“Seb4k pula tengok” – Lepas 3 Tahun Buang Tum0r , Adik Ainul Mardhiah Bertemu Semula Dr Amalina.

DR Amalina Che Bakri dan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, dua nama ini cukup ‘familiar’ dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menyoroti kisah Ainul bermula daripada pender1taan peny4kit yang dialaminya, sehinggalah pembed4han membuang tum0r seberat 200 gram di mulut yang berjaya dilakukan oleh sepasukan doktor bedah termasuk Dr Amalina di London, benar-benar membuatkan masyarakat tersentuh.

Ternyata hubungan antara Ainul dengan Dr Amalina tidak terhenti setakat itu sahaja.

Selepas tiga tahun ‘berpisah’, kanak-kanak yang pernah mender1ta k4nser ‘germ cell tumor’ di bahagian mulut Ainul Mardhiah kembali bertemu dengan pakar bedah, Dr Amalina Che Bakri.

Ainul yang kini hampir mencecah usia empat tahun itu kelihatan gembira dapat berjalan-jalan dan meluangkan masa dengan Dr Amalina di sekitar Pavilion, Kuala Lumpur.

Telatah Ainul yang ceria di samping Dr Amalina, dikongsikan ibunya, Nurul Erwani Zaidi di Instagram.

Ainul Mardhiah dengan Dr Amalina!

“After (selepas) tiga tahun dan sampai bila-bila, semoga ikatan ini akan berkekalan.

“Mama doakan semoga Ainul jadi pandai dan cerdik macam Dr Amalina. Boleh duduk London nanti,” tulis Nurul Erwani menerusi hantaran di Instagram Story pada Sabtu.

Sementara itu, Dr Amalina juga membuat hantaran mengenai pertemuan bersama keluarga Ainul di laman Instagram miliknya.

“Lovely to see Ainul, @_nrlerwani (Nurul Erwani) and @ahmadsafiuddin (Ahmad Safiuddin) again. Alhamdulillah Ainul is healthy and a happy little toddler (Gembira bertemu Ainul, @_nrlerwani (Nurul Erwani) dan @ahmadsafiuddin (Ahmad Safiuddin) lagi. Alhamdulillah Ainul sihat dan anak kecil yang ceria),” tulisnya.

Dr Amalina yang turut berkhidmat di UK menjadi antara orang terpent1ng dalam kisah kehidupan Ainul kerana bertungkus lumus menguruskan dan menjayakan pembedahan berkenaan.

Posting tersebut menerima lebih 12,000 tanda suka selain ratusan komen netizen yang gembira melihat pertemuan itu apatah lagi Ainul dilihat semakin membesar dengan sihat.

Seb4k pula tengok!

Sumber : OMM / mStar

Be the first to comment on "“Seb4k pula tengok” – Lepas 3 Tahun Buang Tum0r , Adik Ainul Mardhiah Bertemu Semula Dr Amalina."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*