Dayah Zubit bekas pengasuh Aafiyah j4tuh motor ketika sarat mengandung, alami luk4 dan dar4h beku di kepala

SEDANG sar4t ham1l dan menunggu hari untuk melahirkan, bekas pengasuh anak Datuk Seri Siti Nurhaliza dikej4rkan ke hospital selepas terj4tuh daripada motosikal.

Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah, 26, memaklumkan dia mengalami keceder4am di bahagian kepala, siku, tangan, lutut dan juga kaki, namun bersyukur kandungannya selamat.

“Alhamdulillah syukur ya Allah syukur baby okay dan selamat.

“Yang tak okey mummy dia sebab ada blood clot (dar4h beku) kerana ced3ra di kepala akibat j4tuh daripada motosikal.

“So Mummy dia yang rasa ya amat tu dan ada luka kat siku, tangan, lutut dan kaki,” tulisnya di Instagram.

Perkongsian Dayah di Instastory miliknya.

Pada 21 Januari lalu, Dayah mengadakan majlis kesyukuran dan resepsi perkahwinannya yang tertangguh akibat dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Nur Hidayah berkahwin dengan pemain bola sepak Terengganu FC II, Mohamad Ridzuan Razali pada 31 Mei 2021.

Sementara itu, Dayah mengakui dirinya terlalu aktif dan perlu banyak berehat sementara menunggu hari melahirkan bayi sulungnya itu.

Yang tak okey mummy dia sebab ada blood clot (darah beku) kerana ceder4 di kepala akibat j4tuh daripada motosikal

DAYAH ZUBIT

BEKAS PENGASUH AAFIYAH

Dalam pada itu, dia juga berterima kasih kepada orang ramai yang prihatin dan mendoakan kesihatan diri dan kandungannya.

“Mak buyung aktif sangat gamaknya, Allah nak suruh betul-betul rehat, counting days nak deliver dan banyak dekatkan diri lagi denganNya.

“Semua yang berlaku sebab Allah sayang. Saya masih bersyukur sebab sudah semakin baik. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami” ujarnya.

Ramai yang tahu, sejak dari bayi lagi, hubungan antara anak Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah dengan bekas pengasuhnya, Dayah Zubit begitu akrab sekali. Mana taknya, sejak Aafiyah lahir, Datuk Siti dan suami, Datuk Khalid, dah beri tanggungjawab pada Dayah untuk menjaga anak sulung mereka.

Namun tahun lalu, selepas usia Aafiyah 3 tahun, Dayah mengambil keputusan mengakhiri zaman bujangnya dengan pemain bola sepak pasukan Terengganu FC, Mohammad Ridzuan Razali.

Selepas bergelar isteri, Dayah terpaksa buat pilihan mengundurkan dirinya daripada tanggungjawab sebagai pengasuh Aafiyah untuk tinggal bersama suami di Terengganu.

Bagaimanapun, baru-baru ini dalam satu video yang dimuatnaik di Instagram Aafiyah Khalid, memaparkan aksi Aafiyah melepaskan kerinduan pada Dayah ketika Aafiyah menghadiri majlis majlis doa selamat untuk kandungan sekaligus mengambil peluang untuk bersanding.

Aksi foto Aafiyah yang cukup comel turut menjadi perhatian

Pejam celik dah hampir 4 tahun usia cahaya mata sulung kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Sejak dari bayi lagi, keletah Siti Aafiyah bersama pengasuhnya iaitu Dayah Zubit sering menjadi perhatian ramai. Namun semenjak berkahwin, wanita tersebut tidak lagi menguruskan si kecil berkenaan.

Majlis nikah ringkas sehari sebelum lockdown, dan terus ikut suami balik Terengganu

Terdahulu, Dayah telah pun melangsungkan perkahwinan bersama seorang pemain sayap pasukan bola Terengganu FC II (TFC II), Mohammad Ridzuan Razali dengan penuh ringkas di Pejabat Agama Seberang Perai Utama pada 31 Mei lalu. Sejurus akad nikah, wanita berkenaan yang berusia 26 tahun terus mengikuti suaminya pulang ke Terengganu.

Sumber:mstar

Be the first to comment on "Dayah Zubit bekas pengasuh Aafiyah j4tuh motor ketika sarat mengandung, alami luk4 dan dar4h beku di kepala"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*