“Memang rasa cem4s” – Bergilir-gilir dukung nenek lanjut usia sel4matkan diri, 5 ahli keluarga Ezzaty Abdullah ada dalam kereta api terb4kar di Kelantan

Ins1den kereta api terb4kar di Kampung Anok Machang, Sungai Keladi dekat Pasir Mas, Kelantan pada Selasa malam mengundang rasa cem4s dan pan1k pelakon Ezzaty Abdullah yang kini sarat mengandung.

Menurut Ezzaty, 32, perasaan cem4s itu semakin menebal setelah mengetahui ibu bapa, nenek serta dua lagi saudaranya turut berada dalam tren Ekspres Rakyat Timuran Nombor 27 itu.

Menceritakan semula situasi kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.20 malam itu, Ezzaty berkata keluarganya serta para penumpang lain bergegas mengosongkan gerabak.

“Penumpang terpaksa berjalan jauh mencari kawasan lapang sebelum bantuan tiba.

“Saya tak boleh bayangkan bagaimana keadaan mereka dalam gelap dan di tengah hutan ketika itu.

“Ayah serta bapa saudara terpaksa bergilir-gilir mendukung nenek yang sudah berusia dan berjalan lebih kurang 100 meter,” katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Ezzaty dan Azwan Kombos menanti hari kelahiran anak kedua

Menurut isteri kepada aktor Azwan Kombos ini, ahli keluarganya itu dalam perjalanan dari Kota Bharu di Kelantan ke Kuala Lipis, Pahang.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengesahkan tren Ekspres Rakyat Timuran Nombor 27 mengalami keb4k4ran pada bahagian enjin.

Bagaimanapun, ia tidak membabitkan sebarang kecederaan kepada 180 penumpang dalam kejadian di Kilometer (KM) 490.50-491 itu.

Saya hanya fikirkan jika keadaan tervk saya tidak boleh ke sana kerana sar4t mengandvng

EZZATY ABDULLAH

PELAKON

Tambah Ezzaty, dia bersyukur apabila semua yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Memang rasa cem4s apabila mendapat perkhabaran tersebut. Ibu bapa saya bersama nenek, bapa dan ibu saudara ada dalam keretapi tu.

“Saya hanya fikirkan jika keadaan tervk saya tidak boleh ke sana kerana sarat mengandung.

“Syukur semuanya selamat dan ibu bapa saya kini berada di rumah bapa saudara di Kuala Lipis,” katanya.

Ezzaty lebih bersedia menyambut kelahiran anak kedua.

Dalam pada itu berkongsi tentang keham1lan anak kedua, pelakon drama KL G4ngster: Underworld ini memberitahu masih belum menunjukkan sebarang tanda akan bersalin dalam masa terdekat.

“Jika ikutkan perkiraan memang sudah sampai tarikh bersal1n. Namun belum ada tanda-tanda lagi.

“Anak pertama dahulu pun lewat seminggu, jadi saya tidaklah begitu risau. Hanya tunggu sahaja nanti harinya,” ujarnya.

Sumber : mStar

Be the first to comment on "“Memang rasa cem4s” – Bergilir-gilir dukung nenek lanjut usia sel4matkan diri, 5 ahli keluarga Ezzaty Abdullah ada dalam kereta api terb4kar di Kelantan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*