Siapa sangka, selain Rayan kanak2 perempuan umur 6 tahun mengalami nasib yg serupa

Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, Rayan, yang terjatuh dan terprangkap pada kedalaman 32 meter di sebuah telaga sejak Sabtu lalu, disahkan meningg4l dunia.

Menurut Utusan Malaysia, BBC melaporkan, kenyataan diraja mengumumkan pemergian Rayan sejurus selepas dia berjaya ditemukan dan dibawa keluar dari telaga tersebut.

Usaha menyelamatkan Rayan sebelum ini ‘mencengk4m’ perasaan seluruh negara, dengan ratusan orang berkumpul di perigi itu.

Kanak-kanak itu terjatuh pada ke dalaman 32 meter dan usaha menyelamat berdepan cab4ran get1r dengan kebimbangan berlaku tanah rvntuh.

Arab Saudi juga ada ‘Rayan’, melibatkan kanak-kanak perempuan umur enam tahun

JEDDAH: Ins1den yang men1mpa Rayan Oram di Maghribi mengingatkan penduduk Arab Saudi kepada kejadian serupa yang berlaku terhadap seorang kanak-kanak perempuan.

Pada Disember 2013, Lama al-Rouqi, enam tahun, terjatuh ke dalam perigi terbiar di utara bandar Tabuk.

Lapor Arab News, mayat kanak-kanak itu ditemukan pada kedalaman 40 meter di dalam perigi tersebut.

Jatuh ketika berkela.

Sebelum kejadian, Lama berkelah bersama keluarganya di kawasan tersebut.

Sejumlah teknologi moden, termasuk kamera inframerah digunakan untuk menentukan kedudukan sebenar Lama di dalam perigi tersebut.

Walaupun dibantu oleh syarikat minyak Arab Saudi, Aramco semasa operasi menyelamat, Lama tetap gagal diselamatkan dan may4tnya dikeluarkan selepas beberapa tempoh.

Ujian DNA mengesahkan Lama meningg4l dunia di dalam perigi itu ketika operasi menyelamat dilakukan.

Susulan kemat1an trag1k kanak-kanak itu, golongan belia di negara ini melancarkan satu aplikasi telefon yang bertujuan mengurangkan kemal4ngan jatuh perigi di Arab Saudi.

Aplikasi yang dinamakan Lama itu digunakan untuk melaporkan mana-mana perigi terbiar yang ditemukan oleh perseorangan atau pihak berkuasa dan mampu berfungsi tanpa isyarat internet.

sumber: utusan

Be the first to comment on "Siapa sangka, selain Rayan kanak2 perempuan umur 6 tahun mengalami nasib yg serupa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*