“Sebabkan Dia Ramai Makl Aku!” – Puteri Balqis Beng4ng Mia Sara ‘Up’ Cerita Bvruk Tentang Dirinya?

Terbaharu, berlakunya persel1sihan faham di antara pelakon muda, Puteri Balqis dan juga Mia Sara atas sebab komen yang dimuat naik di platform TikTok milik Mia.

Perselisihan faham itu bermula apabila Mia menjawab pertanyaan seorang pengguna TikTok yang bertanya kepada dirinya tentang Balqis dan melihat pada ayat tersebut, Mia berkata tidak semua orang dibesarkan dengan keluarga yang beragama jadi tidak perlu menyalahkan Balqis jika dia seperti itu.

Akan tetapi, hal tersebut disalah anggap oleh Balqis yang merasakan Mia ‘sengaja’ mengatakan perkara bvruk tentang dirinya di dalam platform terbabit dan mend4kwa dirinya dikec4m banyak pihak disebabkan komen Mia itu.

.

Berikut tulisan  penuh Puteri Balqis

I just found out about this. Why did this kid celebrity Mia Sara write bad things about me and my life on tiktok and commented it in front of the public? How angelic of you.
I was cursed by thousands of people after her comment about me.

From the bottom of my heart, it hurts me alot. This is my mother who you were talking about. The ONLY woman and person who loves me the most,
and it was a wholeheartedly unbearable ache.

‘Dia tak dididik dari kecil’
I was raised to never talk bad or curse anyone even if it hurt me a lot.

‘Dia tak dididik dari kecil’
I was raised to never post only a pretty face without educating my supporters and friends.

‘Dia tak dididik dari kecil’
I was never raised to use hijab as an excuse to do/say shitty things behind media and publicity. I am for who I am.

With all due respect and honour, please correct your grammar before saying something bad about me. My mother is a bona fide expert at educating me proper english. We do not use any ‘ rempit ‘ tiktok slangs as you did on your tiktok and twitter.

Wearing hijab doesn’t give you a free pass to curse others. Religion doesn’t give you a free pass to torture others. What a way to show your attitude in front of your millions of followers.

Melalui lafaz lidah yang dizahirkan, manusia berbahagia.
Melalui lafaz perbuatan yang dizahirkan, manusia mender1ta.

From a Fellow Rebel, Puteri Balqis

Dalam pada itu, Balqis turut berkata dia berasa sangat kec3wa dengan tindakan pelakon tersebut kerana ia melibatkan ibu kesayangannya.

Aku tak pernah dibesarkan untuk cakap bvruk atau mak1 orang lain biarpun perkara itu menyakitkan. Sebabkan dia aku kena mak1 dengan ramai pihak.

Tambahannya lagi, dia sempat menasihati Mia bahawa memakai tudung itu bukanlah ‘tiket’ untuk berkata bvruk tentang orang lain dan tidak menyangka Mia memperlihatkan perangainya seperti itu di khalayak umum.

Nama ‘Mia Sara’ sekarang ini trending di platform Twitter kerana kemelut yang sedang berlaku ini dan kelihatan ntizen berbelah bahagi, ada yang menyebelahi Balqis, namun ada juga yang menyebelahi Mia Sara.

GeIedah ‘samp4h’,ini realiti kehidupan Puteri Balqis yg ramai tak tahu

BERTEMU empat mata dengan si gadis berusia 15 tahun bernama Puteri Balqis ini menjent1k sebuah rasa yang men1kam ke jiwa.

Di sebalik solekan ‘g0thic’, sedikit gar4ng sentuhan jurusolek El Manda Zuhairi, santun senyuman bersulam lentur bahasanya tetap terpuji. Jarang benar, gadis usia belasan begitu memiliki karakter sedemikian.

Benar gadis yang mesra disapa Aqish itu seorang pelakon, namun merenung jauh ke dalam dirinya, lirik matanya sahaja sudah mempamerkan satu kejujuran.

P0l0s, barangkali istilah nyaman menterjemahkan keperibadian Aqish, gadis yang barangkali mengel1rukan ramai. Apa sebenarnya dilalui si d4ra sunti itu?

Sekitar 10 tahun lalu, Aqish pernah mencipta fenomena d3k persembahan lakonannya yang menyentuh rasa.

Bayangkan pada usia ment4h, baru berusia empat tahun, kejujuran lakonannya mampu mer0bekkan dada setiap penonton.

KUALA LUMPUR 3 Febuari 2022 – Sesi fotografi Puteri Balqis, di Studio Media Mulia, di sini hari ini. Gambar: SHIDDIEQIIN ZON

Esak tangisnya seperti bukan dipaksa-paksa, air matanya bagai tersedia untuk ditumpahkan mencairkan sebak di dada kita, ceria tawanya juga mudah menggoda untuk sama-sama bercanda gurau.

Itulah Aqish, si cilik yang satu ketika dahulu pernah memberikan hiburan buat kita semua.

PERNAH menggenggam jiwa setiap khayalak dengan bakat dan pesonanya selaku pelakon cilik, kini kemilau bintang kehidupan Puteri Balqis tidak seterang dahulu.
Tidak hairanlah pemilik nama pentas Puteri Balqis itu pernah dijulang sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2014 dan Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia 2014.

Sayangnya, ketika meniti zaman gemilang, namanya bagaikan kabur dari radar. Hampir dua tahun menghilang, Aqish kemudiannya dikhabarkan sedang berjuang melawan penyakit.

Sejak itu, satu per satu kisah keperitan hidup Aqish bersama ibunya yang ketika itu sudah pun bergelar ibu tunggal diberitakan.

Bertahun-tahun mengisi kehidupan terpencil di tengah ibu kota, sepanjang tempoh tersebut Aqish sebenarnya menjalani satu kehidupan yang samar-samar.

Dia terpaksa menebalkan muka, membuang jauh-jauh status seorang bintang dengan mencari rezeki di jalanan menjaja buku puisi nukilan sendiri kepada orang ramai.

“Pernah dalam sehari dua, kami terpaksa mengikat perut. Tapi kami bersyukur kerana masih dapat meneruskan kehidupan walaupun dalam keadaan sukar.

“Dengan wang hasil menjual buku puisi itulah digunakan untuk saya dan ibu menjana pendapatan sepanjang dua tahun tidak berlakon,” katanya dengan nada bergetar.

Paling tidak disangka, pusat pembuangan sampah juga menjadi periuk nasi mereka untuk melestarikan apa itu yang dinamakan kehidupan.

Geled4h ‘samp4h’

Bahkan tanpa berselindung, Aqish yang memulakan kerjaya lakonan seawal usia empat tahun mengakui masih menggeledah tempat pembuangan sampah berhampiran kediamannya untuk mencari barangan terpakai atau apa sahaja yang boleh dibaiki dan dijual semula.

Sesekali, ibunya akan ke tempat pembuangan sampah berdekatan rumah untuk mencari barangan terpakai seperti perabot yang dibuang untuk dibawa pulang dan dibaiki sebelum dijual semula.

TIDAK seperti remaja lain, Aqish enggan menjadi hamba media sosial untuk menayangkan kehidupan palsunya buat tontonan orang ramai.

“Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), selain menjual buku puisi, ibu juga bekerja di pasar pagi. Sesekali, ibu akan ke tempat pembuangan sampah untuk mengutip perkakas rumah seperti perabot yang masih elok untuk dibaiki dan dijual semula.

“Tempat pembuangan sampah itu terletak di kawasan orang kaya. Jadi memang banyak perabot yang masih elok dibuang.

“Saya akan membantu ibu mengecat semula perabot yang dibaiki itu sebelum menjualnya semula,” katanya.

Biarpun sudah kembali aktif berlakon, Aqish bersama ibunya masih ‘melawat’ tempat pembuangan sampah bagi mencari ‘s1sa rezeki’ untuk menambah pendapatan mereka.

“Kami buat bukan sekadar untuk menambah pendapatan, tapi sebab kami gembira melakukannya.

“Saya tidak malu kutip sampah sebab itulah realiti kehidupan saya sekarang. Saya mahu orang ramai lihat apa yang kami lakukan untuk meneruskan kehidupan,” getvsnya perlahan-lahan.

Sepanjang perbualan, emosi Aqish turun naik. Saat suaranya bergumam, si ibu di sisi menjadi penguat semangat sebelum dia kembali menyambung bicara.

Bukan untuk simpati, namun itulah yang Aqish mahu sampaikan.

Dia terpisah jauh daripada imaginasi kehidupan seorang selebriti iaitu kemewahan dan kebendaan yang sering kita lihat dalam media sosial.

‘Kekayaan’

Aqish memperlihatkan sisi lain seorang selebriti. Pelakon drama Akulah Balqis itu sebelum ini cukup popular, namun hidupnya sekarang tak ubah seperti anak senja (anak jalanan).

Mereka tiada kenderaan dan hanya ke mana-mana dengan berjalan kaki atau menaiki pengangkutan awam. Itu realiti kehidupan Aqish yang sebenar.

REMAJA berusia 15 tahun ini tidak mahu kembali menjadi Aqish seperti sebelum ini yang dianggap gagal dek termakan pujian.

“Jika saya tunjuk kehidupan mewah, sentiasa gembira, itu bermakna saya sedang berselindung daripada realiti kehidupan yang sebenar.

“Saya mahu orang melihat perjalanan kehidupan yang sebenar. Tidaklah mewah seperti yang disangka ramai,” katanya penuh makna.

Bermasalah

Pun begitu, Aqish tidak menyes4l terjvn dalam dunia glamor walaupun terpaksa melalui hari-hari yang sukar.

Dia bersyukur, kerjaya lakonanlah yang menemukan dirinya dengan individu ikhlas untuk kekal bersamanya.

“Selepas masuk dalam industri, barulah saya tahu yang mana kawan, mana lawan. Saya sendiri sebenarnya lebih selesa bersama orang awam berbanding sentiasa berdampingan dengan rakan artis,” luahnya.

Jika bukan kerana statusnya sebagai pelakon, masyarakat mungkin tidak ambil tahu tentang kepahitan yang dilaluinya.

Bahkan jika bukan kerana status itulah, mana mungkin juga namanya tiba-tiba sahaja panas dengan k0ntr0versi apabila dilabel ntizen sebagai remaja bermasalah, terpesong dan member0ntak.

BIAR apa pun yang terjadi, Aqish enggan berpisah dengan ibunya yang banyak berk0rban mengerah kudrat ketika dia berjuang untuk hidup melawan penyakitnya suatu ketika dahulu.

Lebih kej4m, segala tudvhan yang dilemparkan turut mengaitkan ibunya, Norashikin Mohd. Aziz, 40, yang dikec4m gag4l mendidik seorang anak.

Bagi Aqish, biarlah netizen bersama mulut mereka. Mengata apa sahaja tentang apa yang mereka rasakan.

“Hakikatnya, saya dan ibu sama-sama gembira dan menjalani kehidupan normal semasa berada di rumah.

“Mereka (netizen) menghakimi saya hanya dengan melihat penampilan (pakaian) dan tatu yang ada di lengan ibu.

“Saya kelihatan seperti sedang member0ntak. Namun saya juga manusia yang punya hati dan perasaan.

“Saya dididik oleh ibu untuk bercakap dengan kata-kata yang indah.

Orang ramai juga tidak nampak ibu saya siang dan malam berdoa untuk seluruh alam. Berhentilah menilai kami,” kata pemilik nama lengkap Puteri Balqis Aziz itu.

Besar harapan Aqish, setiap orang di luar sana perlu berusaha menghidupkan dan menerangi hati sendiri terlebih dahulu sebelum menilai kehidupan orang lain secara luaran.

Kredit:BH/beutifulnara

Be the first to comment on "“Sebabkan Dia Ramai Makl Aku!” – Puteri Balqis Beng4ng Mia Sara ‘Up’ Cerita Bvruk Tentang Dirinya?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*