“Anak Salah Takpe Jangan Ayah Je…” – Budak Salah Mak, Siap Berdukung Buat Ramai Terhibur

Semasa kecil dahulu mungkin ada yang pernah melalui pengalaman tersalah mak atau ayah semasa keluar di tempat awam.

Situasi ini tentunya salah satu pengalaman memalukan dan melucukan sama seperti yang dilalui oleh seorang kanak-kanak perempuan ini.

Gelagatnya yang tersalah mak ini turut mencuit hati netizen apabila wanita tersebut siap mendukung kanak-kanak yang datang padanya itu.

Malah video tersebut juga tular dengan sejuta tontonan setakat ini di mana netizen turut terhibur melihatnya.

Video dibawah artikel

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang wanita yang sedang mendukung kanak-kanak itu semasa dirakamkan.

Sekali pandang, pasti ramai yang menyangka mungkin mereka ini adalah ibu dan anak dengan gaya mesra seperti itu.

Namun sebenarnya, kanak-kanak itu telah tersilap orang dan menyangka wanita itu adalah ibunya. Perkara ini hanya disedari selepas ibu kepada kanak-kanak itu menegur anaknya itu yang kemudian kelihatan keliru melihat kedua-duanya.

Sebaik sahaja tersedar dengan apa yang terjadi, barulah kanak-kanak itu kembali semula ke ibunya sekaligus membuatkan yang lain berdekah melihatnya. Lebih melucukan, si ibu memberitahu anaknya itu selalunya tidak mesra dengan orang asing selain keluarga tetapi lain pula yang berlaku kini.

Di ruangan komen, netizen turut sama berdekah melihat reaksi keliru dari kanak-kanak itu. Malah ada yang siap berseloroh mujur hanya kanak-kanak itu sahaja yang tersalah mak dan bukan ayahnya sekali.

“Anak salah takpe jangan ayah salah.”

“Kau dah salah orang lepas tu kau lari macam aunty tu yang kidnap kau eh dik hahahaha ger4m.”

“3 kali dia tengok nak confirm kan…”

“Nasib bapak dia tak salah isteri.”

Sumber:hcl

Be the first to comment on "“Anak Salah Takpe Jangan Ayah Je…” – Budak Salah Mak, Siap Berdukung Buat Ramai Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*