Sekali pandang macam kembar Nora Danish! Isteri Mohd Mentor dipuji cantik, siap dapat ‘offer’ berlakon

RAMAI memuji wajah isteri kepada penyanyi Mohd Mentor iaitu Nurul Asyiqin Zaidi kerana dikatakan seiras pelakon cantik, Nora Danish.

Gara-gara memiliki rupa paras mirip aktres berkenaan, Mohd atau nama sebenar Mohd Izwan Mohd Nor, 34, mendedahkan isterinya itu menerima tawaran lakonan daripada sebuah syarikat produksi, baru-baru ini.

“Saya tak pernah sorok isteri, selalu sahaja tunjuk kehidupan kami di Instagram, cuma mungkin follower tak ramai jadi orang tak perasan.

“Bagi yang pernah nampak isteri, selalu la mereka kata begitu (seiras Nora Danish). Sebelum ini pun ada satu produksi terkenal menawarkan peluang berlakon tapi isteri saya sendiri tak berapa minat nak masuk dalam industri ni.

“Sejujurnya saya pun tak berapa nak galakkan sebab nanti dia akan sibuk dan tak ada masa, bimbang anak kami terbiar. Nanti kalau pembantu rumah yang jaga anak pun susah juga,” katanya kepada mStar.

Mohd dan isteri rancang miliki cahaya mata kedua.

Bekas peserta program nyanyian Mentor musim keempat ini ditemui semasa pelancaran restoran miliknya, Nasi Lemak Puakez di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mohd mendirikan rumah tangga dengan Nurul Asyiqin, 29, pada 14 Oktober 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Mohd Izz Rafael Mohd Izwan berusia tiga tahun.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Segala ini berkata dia mengizinkan isterinya terus aktif menerusi media sosial lain seperti Instagram dan TikTok.

Saya memang nak anak lagi tapi belum ada rezeki, sedang berusaha lagi ni. Kita tunggu sahajalah.

“Saya tak ada masalah kalau isteri aktif menggunakan media sosial sebab itu pun satu cabang untuk jana pendapatan melalui reviu produk yang diterima.

“Cuma kalau nak kerja sebagai pelakon atau buat video berlebihan di laman sosial itu tidaklah,” ujarnya yang turut memaklumkan isterinya itu mempunyai pekerjaan tetap di sebuah syarikat swasta.

Empat tahun melayari alam perkahwinan, Mohd berkata dia dan isteri kini sudah bersedia untuk menimang anak kedua.

“Saya memang nak anak lagi tapi belum ada rezeki, sedang berusaha lagi ni. Kita tunggu sahajalah.

Mohd serius menceburi bidang perniagaan.

“Boring juga anak pertama tak ada geng, kami pun sebelum ni dah berbincang tak nak anak terlalu rapat sangat, sekarang ni anak pertama pun dah masuk tiga tahun kiranya okay la tu,” katanya.

Bercakap mengenai pembukaan cawangan kedua Restoran Nasi Lemak Puakez, Mohd memberitahu dia yakin perniagaan makanan masih mendapat sambutan meskipun beberapa sektor terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Keberanian itu datang daripada isteri saya. Katanya kami suami isteri sendiri beli makanan menerusi aplikasi penghantaran.

“Kalau tidak boleh makan di premis pun orang tetap boleh membuat pembelian menerusi aplikasi tersebut, jadi dari situlah saya rasa ada keyakinan untuk berniaga dan tidak bimbang,” katanya yang sama-sama menjalankan bisnes itu dengan komposer Iswandi.

Untuk rekod, cawangan pertama Nasi Lemak Puakez milik Mohd telah dibuka di Bemban, Melaka sejak 2016.

Sumber Mstar

Be the first to comment on "Sekali pandang macam kembar Nora Danish! Isteri Mohd Mentor dipuji cantik, siap dapat ‘offer’ berlakon"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*