Baru Je Neelofa Bersalin, Sekali Foto Bayl Ini Pula Jadi Perhatian Ntizen

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara Neelofa selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah pusat perub4tan, di sini , jam 3.44 petang, kelmarin.

Suaminya yang juga pelakon, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz meluahkan rasa syukur apabila segala urusan bersal1n berjalan lancar.

Katanya, bayi sulung mereka diberi nama Muhammad Bilal Muhammad Haris.

“Alhamdulillahirabbil’alamin. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya, isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor selamat melahirkan putera sulung kami pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang.

“Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Riz, mereka merakamkan jutaan penghargaan kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan mereka.

“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata.

“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara,” katanya.

“Ni mommy Bilal” 

Dalam pada itu Neelofa ada memuat naik foto ketika beliau masa kecil

Biasanya anak lelaki lebih ikut gen3etik ibu, apa-apa pun kita tunggu nanti bila Neelofa sudah bersedia berkongsi foto anak mereka

Dalam pada itu, pihak pengurusan Neelofa memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi foto putera sulung kepada pasangan bahagia itu buat masa ini.

Neelofa dan Riz berkahwin pada 27 Mac tahun lalu.

Sumber : trendingsangat.pw

Sumber: MH

Be the first to comment on "Baru Je Neelofa Bersalin, Sekali Foto Bayl Ini Pula Jadi Perhatian Ntizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*