Ulama hadis ternama datang ke Malaysia. Rupanya ini hubungan dia dengan Rasulullah

PUTRAJAYA: Walaupun jadual lawatan amat padat, seorang ulama hadis ternama dari Mesir sempat meluangkan masa dengan bertemu Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di sini hari ini.

Dr. Syeikh Mustafa Abu Sulayman al-Nadwi mengunjungi bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu di Nasyrul Quran di Presint 14, di sini dan melawat kompleks kilang percetakan kitab suci tersebut.

Berita gembira tersebut dimaklumkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu melalui hantaran dalam akaun sosialnya yang turut meraih lebih 3,000 tanda suka.

“Tengah hari ini, saya ke Nasyrul Quran bagi meraikan ketibaan Al-Muhaddith Syeikh Mustafa Abu Sulayman al-Nadwi, sahabat saya yang juga ulama besar hadis dari Mesir,” nukil beliau.

Tokoh tersebut atau nama sebenarnya Abdul Karim as-Sayyid al-Badawi Ahmad Sulayman, dilahirkan di perkampungan Sanbakht Aga, wilayah Mansurah, Mesir pada 19 Mei 1955.

Keturunan cucu Rasulullah 

Bapa beliau merupakan ulama qiraat dan syeikh tarekat al-Qahwajiah al-Syazuliah dengan nasab keturunan yang bersambung terus kepada Husain Ali, iaitu cucu Nabi Muhammad SAW.

Syeikh Mustafa ialah anak bongsu daripada empat adik-beradik dan beliau pernah memasuki sebuah sekolah sains di Mesir dengan cemerlang dalam fizik, kimia, biologi dan matematik.

Meskipun asalnya mahu menjadi doktor perubatan, namun, beliau melanjutkan pengajiannya dalam bidang agama dan memperoleh ijazah doktor falsafah (PhD) di Darul Nadwah, Mesir.

Mengulas lebih lanjut, Zulkifli menambah, Syeikh Mustafa datang ke Malaysia atas kapasiti sebagai Felo Jemputan di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Unipsas) di Kuantan.

“Saya turut mempelawa beliau untuk hadir bagi menyampaikan Syarahan Perdana di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),” katanya yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah USIM.

Malaysia ujarnya, adalah seumpama rumah kedua buat Syeikh Mustafa kerana ramai anak muridnya sendiri pun berada di seluruh negara dan kini berkhidmat dalam pelbagai jawatan.

Zulkifli pada masa sama mendoakan semoga Allah memanjangkan keberkatan umur tokoh ilmuwan hadis tersebut untuk dapat terus menyumbang bakti kepada ummah Islam sejagat.

ZULKIFLI Mohamad al-Bakri menyantuni Syeikh Mustafa Abu Sulayman ketika pertemuan di Nasyrul Quran, Putrajaya hari ini. – Foto ihsan Zulkifli Mohamad al-Bakri

Keturunan Rasulullah keturunan terpilih, mulia

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menjadikan makhlvk, lalu Dia menjadikan aku daripada sebaik-baik makhlvk, daripada sebaik-baik kurun. Kemudian Allah memilih kabilah-kabilah, maka Dia memilih aku daripada sebaik-baik kabilah. Kemudian Dia memilih keluarga, maka Dia menjadikan aku daripada sebaik-baik keluarga. Maka aku adalah yang terbaik daripada kalangan mereka pada diri dan juga keluarga.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Rasulullah SAW bersabda: “Aku telah keluar daripada hasil nikah dan bukan daripada keturunan yang r0sak, sedang aku adalah daripada keturunan Adam sehingga telah dilahirkan akan aku oleh ibu dan ayahku sedang aku tidak pernah ditimpa sebarang perbuatan jahat orang jahiliyyah.” (Hadis Riwayat Abu Nuaim, al-Thabariy dan Ibn ‘Asakir)

Rasulullah SAW bersabda: “Allah sentiasa memindahkan aku daripada sulbi yang baik ke dalam rah1m yang suci, suci dan memberi petunjuk. Tidaklah tumbuh dua cabang kecuali aku yang terbaik.” (Hadis Riwayat Ibnu Asakir dan Ibnu Abbas)

Nasab Baginda suci daripada syirik

Jalur keturunan baginda sampai kepada Nabi Ibrahim. Semuanya mengamalkan agama Hanif yang menyembah Allah. Bukan sahaja tidak dinodai zina, bahkan dalam kalangan orang yang sujud. Keimanan nasab ini bukti makbulnya doa Nabi Ibrahim yang bermunajat: “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua (Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail) orang Islam (yang berserah diri) kepada-Mu dan jadikanlah daripada keturunan kami, umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. QS: al-Baqarah, 128)

Allah berfirman yang bermaksud: “Yang melihat pergerakan dirimu di antara orang-orang yang sujud.” (QS: Syu’ara’, 218- 219)

Sayyidina Ibn Abbas mentafsirkan firman Allah ini sebagai perpindahan benih daripada sulbi seorang Nabi ke sulbi Nabi seterusnya ke dalam sulbi daripada kalangan Sajidiin (yang sujud dan beriman kepada Allah).

Kadangkala berlaku salah faham terhadap hadis berikut: Daripada Anas RA bahawa ada seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulullah, ayahku berada di mana?” Nabi SAW menjawab: “Di dalam neraka.” Apabila lelaki itu berpaling pergi, Baginda SAW, memanggilnya lalu bersabda: “Sesungguhnya ayahku dan ayahmu di dalam neraka.” (Hadis Riwayat Muslim)

Jawapan: Lafaz ‘ayah’ dalam hadis ini bermaksud ‘ayah saudara’ Nabi. Adat bangsa arab, kalimat ‘abi’ yang bermakna ‘ayah’ di situ membawa makna umum, tidak semestinya makna bapa kandung, boleh jadi bapa saudara. Kalimat yang paling tepat untuk ayah kandung ialah ‘walid.’

Kata-kata Nabi ini bertujuan agar lembut hati lelaki tersebut, tidak kembali murtad dan tidak mengeluarkan kata-kata sumpahan dan cac1-mak1 terhadap Rasulullah SAW kerana lelaki ‘arabi terkenal dengan sikap deg1l dan ker4s hat1. Ia juga suatu strategi untuk menarik lebih ramai kaum kerabatnya memeluk Islam.

Al-Quran merekodkan yang Nabi Ibrahim pernah berdoa supaya ‘abi’nya diampunkan, tetapi dil4rang Allah. Namun, pada ayat lain, Nabi Ibrahim berdoa supaya ‘walid’nya diampunkan, hal ini dibenarkan Allah. Perbezaan dua keadaan ini menunjukkan ada beza antara makna ‘abi’ untuk ayah saudara dengan ayah kandung.

Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, Saidatina Aminah sendiri pernah berwasiat kepada Nabi Muhammad yang ketika itu berusia 5 tahun. Rasulullah sewaktu itu menemani ibunya yang sedang sakit tenat.

Bondanya berkata: “Semoga Allah memberkatimu daripada kecil, wahai anak daripada ayahandanya (Abdullah) yang ditakdirkan mati, tetapi telah terselamat dengan pertolongan Allah Raja Yang Memberikan Nikmat, dia telah ditebus pada keesokan paginya ketika hendak disembel1h dengan seratus ekor unta yang mahal. Sekiranya benar apa yang telah aku saksikan ketika tidur, engkau akan diutuskan kepada sekalian makhlvk; daripada sisi Tuhan Yang Mempunyai Keagungan dan Kemuliaan; Engkau akan diutuskan di Tanah Halal dan Haram; diutuskan juga dengan kebenaran dan Islam, agama datukmu Ibrahim yang mulia, maka Allah telah menghalangmu daripada mendekati berhala supaya kamu tidak menyembahnya bersama kaum jahiliyyah.”

Bersama kita renungkan jika Baginda SAW adalah manusia terpilih sebaik-baik makhluk maka sudah tentu status ini turut merangkumi ibu bapa Baginda SAW. Jika makam yang menempatkan jasad Rasulullah itu paling mulia di atas muka bumi maka mana mungkin ayahnda dan bonda Baginda SAW dipandang hina oleh Allah Yang Maha Bijaksana.

Penulis Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penerbitan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

UTUSAN ONLINE

Be the first to comment on "Ulama hadis ternama datang ke Malaysia. Rupanya ini hubungan dia dengan Rasulullah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*