. Saya pula memilih untuk tidak mengendahkannya,” katanya.

Dalam pada itu, Janna mendedahkan dia pernah diganggu lelaki kurang siuman sehingga diekori sampai ke depan rumah.

“Saya pernah diekori seorang lelaki yang menunggu di depan rumah saya dari jam 8 malam hingga 4 pagi. Rupanya lelaki yang selama ini DM saya dengan benda pelik berulang kali.

“Nasib baik selama ini saya tidak pernah berjalan seorang diri dan biasanya berdua atau ramai,” katanya.’

Dini Schatzmann Ikhlas Jaga Janna Nick, Tak Pernah Rasa Terbeban

Sentiasa berada di sisi kekasihnya, pelakon Dini Schatzmann berkata sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan Janna Nick berada dalam keadaan selamat.

Kata Dini, sepanjang dua tahun bersama mengajar dirinya untuk memahami masalah kesihatan mental dihadapi kekasihnya itu serta sentiasa positif untuk Janna.

“Kita tak akan faham apa yang berada dalam fikiran mereka yang mengalami kesihatan mental. Awalnya saya cuba memahami apa yang berada dalam fikiran Janna.

“Lama kelamaan saya mula faham. Saya hanya perlu sentias bersamanya dan menjadi orang yang boleh diharapkan. Saya perlu jadi positif dan kuat untuk Janna. Paling penting, beri masa yang dia perlukan,” katanya.

Dalam pada itu, Dini berkata dia ikhlas melakukan apa sahaja perkara untuk Janna dan tidak pernah menganggap ianya satu beban meskipun kekasihnya itu sentiasa mengaggap dirinya hanya menyusahkan.

“Saya tahu ada kala Janna fikir dia menyusahkan saya. Namun dalam lubuk hati, Janna tahu apa yang saya buat untuknya ikhlas dan tidak menyusahkan.

“Ketika mengalami tekanan, saya cakap apa pun tidak akan masuk dalam kepalanya. Itulah waktu yang paling susah. Jika berada dalam keadaan itu, saya biarkan Janna meluahkan emosi.

“Jika Janna menangis, saya biarkan sahaja. Saya tak boleh cakap jangan menangis kerana ia tidak membantu. Bila keadaan tenang, barulah saya cuba aturkan temujanji bertemu doktor psikiatri,” katanya.

Tahun lalu, Janna mendedahkan dia mengalami masalah gangguan bipolar serta mengaku pernah dua kali cuba membunuh diri ketika di usia remaja.

Sumber: rotikaya
DITUDUH tidur sebilik dengan kekasihnya, Dini Schatzmann ketika bercuti di London pada bulan lalu, pelakon Janna Nick menjelaskan dia tidak pergi berdua.

Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner 27, berkata, dia ke sana bukan sekadar bercuti, malah menjalani penggambaran telefilem terbitan syarikatnya.

Saya ada melihat dan ternampak komen netizen namun memilih untuk mengutamakan kesihatan mental saya. Oleh itu, saya tidak melayan komen-komen begitu.

“Cukuplah tahu kebenaran. Sebenarnya percutian ke London itu sekali turut penggambaran. Bukan kami berdua saja, malah ada ibu bapa, adik-beradik, barisan pelakon lain serta kru produksi.

“Jadi dari situ sudah boleh tahu sama ada kami tidur sebilik atau tidak. Lihat situasi logik ke tidak nak tidur sebilik,” kata Janna kepada mStar.

Bukan kami berdua saja, malah ada ibu bapa, adik-beradik, barisan pelakon lain serta kru produksi.

Pelakon drama Misteri Mona itu ditemui ketika majlis pelancaran produk terbaharunya White Fluffy di De.Wan 1958, Bu Chef Wan, The Linc Kuala Lumpur pada Rabu.

Janna enggan layan komen ntizen di media sosial.

Antara komen2 nak4l ntizen mengus1k Janna Nick

Aku yakin, bukan saja mereka tidur bilik asing2, malah sebenarnya hotel pun asing2, entah2 negara pun asing2 just photoshop gambar bersama je.

Berbeza pandangan dan fikiran.org yg suka tengok kebahagian orang lain ni tk terlintas fikir sampai ke tahap tu,klu terfikir pun dia takkan tulis.Org yg suka cari kesalahan memang semua benda tak kena.itulah berhati2 upload apa² .

Tah² NETIZEN yang tanya tu pun 2×5, pegi jumpa boyfriend duduk 1 bilik dengan alasan nak dinner SATAY bersama KUAH KACANG & NASI IMPIT!

Couple yang yang belum sah kalau pergi bercuti memang tido bilik asing2 lah min. Cuba husnuzon sikit min.

X baik lah ckp mcm tu, seolah-olah kita tabur fitnah…dia p mesti bawa ahli keluarga terdekat or family member tak pun kwn2,…kut2 benda tak betul jatuh fitnah tu.. sebaiknya kita KLU ada mulut xda benda nk ckp diam….dia da besar pjg pandai lah dia fikir mana baik buruknya…kita org luar ni doakn yg baik2 jer untuk dorang…diri kita pun x tahu lg mcm mana penghujungnya…jgn cepat sangat jatuhkn hukuman dan tentukan syurga neraka seseorang

sebok hal tempat tidur orang. tah2 yang dok komen ni bercakap atas pengalaman sendiri

bukan ke dia org gi shooting ? jaga2 dgn comment tkut jatuh fitnah

Org yang tanya tu mesti selalu check in.. Suka naw fikir negative

Bukan nak bekap dia, sbb aku pun tak minat janah ni, tapi dorg pegi bercuti bukan berdua dorg pergi ramai2 ade pengambaran kt sana.

jgn pandang serong,pandanglah melalui syed mirol,kan dia pi dgn pasukan produksi.cuma pesan saya,sama2 lah kita menjaga sistem reproduksi supaya sentiasa bersih dan terjaga..

Setahu aku la, dia pi shooting drama arahan dia tak silap aku andi bernadee ada norren iman & production pun ada. Setahu aku la, wallahualam heee takut jatuh fitnah lak nanti

Sebelum ini, sebuah video yang dimuat naik Janna memperlihatkan dia gembira bercuti bersama kekasihnya itu di laman Instagram mengundang persoalan dalam kalangan netizen.

Segelintir netizen tertanya-tanya sama ada Janna dan Dini yang juga seorang aktor tinggal di bilik berasingan selama bercuti di luar negara itu.

Terdahulu ntizen membuat spekulasi mengenai percutian Janna Nick.

“Janna Nick Bercuti Di Luar Negara Dengan Boyfriend Tidur Bilik Asing-Asing Ke?”

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Janna Nick ada berkongsikan gambar dan video percutiannya di luar negara bersama kekasih, Dini Schatzmann.

Menerusi video tersebut, Janna membuat kompilasi mereka berdua beberapa di beberapa lokasi di luar negara sambil menari.

Namun, lain pula yang ditanyakan ntizen apabila ada yang bertanyakan sama ada Janna dan Dini tinggal di bilik berasingan selama bercuti di luar negara itu.

“Seronoknya travel merasa berdua, bersemut handphone,” tulis ntizen.

“Bilik asing-asing ke?” tanya seorang lagi pengguna Instagram yang lain.

“Kehulu kehilir, mampu menikah tapi tak menikah. Allahu hati-hati jangan sampai Allah murka,” tulis seorang lagi ntizen.

“Tidur sekali ke pergi travel? Ke bilik asing-asing,” tulis seorang lagi netizen.

Bagaimanapun, seorang pengguna Instagram menggunakan nama @kissyanick tampil membalas beberapa komen memaklumkan Janna dan Dini ke luar negara bersama pasukan produksi seramai 16 orang.

Ada sahaja ntizen ni, kongsi video berdua pun terus dah buat spekulasi macam-macam pasal Janna Nick.

Sumber RK/Mstar

Be the first to comment on "Lelaki tayang ‘siput sedvt’, ek0ri Janna sampai ke rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*