Ustaz Azhar Idrus Jelaskan Hukum Sebenar Cvkur Dan Lukis Kening

Bagi menampakkan kecantikan yang ketara, golongan wanita sanggup melakukan apa sahaja termasuk mencukur bulu kening mereka sendiri dan kemudian melukis balik di atas cukuran terbabit.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus melalui ceramah soal jawab agama yang disiarkan di laman sosialnya berkata, Rasullah pernah bersabda barang siapa yang mencukur kening sendiri mahupun mencukur kening orang lain (mak andam) hukumnya adalah haram dan berdosa besar.

“Cukur bulu kening sendiri atau mencukur bulu kening orang lain adalah har4m, tidak kiralah lukis balik ataupun menghaluskan hujung kening itu.

“Kedua-duanya haram, sekiranya si suami tidak menegur dan melarang, si suami itu juga akan dapat bahagian dosanya bersama isterinya,” ujarnya.

Tambah Azhar lagi, perkara ini hanya boleh dilakukan sekiranya kening seseorang itu tidak sama dan dibolehkan untuk menyamakan kening itu sahaja.

“Ada kan orang yang kening dia tinggi atau rendah sebelah, jadi dibolehkan untuk dia menggunting atau guna pisau untuk membetulkan kening itu sedikit.

“Jadi nasihat saya kepada kaum wanita yang suka melakukan perkara itu, taubatlah kerana sudah ternyata kelakuan tersebut telah dinyatakan haram dan berdosa,” katanya.

Cukur Kening? Apa kata Ustaz? | Ustaz Azhar Idrus (Typography Version)

 

Be the first to comment on "Ustaz Azhar Idrus Jelaskan Hukum Sebenar Cvkur Dan Lukis Kening"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*