“Saya rasa nak menangis” – Dikec4m sampai trending di twitter, Mia Sara kes4l dan mohon maaf

Kuala Lumpur: Pelakon Mia Sara Nasuha, 16, kes4l dan memohon maaf selepas satu ciapannya di Twitter mengundang salah faham serta menjadi perdeb4tan ramai.

Dalam ciapan itu, Mia Sara berkata, dia penat kerap disamakan dengan gadis lain di TikTok yang memakai selendang hitam serta ‘eyeliner’ menyerupai dirinya.

Disebabkan ciapan itu, ntizen mempertikaikan kenapa pelakon itu perasaan gadis lain cuba men1ru gayanya selain mend4kwa dia sy0k sendiri dan cuba meraih perhatian.

Ciapan Mia Sara itu diciap semula lebih 400 dan hampir 4,000 komen.

Mia Sara berkata, niat sebenarnya adalah untuk menyampaikan mesej positif dan dia mengakui caranya menulis ciapan itu agak mengel1rukan.

“Silap saya, inti utama saya nak cakap di sini adalah tak semestinya dia pakai ‘shawl’ dan ‘eyeliner’, dia nampak macam saya. Pada asasnya, saya mahu orang lihat gadis-gadis cantik itu sebagai diri mereka sendiri.

“Saya mohon maaf atas salah tafsir berlaku. Komen ‘cantiknya macam Mia Sara’ kedengaran salah pada saya. Dia nampak macam diri sendiri dan cantik dengan tersendiri.

“Ciapan saya ditujukan kepada bahagian komen dan bukan kepada gadis terbabit. Saya sudah jelaskan dan tak salahkan mereka sebab salah faham. Sebab cara saya tulis pun memang salah,” katanya.

Mia Sara juga menjelaskan niat asalnya tidak lain untuk memberi mesej bahawa setiap wanita memiliki kecantikan masing-masing tanpa perlu disamakan dengan orang lain.

“Saya rasa nak menangis. Saya tiada niat nak cakap hal lain tapi orang salah faham. Saya nak sebarkan mesej positif supaya orang melihat setiap wanita itu cantik dengan cara tersendiri mereka,” katanya.

“SAYA RELA TAK BERLAKON DARIPADA
BUKA TUDUNG”

Baru-baru ini hang4t diperkatakan apabila pelakon, Mia Sara Nasuha mended4hkan masih ada syarikat produksi memintanya untuk membuka tudung sedangkan dia sudah pun berhijab sejak lima tahun lalu.

Gadis berusia 16 tahun itu berkata ramai yang menyangka dia sudah tidak aktif berlakon tetapi sebenarnya dia terpaksa menolak banyak tawaran. Tegasnya, dia lebih rela tidak berlakon daripada membuka tudung.

“Nak suruh saya buka tudung, tak mungkin akan berlaku. Saya lebih rela tidak berlakon daripada membuka tudung demi memenuhi permintaan mereka.

“Saya akui, tawaran lakonan semakin berkurangan sejak mula mengenakan hijab. Ia tidak lebat seperti suatu ketika dahulu. Baru-baru ini pun masih ada tawaran yang meminta saya membuka tudung selepas diberitahu mengenai watak yang ditawarkan.

“Bukan sekali, ia berlaku berkali-kali, lebih lagi pada peringkat awal saya bertudung. Sebab itu jugalah saya banyak tolak tawaran lakonan. Ia bukan sebab saya tak mahu berlakon,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Mia turut meminta pihak produksi diluar sana menghormati dirinya yang sudah berhijab. Ujarnya, berikan watak tidak bertudung seolah minta untuk membuka hijab.

“Oleh sebab terima banyak tawaran watak tidak bertudung, jadi saya jarang kelihatan di kaca televisyen (TV) sekarang ini. Apabila kurang berlakon, timbul pula anda1an saya sudah tidak berminat berlakon lagi dan mahu fokus pada pelajaran.

“Saya minta sangat pihak luar menghormati pendirian saya yang sudah bertudung. Saya pakai tudung bukan atas paksaan sesiapa, ia hadir atas kerelaan hati,”katanya.

Sumber: HMetro

Be the first to comment on "“Saya rasa nak menangis” – Dikec4m sampai trending di twitter, Mia Sara kes4l dan mohon maaf"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*