Berat badan 20kg, ibu k3rdil terpaksa hadap mulut orang dari mula kahwin sampailah nak bers4lin… syukur kelahiran dipermudahkan

HAMPIR semua wanita akan berasa bimbang apabila memikirkan tentang proses bersal1n apatah lagi ketika melahirkan anak pertama.

Sama ada secara pembed4han atau bersal1n secara normal, apa yang penting dalam proses kelahiran adalah bay1 dan ibu masing-masing sihat dan selamat.

Bagaimanapun bagi wanita ini, dia perlu berdepan kebimbangan yang lebih berbanding ibu-ibu ham1l lain gara-gara bertubuh kerd1l.

Menerusi perkongsian Syakila Norazma Amira, 28, yang tular di media sosial baru-baru ini, dia terpaksa bersal1n ‘ikut tingkap’ atau secara pembed4han.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Saya terpaksa masuk hospital lebih awal dari tarikh sepatutnya saya bersal1n. Doktor cakap baby dalam perut besar. Kalau tunggu lagi lama takut risik0 bah4ya kepada baby,” katanya ketika dihubungi mStar.

Mesra disapa Yaya, dia berkata tarikh bersalinnya dijadualkan pada 25 Februari 2022, namun terpaksa bersal1n sebulan lebih awal iaitu pada 25 Januari.

Keputusan ini dibuat selepas mengambil kita faktor saiz badannya yang kecil iaitu ketinggian 118 sentimeter (cm) dengan berat 20 kilogram (kg) serta faktor keselamatan bayi yang pada ketika itu beratnya sudah melebihi 2kg.

“Banyak sebab kenapa saya terpaksa operate untuk bersalin bukannya beranak secara normal. Salah satunya sebab ketinggian saya tak boleh menampung saiz baby.

Yaya telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 25 Januari.

Baby makin besar. Berat baby 2.2kg dah. Kalau nak tunggu due date memang tak boleh. Saya sendiri tak mampu nak beran4k normal dengan keadaan fizikal saya macam ni,” ujarnya lagi.

Wanita yang tinggal di Hulu Terengganu, Terengganu ini, berkata dia masih teringat di awal fasa perkahwinannya dahulu ramai yang mempertika1kan sama ada dia boleh ham1l atau sebaliknya.

Boleh ke mengandung? Macam manalah dia nak bersal1n nanti.

YAYA

Selepas dia disahkan hamil setelah tiga bulan berkahwin, wanita ini menyangka orang sekeliling dan pengikutnya akan ‘tutup mulut’, tetapi sangkaannya tidak betul apabila ‘isu’ bagaimana mahu melalui proses kelahiran pula yang menjadi persoalan.

“Dulu masa saya baru kahwin orang macam tak yakin saya boleh hamil, kemudian dah ham1l mereka tanya macam mana nak bersal1n pula.

“Bila saya kata saya akan czer, orang persoalkan pula kenapa perlu czer?

“Tapi saya tak kisah. Saya cuma ambil yang positif saja. Saya berterima kasih kepada ntizen yang mendoakan keselamatan saya dan baby,” ujarnya yang percaya kepada rezeki dan kehendak-Nya.

Berikutan video yang dikongsikan di TikTok, Yaya amat berterima kasih dengan mesej-mesej positif yang dikirimkan ntizen dan mendoakan agar dipermudahkan urusan kelahiran.

Gambar Yaya semasa dia sedang sar4t mengandvng.

Sehingga kini perkongsian video Yaya telah meraih lebih 500,000 jumlah tontonan.

Yaya selamat melahirkan bay1 lelaki yang diberi nama Muhammad Ayden Adrian.

“Lepas saya post video tersebut, ramai yang berkongsi juga pengalaman sama malah ada juga yang lebih teruk sehingga terpaksa ditidurkan.

“Alhamdulillah Allah telah permudahkan saya beranak. Saya masuk 0peration theater pukul 1 tengah hari, bersal1n pukul 1.47 tengah hari dan boleh keluar pada jam 2 petang,” ujarnya.

Sumber: mstar

Be the first to comment on "Berat badan 20kg, ibu k3rdil terpaksa hadap mulut orang dari mula kahwin sampailah nak bers4lin… syukur kelahiran dipermudahkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*