Wanita Pasrah Suami Kant0i Cvrang Dgn Salah Seorang Ahli Keluarga Sendiri, Suami Pesan Jgn Vlral Dekat FB

Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga sudah pastinya mengimpikan supaya hubungan tersebut berkekalan buat selama-lamanya. Bagaimanapun, kehadiran orang ketiga secara tidak langsung boleh menyebabkan hubungan tersebut menjadi retak dan membawa kepada penceraian.

Suami curang dengan adik ipar sendiri

Seperti kisah meruntun hati dikongsi seorang wanita cekal dari negara seberang di laman TikTok mendakwa suaminya berlaku curang dengan adiknya sendiri. Menerusi video pendek yang dikongsi, dapat dilihat tangan suaminya berada di kepala adiknya dan mereka dipercayai sedang duduk berdua-duan.

Bahagia ya kalian, aku ikhlas Ya Allah.

Pemilik video ini juga sempat menceritakan adik perempuannya dahulu pernah bercinta dengan suaminya namun perhubungan tersebut berakhir dengan perpisahan. Pada mulanya wanita cekal ini menolak untuk berkahwin dengan lelaki berkenaan berikutan statusnya yang pernah menjadi bekas kekasih kepada adiknya.

Namun, atas persuratan takdir wanita ini dipertemukan jodoh dengan suaminya dan mendapat restu daripada keluarga mentuanya.

Siap update dekat Facebook

Apa yang lebih mengejutkan, apabila adik kepada wanita ini dikenali sebagai Shella sempat memuat naik foto abang iparnya di laman Facebook berserta emoji love.

Papa muda saya ni bos.

Bukan itu sahaja, lelaki ini menerusi WhatsApp juga sempat meminta supaya isterinya tidak berkongsi apa yang terjadi di antara mereka di laman Facebook dan mengadu kepada emaknya.

Dia di sini mohon supaya tak v1ralkan hubungan mereka. Di mana hati kalian? Ya Allah.

Difahamkan, pasangan ini masih belum bercera1 dan menerusi ruangan komen rata-rata netizen turut kasihan dengan nasib yang menimpanya. Ujar ntizen lagi, lelaki berkenaan tidak layak dijadikan suami dan memberikan nasihat supaya mereka bercera1.

Sumber: rdeafirly

Lelaki Curang Dan Kenapa Perempuan Harus Faham

Lelaki curang! Ayat ini sering kali memualkan majoriti kaum wanita di serata dunia. Namun, sehingga ke saat ini, kaum wanita masih lagi sukar untuk memahami mengapa rata-rata kaum lelaki gemar bersikap cvrang.

Ya, ada apa dengan lelaki dan sikap curang mereka? Mengapa mereka tidak pernah cukup untuk setia dengan seorang wanita sahaja di dalam hidup mereka? Baik lelaki yang masih di alam pacaran, mahu pun yang sudah berumah tangga, cvrang itu ibarat suatu lumrah.

Sikap curang spesis kaum lelaki telah pun dibahaskan banyak kali, namun kebanyakan wanita masih lagi buntu dan b1ngung untuk menangani kecvrangan lelaki, sedangkan mereka sudah lakukan yang terbaik buat lelaki yang mereka cintai itu.

Ironinya, wanita cantik dan berpenampilan seperti model atau wanita yang kaya serta berstatus juga turut menjadi m4ngsa kecvrangan sang lelaki. Bukan lagi hanya setakat tertumpu kepada wanita yang memb0sankan serta tidak pandai menjaga penampilan diri selepas berkahwin.

Pelik! Apa yang lelaki mahukan sebenarnya?

Dalam buku Why Do Men Cheat karya Randy Wallace, beliau cuba menjelaskan kepada golongan wanita bahawa lelaki bersikap cvrang kerana itu yang lelaki mahukan. Kenyataan ini barangkali pahit untuk ditel4n. Tapi, itulah hakikatnya.

Biarpun kamu memberikan segalanya sama ada dari sudut kasih sayang serta perhatian yang tidak berbelah bahagi, wang atau material mahu pun layanan seks yang hebat dan tip top, namun lelaki akan tetap bersikap curang.

Kenyataan Randy Wallace ini mungkin benar dan mengingatkan saya kepada pertemuan bersama empat rakan lelaki yang sudah lama saya kenali iaitu Ahmad berusia 30-an, Shafiq dan Razman (40-an) serta Halim (50-an).

Kesemua mereka sudah bertahun mendirikan rumah tangga serta hidup bahagia bersama pasangan hidup masing-masing.

Tidak ada satu pun yang cacat celanya dengan isteri-isteri mereka. Malah, mereka sangat menyayangi suri hati mereka itu serta tidak pernah sedikit pun lupa akan tanggungjawab terhadap keluarga.

Pada hari-hari tertentu, mereka akan luangkan waktu yang penuh kualiti bersama keluarga di rumah dan adakalanya keluar bersama isteri dan anak-anak untuk makan, jalan-jalan ataupun pergi shopping.

Akan tetapi di sebalik sifat-sifat ideal sebagai seorang suami dan bapa, keempat-empat mereka ini gemar bersel1ngkuh.

Pernah saya ajukan soalan kepada mereka, mengapa kalian cvrang? Adakah kerana sudah bosan dengan isteri-isteri kamu? Adakah sesuatu yang tidak kena dengan isteri-isteri kamu? Jawapan yang saya terima sungguh memeranjatkan dan membuatkan saya terpempan.

Kata keempat-empat mereka memberitahu, tidak ada suatu pun perkara yang tidak kena dengan isteri-isteri mereka. Malah, mereka menyifatkan isteri-isteri mereka itu adalah yang terbaik dari segala sudut.

Namun, kata Halim, memiliki teman wanita membuatkan jiwanya sentiasa muda dan bersemangat.

“Dengan isteri manjanya lain. Dengan girlfriend pulak, manjanya bukan main. Itu yang seronok tu sebab dia dapat teman kita bila kita keluar pergi karaoke dengan member-member,” katanya.

Razman pula berkata, sekali pun dia cvrang, tetapi ia hanyalah sekadar suka-suka.

“Bila ada girlfriend ni, dia dapat mengisi masa kita pada masa kita seorang diri. Seronok layan orang muda ni,” katanya.

Lain pula halnya dengan Syafiq. Baginya, ada ramai wanita di luar sana yang kurang kasih sayang, jadi apa salahnya kalau dia berbahagi kasih dengan mereka.

“Bukan mereka tidak tahu status kita ini sebagai suami orang. Tapi, nak buat macam mana. Mereka sendiri pun nak dekat dengan kita. Kita pun layan sajalah,” katanya.

Ahmad pula memberitahu, biarpun dia curang dengan isterinya, namun dia tidaklah sampai ke tahap untuk menambah kuota isteri.

“Siapa tidak sayang bini oi. Jadi, saya selalu ingatkan wanita-wanita yang ingin mendampingi saya bahawa saya tidak boleh mengahwini mereka.

“Jika mereka boleh terima, okeylah. Jika mereka tidak terima, saya tidak paksa. Tapi, bila mereka boleh terima, saya lagilah okey,” katanya sambil tertawa.

Mereka memberikan semua jawapan itu tanpa rasa bersalah dan tidak sedikit pun melihat bahawa kecurangan itu sebagai suatu kesalahan.

“Yang penting, kami tidak lari dari tanggungjawab memenuhi keperluan keluarga serta membahagikan masa buat mereka,” kata Syafiq lagi.

Sebagai wanita, sukar juga pada awalnya untuk saya menelan kata-kata mereka ini. Ia seperti tidak masuk akal dan pada saat itu, terdet1k juga di minda saya, kegilaan apakah mereka ini.

Namun, seperti yang ditulis John Gray di dalam buku Men Are From Mars, Women Are From Venus, saya juga terpaksa menerima hakikat bahawa lelaki memang dijadikan sikap, sifat dan pemikirannya jauh berbeza daripada wanita.

Dengan sikap, sifat dan pemikirannya yang jauh berbeza inilah, maka usah persoalkan kenapa lelaki gemar curang. Bak kata Randy Wallace sekali lagi, lelaki bersikap cvrang kerana itulah yang mereka mahukan! Itulah yang harus wanita fahami. – Getaran, 27 Jun 2021

Sumber: Tiktok

Be the first to comment on "Wanita Pasrah Suami Kant0i Cvrang Dgn Salah Seorang Ahli Keluarga Sendiri, Suami Pesan Jgn Vlral Dekat FB"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*