“Nak kahwin tidak perlu jemput sekampung… Jemput Orang Tk kenal…” ChefWan

Cef selebriti terkenal Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menasihati pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan supaya tidak membazir dengan menjemput ratusan tetamu tidak dikenali.

Ujarnya, majlis perkahwinan zaman ini tldak perlu lagi mengikut cara seperti dahulu seperti jemputan tetamu dalam jumlah terlalu ramai.

“Sekarang ini buat majlis kecil-kecilan dengan menjemput 300 orang tetamu pun dah cukup. Tidak perlu lagi jemput satu kampung.

“Pengantin tidak kenal pun tetamu, tetapi ibu bapa pengantin yang jemput juga. Ada yang datang bawa anak ramai,” katanya.

Kata cef selebriti berumur 65 tahun itu, pasangan pengantin sepatutnya perlu lebih berjimat cermat dan tidak membazir dengan membuat hutang keliling pinggang untuk majlis perkahwinan.

“Hutang sana sini buat pening kepala. Sederhana sudah. Duit majlis nanti labur untuk rumah sendiri lagi baik,” katanya.

Dalam pada itu, Chef Wan turut mengakui semakin hilang rasa minat untuk memenuhi jemputan majlis perkahwinan terutama jika perlu bertemu dengan ramai tetamu tidak kenali.

“Masa kita (dirinya) pula macam emas. Baik digunakan untuk urusan sendiri daripada mengadap orang tidak di kenali. Kau tengok aku, aku tengok kau,” katanya.

Sekadar info, Chef Wan sebelum ini pernah menolak permintaan anak perempuannya, Serina untuk melangsungkan perkahwinan buat kali kedua di kediamannya kerana tidak mahu lagi menanggung kos perkahwinan anaknya. Chef Wan sebaliknya menyarankan Serina berkahwin di masjid bagi mengelakkan pembaziran.

Nasihat sama juga diberikan kepada anak lelakinya, Muhammad Nazri apabila berkahwin buat kali ketiga pada 1 Januari lalu apabila dinasihatkan supaya tidak membazir ketika mengadakan majlis perkahwinan dan hanya melakukan perkara wajib (bernikah) sahaja.

Terdahulu  Cef selebriti terkenal, Datuk Cef Wan meluahkan rasa terkilan kerana banyak pokok kesayangan miliknya menjadi kering akibat tidak disiram oleh pemandunya.

Cef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail berkata, dia telah menambah elaun berjumlah RM500 dalam gaji pemandu tersebut sebagai bayaran untuk tugas menyiramkan pokok bunga.

Menurutnya, sepanjang lebih sebulan dia berada di luar negara, pemandu peribadi itu tiada tugas untuk menhantar sesiapa namun masih gagal melaksanakan amanah yang diberkan.

Harapkan driver siram pokok habis mati pokok-pokok ini. 42 hari tak bawa kereta majikan, dia pergi cuti ambil MC pun saya tak tahu.

Harapkan driver siram pokok habis mati pokok-pokok ini. 42 hari tak bawa kereta majikan, dia pergi cuti ambil MC pun saya tak tahu.

Jelas Cef Wan, pokok bunga yang ditinggalkan berada dalam keadaan subur. Namun, sikap malas pemandunya telah menyebabkan banyak daun kering dan pokok hanya tinggal ranting.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Pokok bunga yang ditinggalkan dalam keadaan subur berubah menjadi buruk. Banyak daun kering mulai gugur menyebabkan tumbuhan itu hanya tinggal ranting. Sikap malas pemandu berkenaan sukar diterima oleh Chef Wan walhal tugasan yang diberikan sangat mudah. 

Bahkan beliau sendiri bermurah hati memberikan peluang untuknya pulang menghabiskan masa dengan keluarga sesudah habis menguruskan taman.

Saya tanya kenapa semua pokok botak? Dia jawab angin hujan lebat Tok. Bohong punya bohong, saya tengok CCTV nampak segalanya.

Menurut Chef Wan lagi dia bukan sesuka hati hendak menudvh, melihat keadaan pokok Ixora yang merupakan sejenis tumbuhan ‘tahan lasak’ ini sahaja sudah cukup membuktikan segalanya. Kata Chef Wan sendiri, bunga ini akan mekar dengan cantik walaupun hanya disiram 2 kali sehari di musim panas terik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Dalam pada itu, Cef Wan turut memaklumkan dia sudah memecat pemandu tersebut yang akhirnya mengaku tidak bekerja beberapa hari atas alasan mengambil vaks1n penggalak dan bermacam lagi.

Sumber: Beaitifulnara

Be the first to comment on "“Nak kahwin tidak perlu jemput sekampung… Jemput Orang Tk kenal…” ChefWan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*