Khairy Sudah Mula Hilang Sabar, Failkan Saman Fltnah Terhadap Seorang Ustaz Popular Tanah Air

Kuala Lumpur: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memfailkan s4man f1tnah terhadap Datuk Lokman Noor Adam dan Mohd Rasyiq Mohd Alwi atau dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq berhubung vaks1n C0vid-19 yang dimuat naik di media sosial.

Khairy, 46, selaku plaintif memfailkan dua saman itu secara berasingan di Mahkamah Tinggi di sini, menerusi Tetuan Rashid Zulkifli pada 25 Januari lalu, dengan menamakan Lokman, 49, dan Mohd Rasyiq, 41, sebagai defendan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau memfailkan sam4n itu atas kapasiti peribadi mendakwa Lokman memf1tnahnya menerusi dua video serta memuat naik gambar di Facebook ‘Lokman Noor Adam Official’ pada 6 Januari lalu, membuat kenyataan menerusi dua siaran langsung di Facebook itu dan Youtube ‘Lokman Adam’ pada 10 Januari.

Khairy mend4kwa Mohd Rasyiq memfitnahnya dengan membuat empat kenyataan fitnah, menyiarkan tiga video dan gambar di Instagram ‘Ustaz Abu Syafiq’ pada 20 Oktober tahun lalu, 6 dan 10 Januari lalu.

D4kwa plaintif, kenyataan f1tnah dalam dua saman itu membawa maksud antaranya beliau berb0h0ng dan menipu orang ramai dengan mendakwa dia telah diberi vaksin Covid-19 serta menerima d0s ketiga serta memalsukan maklumat berkenaan status vaks1nasi.

Menurut plaintif, penerbitan f1tnah itu menyebabkan reputasi dan integritinya terjejas tervk serta mengurangkan kepercayaan serta keyakinan orang ramai terhadapnya sama ada melalui kapasiti peribadi dan profesional selain menyebabkan reputasinya direndahkan dalam kalangan masyarakat yang berfikiran waras.

Plaintif juga mend4kwa penerbitan f1tnah itu adalah bertentangan dengan kepentingan awam dan ia mengganggu usaha serta semua yang terbabit dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan dalam perjuangan menentang C0vid-19, menjejaskan tindak balas masyarakat terhadap pandemik dan menjejaskan data serta fakta rasmi yang diberikan oleh KKM kepada orang ramai.

Oleh itu, plaintif memohon suatu perintah injunksi supaya kedua-dua defendan memadam kenyataan dan video bersama-sama kapsyen, tajuk dan komen dalam tempoh 24 jam dan suatu injunksi menghalang defendan daripada menerbitkan semula hantaran itu.

Plaintif juga memohon defendan-defendan untuk memadam kenyataan f1tnah yang diterbitkan semula di semua portal berita serta akaun media sosial dalam tempoh 24 jam.

Plaintif juga menuntut kedua-dua defendan membayar ganti rugi am yang akan ditaksir oleh mahkamah, ganti rugi teladan, teruk, faedah, permohonan maaf daripada defendan-defendan yang dimuat naik di media sosial serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Menerusi semakan sistem mahkamah, mahkamah menetapkan 17 Februari ini untuk pendengaran injunksi inter parte (dua pihak).

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment on "Khairy Sudah Mula Hilang Sabar, Failkan Saman Fltnah Terhadap Seorang Ustaz Popular Tanah Air"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*