Ah Sudah, Baby Shima Bert4tu? Siap Tandvk Merah Bagai

Perkongsian sebuah video di Instagram milik penyanyi Baby Shima ternyata membuatkan ramai peminatnya terkejvt.

Tiada angin tiada ribut, penyanyi tersebut tampil dengan gaya bertatu yang diletakkan pada bahagian lengan kiri dan belakang badan.

Tambah membimbangkan, imej tatu ‘tandvk merah’ yang digayakan juga seperti tidak bersesuaian dengan penampilan Shima yang beragama Islam.

Pun begitu, menerusi posting berkenaan, Shima tidak menyatakan alasan berhubung tindakan tersebut.

Shima sebaliknya meminta orang ramai untuk menontonnya di YouTube.

“Nak tahu sebab apa Baby Shima bert4tu, boleh tengok di YouTube,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi pemantauan Gempak di YouTube, penampilan bert4tu Shima itu rupanya hanyalah sekadar gvrauan atau ‘pr4nk’.

Kedua-dua tatu tersebut menggunakan jenis pelekat yang boleh dipad4m.

Pendedahan tersebut sekali gus meleraikan rasa panik dalam kalangan peminatnya.

“Ah lega, ingatkan tatu betul, memang dah emo juga tadi”.

“Itu pelekat bukan tatu betul”.

“Suka dengan prank video kak Shima, menarik. Kita pun terkejut tengok teaser dekat Instagram,” tulis beberapa ntizen.

Anda boleh lihat video tersebut di bawah.

Biodata

Nama penuh: Nor Ashima Ramli

Nama pentas: Baby Shima

Tarikh lahir: 20 September 1992​

Umur: 26 tahun

Asal: Permas Jaya, Johor Bahru

Label: Nagaswara (Indonesia)​

Pekerjaan: Penyanyi

Media sosial: Twitter @aicobabyshima, Instagram @babyshimaofficial, Facebook Baby Shima, Youtube Baby Shima dan Tik Tok babyshima

Fakta Menarik

1. Aktif menyanyi lagu cover di aplikasi Smule dan laman Youtube. Bagaimanapun mula mendapat perhatian selepas berduet dengan Khai Bahar di Smule di mana lagu Gurauan Berkasih nyanyian mereka telah meraih lebih 20 juta tontonan.

2. Mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dengan pengurusnya sendiri, Mohd Afrendie Affendy (Andy) selepas lima tahun berkenalan.

3. Antara single lagu yang pernah dihasilkannya seperti Tak Sabar, Nombor Dua, Makan Hati, Lelaki Lama, Kangen Rosul, Jaran Ucul, Main Mata, Sirna dan terkini, Roadblock Hatiku (duet bersama Floor 88).

4. Turut menyanyikan lagu tema Mawar Putih Tanda Perpisahan untuk drama dengan judul sama, arahan Bade Hj Azmi, terbitan Datuk Rosyam Nor pada tahun 2013.

5. Pernah membintangi telefilem Ayam Ribut Syawal sebagai watak utama, siaran TV3 pada tahun 2014.

6. Antara pencapaiannya dalam bidang hiburan ialah pernah menjuarai Mangga Star Search 2009, bergelar juara Bintang Idola Berita Harian 2010, juga juara program KPOPNya Raya (Astro Ria), tersenarai dalam pencalonan awal bagi kategori Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2012, Top 24 D’Academy Asia musim ketiga, tercalon dalam kategori Pendatang Baru Dangdut Terpopular Anugerah Dangdut Indonesia 2017 (MNCTV) dan menjadi finalis akhir program realiti Big Stage 2018.

7. Pernah tvlar kerana dimarah1 penyanyi dangdut, Mas Idayu dalam program D’Academy Asia di Jakarta, Indonesia. Sekali lagi Shima menjadi bualan hang4t kerana pengsan di konsert minggu kedua Big Stage sejurus selepas membuat persembahan.

Be the first to comment on "Ah Sudah, Baby Shima Bert4tu? Siap Tandvk Merah Bagai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*