“Tak Nak Ibu Tiri, Nanti Perempuan Tu Minta Duit Daddy”

Baru-baru ini video dikongsikan di Instagram Allahyarham Siti Sarah menjadi perhatian ramai apabila memaparkan tetalah anak ketiga pelawak Shuib Sepahtu iaitu Ariq Matin.

Menerusi video tersebut, kanak-kanak berusia enam tahun itu ditanya mengenai sebab mengapa dia tidak mahu mempunyai ibu tiri.

“Kenapa tak nak ibu tiri lagi? Jawapan Matin. Korang rasa macam mana ni? Tak tau nak jawap apa,” tulis kapsyen video tersebut.

Jawapan diberikan Matin ternyata mengejutkan ramai apabila dia memberitahu ianya pembaziran serta mengatakan ibu tiri akan mengikis wang bapanya dan akhirnya mereka akan jatuh miskin.

“Bazir… nak tahu kenapa? Nanti perempuan tu minta duit dekat daddy! Nanti kita jadi m1skin,” katanya.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada ntizen yang terhibur dengan jawapan diberikan oleh kanak-kanak itu yang disifatkan jujur dan bijak.

Malah, netizen berkata kanak-kanak tidak reti men1pu dan mengagumi anak Shuib itu sudah memandang jauh mengenai perkara itu.

Terdahulu, Shuib mengakui sedang mengenali wanita lain. Bagaimanapun, Shuib berkata hubungan itu masih terlalu awal dan dalam fasa berkawan serta menyerahkan soal jodoh kepada Allah.

Sumber: OMM

Be the first to comment on "“Tak Nak Ibu Tiri, Nanti Perempuan Tu Minta Duit Daddy”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*