“Rupanya dah dua minggu saya kend0ng bayi meningg4l”- Suami Nak pengs4n, Sedih Isteri Kegugvran

PENGALAMAN menghadapi kegugvran akan sentiasa menjadi mimpi bvruk buat semua pasangan suami isteri apatah lagi jika bayi tersebut merupakan anak pertama.

Berkongsi mengenai kisah tersebut, Nurul Aqmar Mohd Ismail, 29, menceritakan bagaimana dia terp4ksa berdepan situasi berpantang seperti selepas bersalin tetapi tiada bay1.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan di media sosial, wanita yang menetap di Semenyih, Selangor ini, menceritakan pengalamannya sewaktu tempoh keham1lan yang dianggap sangat mudah dan tldak bermsalah.

“Rezeki saya dapat mengandvng masa Ramadan 2020. Saya puasa sebulan sebab mampu buat penuh. Ada je orang sekeliling nasihatkan saya masa tu, tak galakkan saya puasa sebab kandungan masih baru dan perlukan banyak khasiat untuk perkembangan bay1.

Wanita ini yakin untuk berpuasa kerana tidak memiliki simpt0m seperti kebiasaan ibu mengandung.

“Bila saya tak ada semua simptom tu saya ingat itu satu perkara baik, tapi rupanya tidak. Selepas kegugvran baru saya tahu rupanya kandungan dan baby mungkin tk kuat dan tak sihat sebab tu saya tak alami semua simptom tu,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Wanita yang mesra disapa Aqmar ini berkata dia keh1langan cahaya mata yang pertama itu ketika kandungan memasuki usia empat ke lima bulan.

Usahawan itu memberitahu, masalah mula timbul apabila dia pulang ke kampung di Ipoh, Perak untuk meraikan Aidiladha tetapi memutuskan untuk tidak memberitahu suaminya kerana tidak mahu lelaki itu bimbang.

“Masa tu suami tak dapat cuti raya. Jadi saya ikut mak ayah balik kampung beraya. Elok sampai dekat rumah opah, saya perasan macam ada setitik cecair seakan-akan d4rah tapi saya cuma abaikan saja. Lagipun cuma setitik kecil sahaja.

“Suami masa tu tak ada bersama. Bila jadi macam tu saya tak tahu macam mana nak beritahu dia. Saya tak nak dia bimbang. Sudahlah dia jauh, tengah kerja pula.

“Saya abaikan je pasal setitis darah tu dan sambut je raya macam biasa dengan keluarga dekat kampung. Memang tak ada rasa sak1t atau rasa pel1k lepas dar4h meniti1k tu dan tak ada masalah lain pun,” ujar Aqmar.

Menurut wanita ini, perkara tersebut dibiarkan berlarutan sehingga dia pulang semula ke rumahnya di Semenyih dan ketika itulah dia memberitahu suami, Muhifuddin Mansur, 31, tentang perkara yang dianggap tidak serius itu.

Pasangan ini kemudian pergi ke klinik berdekatan untuk mendapatkan kepastian tentang apa yang berlaku dan tidak menyangka ia menjadi suatu titik hitam yang mengubah kehidupan mereka selepas itu,

“Lepas saya cerita, suami saya nak pengs4n dengar. Terus esok tu dia bawa saya pergi ke klinik. Bila doktor buat pemeriksaan, dia cakap dah tak ada degupan jantvng. Lagi p4rah bila doktor maklumkan baby dah mengecvt.

“Maksudnya bayi saya mungkin dah men1nggal dalam kandungan lebih kurang dua minggu cuma saya je yang tak perasan dengan keadaan tu. Rupanya saya dah dua minggu kendong bayi yang dah men1ngg4l.

“Hati saya luluh dengan apa yang doktor sampaikan. Masa tu saya harap sangat dapat tahu lebih awal dan lebih bersedia, jadi saya boleh ucap selamat tinggal dekat baby. Saya juga nak cakap terima kasih dekat dia sebab bagi peluang saya ‘merasa’ bawa dia dalam perut saya,” ujar wanita itu.

Dalam pada itu, kehilangan bayi ini tidak hanya memberi kesan terhadap dirinya yang asyik menyalahkan diri sendiri, malah suaminya turut bersedih.

Namun di sebalik ujian getir yang dilalui, Aqmar bersyukur kerana masih dikelilingi keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberi semangat dan sokongan kepadanya sejak mereka mendirikan rumah tangga pada 12 Oktober 2019.

“Saya bersedih agak lama selepas alami kegvguran tu. Rasa badan saya kh1anati diri saya. Saya banyak salahkan diri sebab tak jaga kandvngan betul-betul.

“Keluarga suruh suami jaga saya betul-betul sebab risau dengan kesihatan ment4l lepas kegugvran tu. Semua orang cuma risaukan tentang saya sebab terp4ksa berpantang tanpa anak, tapi tak ada siapa tanya suami saya OK ke tak masa tu.

Suami Aqmar juga turut terkesan dengan kehilangan bay1 pertama mereka.

“Ada satu malam tu, suami bawa makanan ke bilik sebab saya tak rasa nak keluar makan. Masa tengah makan sambil berborak dengan suami, tiba-tiba dia menangis tanpa henti.

“Sedangkan masa tu kami tengah cakap pasal topik lain. Saya rasa dia dah pendam lama kesedihannya tapi tak boleh nak buat apa-apa sebab terpaksa tunjuk kuat depan saya. Masa tu baru sedar apa yang saya alami ni, suami alami juga,” tambah Aqmar.

Ujian berat ini cukup memberi impak yang mendalam kepada pasangan ini namun pepatah ada mengatakan selepas hujan pasti akan muncul pelangi kerana rezeki tetap ada untuk setiap hamba-Nya.

Jelas Aqmar, dia telah diberi peluang lagi sekali untuk hamil pada Januari 2021 setelah mendapatkan nasihat doktor dan bayi tersebut telah selamat dilahirkan walaupun dia terpaksa mengalami ‘morning sickness’.

Wanita ini bersyukur kerana masih diberi peluang untuk mengandung buat kali kedua.

“Terasa macam dunia ni ada warna kembali. Doa kami yang tak putus-putus tu dah didengari Allah. Saya dapat peluang lagi sekali untuk mengandung. Kali ni saya happy bila kena morning sickness teruk sebab saya tahu maksudnya bayi saya sihat.

Perkongsian videonya di TikTok mendapat pujian kerana situasi seorang bapa sedang menikm4ti pemandangan bersama anaknya di sebuah hospital di Bangi nampak ‘sweet’.

“Saya diberi peluang lagi sekali selepas kegugvran. Sebab tu orang panggil bay1 yang dilahirkan selepas kegvguran sebagai ‘rainbow baby’. Memang terasa seperti diberi sinar baharu selepas peristiwa hitam tu,” katanya.

Sumber: mstar

Be the first to comment on "“Rupanya dah dua minggu saya kend0ng bayi meningg4l”- Suami Nak pengs4n, Sedih Isteri Kegugvran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*