“Sampai Macam Tu sekali Tk Bagi Ayah Pergi…” Telatah Anak Halang Ayah Pergi Kerja Ini Undang Sebakk

Menggalas tanggungjawab sebagai perajurit negara sememangnya punyai masa yang sangat terhad bersama keluarga. Justeru, jika ada masa cuti, pasti waktu tersebut akan diluangkan sebaik-baiknya dengan keluarga dan bakal menjadi drama air mata tatkala ingin berpisah semula.

Demikianlah sebuah video yang tular menunjukkan seorang anak perempuan yang menangls teresak-esak saat ayah kesayangan ingin kembali bertugas, pulang ke pangkalan.

“Auto mata ibu masuk habuk jugak.”
Menerusi perkongsian @areja di Tlktok, dia memuat naik video menyayat hati tiga orang anaknya yang sedih akan perpisahan bersama ayah tercinta.

Namun begitu, situasi menjadi Iebih sedlh apabila anak perempuan sulung yang baru pulang dari sekolah dilihat meraung kesedlhan hingga sanggup mengambil baldi dan barang dari motor kepunyaan ayahnya demi ‘menghalang’ bapa kesayangan dari pergi.

“Ayah takkan pujuk sebab kalau pujuk nanti berat hati nak pergi bertugas…”

Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netlzen sebak melihat perkongsian ini malahan turut merasakan kesedihan anak perempuan tersebut yang tak rela berpisah dengan ayahnya dalam jangka masa berbulan lamanya.

“mesti ayah dia nangls time perjalanan.”

“Auto mata aku berkaca, ayah terpksa keraskan hati…”

“Sebaknya, boleh nampak bonding antara anak dengan ayah…”

5 Perkara Seorang Ayah Tak Pernah Beritahu Kita

“Ayah ni, semua tak boleh. Dia ingat aku budak kecil lagi ke. Susahnya nak faham ayah ni….”

Pernahkah satu ketika kita terfikir begitu? Sebagai anak, mungkin ada yang cepat terasa hati dengan ayah kerana secara semulajadinya mereka adalah seorang yang tegas, lebih banyak berdiam, dan jarang memujuk.

Namun, itu tidak bermakna mereka tidak peduli, jauh sekali tidak mempunyai perasaan sayang terhadap kita. Sebagai ketua keluarga, terlalu banyak pengorbanan mereka yang mungkin kita tidak sedari selama ini, termasuklah perasaannya.

5 PERKARA SEORANG AYAH TAK PERNAH BERITAHU KITA
Berikut adalah beberapa perkara yang tak pernah ayah beritahu kita, walaupun mereka dalam keadaan susah sekalipun.

1. AYAH TAK CUKUP DUIT
Setiap bulan, mereka akan memikirkan keperluan rumah, keperluan dapur, anak-anak, isteri, dan akhir sekali barulah keperluan mereka. Kita mungkin tak tahu, dalam poket ayah cuma ada RM10 sewaktu kita telefon minta wang semasa di universiti.

Bila awal bulan, memang seronok dapat gaji. Tapi bila ditolak-tolak kesemuanya, semua harapan untuk membeli apa saja kemahuan mereka terpaksa ditunda lagi. Hinggalah mereka melupakan terus hasrat tersebut sampai ke hari ini.

2. AYAH KECEWA BILA TAK DAPAT BELIKAN MAINAN YANG KITA MINTA
Ayah mahu gembirakan kita. Kalau boleh, satu kedai mainan mahu diberikan kepada kita. Tapi tentulah ada masanya dia perlu mendidik kita.

Ada masanya pula, kewangan tak mengizinkan. Ayah rasa bersalah sangat bila tak dapat bawa balik mainan yang diminta oleh kita adik-beradik. Kalau dapat duit lebih, benda itulah yang pertama sekali ayah nak beli. Bukan barang lain.

3. AYAH MAHU DEKAT DENGAN KITA
Ayah mungkin nampak kekok apabila berbual dengan kita. Tapi sebenarnya mereka mahu hadir dalam hati kita. Kalau boleh, mereka mahu menghentikan masa supaya mereka dapat sentiasa ada dengan anak-anak dan melihat semua seperti apa yang dilihat oleh mata ibu – langkah pertama kita, perkataan pertama kita, dan berkongsi detik gembira dengan kita.

4. AYAH DAH CUBA SEHABIS BAIK UNTUK KELUARGA
Kita mungkin tak perasan, ayah buat ‘overtime’ sebab mahu cukupkan belanja rumah atau beli barang yang kita asyik sebutkan. Walaupun mereka sibuk bekerja, percayalah dalam hati mereka kerja tersebut adalah diniatkan untuk mencukupkan keperluan keluarga, termasuklah kita.

Tapi sebagai manusia, ayah juga pernah tersalah langkah. Mungkin ia menyebabkan kita berdendam, terutamanya kalau ada janji mereka yang tidak ditepati. Entah kenapa, kita rasa ayah tak boleh buat silap. Sedangkan, mereka dah cuba sedaya-upaya, tapi segala ketentuan bukanlah di tangan mereka. Kalau kita sedih, apatah lagi mereka.

5. AYAH PENAT
Ayah penat. Kadang-kadang ayah sibuk ambil dan hantar anak ke sekolah sampai lupa makan tengahari. Ayah jamah saja apa yang sempat. Masalah ayah, kita tak jarang tanya. Sebab kalau tanya pun, mesti ayah kata tak ada. Lama-lama, kita pun lupa nak tanya lagi.

Bagaimana ayah dapat lakukan rutin ini setiap hari, itu rahsia dia. Dengan kudrat itulah ayah membesarkan kita hingga hari ini. Ya, hari ini. Walaupun kita dah kahwin dan berkeluarga, ayah masih tanya sama ada kita cukup makan pakai.

Sumber : Redaksi

Be the first to comment on "“Sampai Macam Tu sekali Tk Bagi Ayah Pergi…” Telatah Anak Halang Ayah Pergi Kerja Ini Undang Sebakk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*