Ya Allah. Penyanyi Trkenal Aishah Mngaku Dah Brcerai Kali Keempat, Cara Dia Dilepaskan Buat Dia Mnangls

PETALING JAYA: Selepas beberapa bulan tidak tinggal sebumbung, penyanyi legenda, Aishah mengesahkannya sudah pun bercerai dengan bekas suami, penghujung tahun lalu.

Mengulas lanjut, Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin, 57, mended4hkannya dicera1kan dengan tal4k satu melalui aplikasi WhatsApp pada 25 Disember lalu.

“Segala-galanya sudah selesai apabila saya dicera1kan tal4k satu menerusi mesej pada 25 Disember lalu.

“Bohonglah, jika saya tidak bersedih dengan pengakhiran yang berlaku. Saya bukannya robot.

Nora nikah sahabat baik arwah Johan

“Saya menangis sebaik sahaja membaca mesej yang dikirimkan.

“Namun, saya akur dengan ketentuan takdir. Walau apapun yang berlaku, hidup harus diteruskan,” katanya secara eksklusif kepada BH Online.

Walaupun kembali hidup bersendirian, Aishah menganggap ia bukanlah sesuatu yang sukar kerana mempunyai anak-anak sebagai sumber kekuatan. – Foto IG Aishah
Walaupun kembali hidup bersendirian, Aishah menganggap ia bukanlah sesuatu yang sukar kerana mempunyai anak-anak sebagai sumber kekuatan. – Foto IG Aishah
Walaupun kini kembali hidup bersendirian, penyanyi Kemaafan Dendam Yang Terindah ini berkata, ia bukanlah sesuatu yang sukar kerana mempunyai dua cahaya mata lelaki, Armand Azhari dan Azhad Ahlami sebagai sumber kekuatan.

“Ini bukan perkara baharu buat saya. Lagipun, saya pernah melalui pengalaman sama sebelum ini. Masa itu, anak-anak masih kecil lagi.

“Masih terbayang apabila saya terpaksa mengangkut anak-anak bersama ketika bekerja kerana tiada siapa dapat menjaga mereka.

“Sekarang, anak-anak sudah dewasa dan menjadi tempat untuk saya bergantung harap. Hidup saya kini hanyalah untuk anak-anak,” luah penyanyi bervokal mantap ini.

November lalu, Aishah mengakui, tidak lagi tinggal sebumbung dengan bekas suami selepas lima tahun melayari bahtera rumah tangga.

Bagaimanapun, Aishah enggan mendedahkan secara terperinci punca perg0lakan rumah tangganya itu.

Terdahulu, Aishah ditemui pada majlis Makan Malam BH yang diadakan di Hotel Armada, di sini, semalam.

Pada majlis itu, juara program realiti, Gegar Vaganza musim keempat itu menghiburkan warga BH dengan dua lagu, Janji Manismu dan single terbaru, Ketentuan Takdir.

Be the first to comment on "Ya Allah. Penyanyi Trkenal Aishah Mngaku Dah Brcerai Kali Keempat, Cara Dia Dilepaskan Buat Dia Mnangls"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*