Penyanyi Ini Luah Rasa Kecew4 Anak Tak Hensem Macam Suami

Penyanyi dangdut Indonesia, Lesty Kejora dikec4m peminat apabila secara tidak sengaja meluahkan nyatakan kekec3waan kerana bayi sulungnya tidak mewarisi ketampanan suami, Rizky Billar.

Menurut laman berita Suara.com, kata-kata berbaur kec3wa itu diluahkan ketika artis k0medi Indonesia, Sule dan isterinya, Nathalie datang melawat anak pasangan itu.

Lesty berkata, anaknya yang diberi nama Muhammad Leslar itu lebih mirip dirinya yang dianggap biasa dan tidak setampan Rizky.

Lesty kecewa anaknya tidak setampan suaminya, Rizky Billar. – Tribunnews

“Biasa orang mencari pasangan untuk mendapat keturunan baik, ternyata anak saya lebih mengikut genet1k saya berbanding bapanya,” kata Lesty.

Kenyataan Lesty dibantah Sule dan Nathalie yang mengatakan, wanita itu juga cantik serta anak mereka tetap comel tanpa mengira mirip siapa.

Namun kata-kata Lesty dikecam netizen yang menganggap wanita itu seperti tidak bersyukur dan kufur nikmat.

“Ada juga manusia seperti ini, sudah diberi rezeki anak tetapi tidak bersyukur malah, kec3wa kerana anak tidak tampan,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Jangan kufur nikmat, kata-kata ibu itu satu doa yang tiada hijab,” komen seorang lagi.

Terdahulu,Bagi peminat-peminat dangdut dari negara seberang sudah pasti cukup mengenali gerangan Lesti Kejora dan juga suaminya iaitu Rizky Billar.

Sejak dari awal perkenalan pasangan ini sehinggalah sekarang, ada saja timbul kontroversi. Tak cukup dengan isu nikah siri, kini kandungannya yang dilahirkan tak cukup bulan turut dipertikaikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Muhammad Rizky Billar (@rizkybillar)


Demi keselamatan anak dan isteri, terpaksa lakukan kaedah caesarean di usia 34 minggu

Menerusi portal Suara, anak sulung kepada pasangan berkenaan yang dilahirkan pramatang walau bagaimanapun dianggap bertuah kerana tidak perlu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU). Jelas Lesti, ia berikutan bayi tersebut terus menangis dengan kuat sejurus dilahirkan

Tidak ada orang tua yang mahu anaknya terlahir pramatang

Akan tetapi, jauh di sudut hati artis berkenaan tetap terselit rasa sedih apabila melihat cahaya matanya itu dilahirkan tidak seperti bayi normal yang lain. Malah wanita tersebut terus menangis apabila si suami menceritakan situasi agak janggal tatkala perasan bayinya itu tidak muat untuk memakai baju yang sudah dibeli kerana bersaiz lebih kecil.

Besar betul ujian dia, dahlah nikah siri lepas tu anak pula lahir awal…Bertambah orang fikir negatif

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ntizen turut sedih melihat reaksi Lesti apabila mengenangkan keadaan anaknya. Dalam pada itu, ramai mengakui faham akan perasaan seorang ibu yang mempunyai seorang bayi pramatang.

Sumber – Agensi via K! Online

Be the first to comment on "Penyanyi Ini Luah Rasa Kecew4 Anak Tak Hensem Macam Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*