“Minta Pakaian Serupa Muslimah Sikit, Jangan Macam Pengkld” Tak Cukup Dengan Mak Kini Anak Pulak Kena Dengan Ntizen.

Isu mengenai jutawan kosmetik Dato Seri Vida (DSV) terus hang4t diperkatakan meskipun telah tampil memohon maaf secara terbuka mengenai kontroversi melibatkan penyanyi Anuar Zain.

Ntizen Pert1kai Keikhlasan Vida

Terbaru, netizen mempertikaikan keikhlasan permohonan maaf yang dibuat oleh Vida selepas bertindak menutup ruangan komen serta menyatakan sebuah ‘projek besar’ yang ingin ditawarkannya buat penyanyi itu.

Manakala,meninjau ke ruangan komen hantaran terkini Vida, hampir kesemuanya dipenuhi dengan kecaman serta nasihat yang dititipkan oleh ntizen kepadanya.

Cik B Terkena Temp1as

Dalam perkembangan berkaitan, anak Vida yang juga penyanyi dan pelakon, Cik B turut terkena tempias akan k0ntr0versi tersebut. Di hantaran terkini Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, segelintir netizen telah bertindak mempertikaikan penampilannya.

Malah, ada diantara mereka meminta pelantun Tolonglah itu memberi nasihat kepadanya ibu untuk tidak lagi bersikap sedemikian.

Terdahulu, susur masa media sosial dipenuhi dengan k0ntr0versi Vida yang mend4kwa Anuar merupakan seorang golongan kaum sejenis selepas ditanyakan keinginannya untuk menjadikan penyanyi itu sebagai suami.

Dakwaan tersebut telah mendapat kecaman hebat daripada orang ramai termasuk rakan-rakan selebriti serta kakak kepada Anuar yang juga penyanyi, Ziana Zain yang menyifatkan Vida sebagai sangat biadap

Terdahulu,Usahawan Datuk Seri Vida tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi terkenal Anuar Zain susulan video pendek yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi hantaran video yang dikongsikan di Instagram, Vida, 51, memohon maaf atas khilaf kepada semua pihak yang terguris hati, termasuk ahli keluarga penyanyi lagu Keabadian Cinta itu.

“Saya Datuk Seri Vida mohon maaf atas kekhilafan, kekeliruan atau mungkin perkataan saya yang mungkin menggur1s hati banyak pihak, peminat, keluarga Zain, Anuar… saya minta maaf banyak-banyak.

“Saya tidak bermaksud, tidak berniat. Mungkin terlepas cakap atau gurauan tanpa sengaja. Saya tak boleh nak ‘recall’ balik apa yang saya cakapkan itu.

“Sebab benda ni (video) dah lama sebenarnya. Jadi baru sekarang ni muncul,” katanya.

Vida juga berhajat untuk bersemuka dengan Anuar Zain secara peribadi.

“Apa pun saya minta maaf, tak berniat langsung dan saya meminati sangat-sangat Anuar Zain. Saya minat sangat Lelaki Ini. Tapi jadi kekervhan macam ini… kekalvtan.

“Apa lagi yang dapat saya ucap melainkan saya memohon maaf banyak-banyak buat rakyat Malaysia, Anuar Zain, keluarga Zain.

“Maafkan saya Datuk Seri Vida dan saya harap sangat dapat berjumpa in person dengan Anuar Zain. Hajat besar ada, projek besar ada insyaAllah,” katanya.

Terdahulu, tvlar satu video di TikTok yang telah mengulang siar video IG Live usahawan terbabit yang merakamkan Vida membalas usul seorang pengikutnya supaya mendekati Anuar.

Namun secara berbis1k, Vida membalas pertanyaan tersebut dengan menyebut perkataan yang tidak sepatutnya hingga mencetvskan reaksi pelbagai dalam kalangan netizen.

Malah Ziana Zain turut membidas kenyataan tersebut dengan meninggalkan reaksi ‘sangat b1adap’ di ruangan komen.

Kaya dan popular tidak menjamin adab – Fazley Yaakob

“Kaya dan popular tidak menjamin adab dan tahap intelektual seseorang bukan?”.

Itu reaksi penyanyi dan cef terkenal, Dato Fazley Yaakob berhubung sikap usahawan terkenal, Dato Sri Vida (DSV) yang mend4kwa penyanyi Anuar Zain seorang lelaki homos3ksual menerusi Instagram Live DSV baru-baru ini.

Jelas penyanyi Asmara Ini itu, setiap dugaan dan ujian yang hadir mempunyai hikmah yang tersendiri agar dapat dijadikan pengajaran buat semua orang.

“Sesetengah daripada kita diduga dengan kemiskinan dan kepayahan hidup agar kita kekal berusaha dan kekal dalam iman walaupun dalam serba kekurangan.

“Sebahagian daripada kita pula diduga dengan kekayaan, kemewahan dan populariti, namun mereka lupa diri dan semudah itu mencari salah orang lain dan melabel orang lain dengan kata-kata yang boleh merosakkan imej seseorang,” jelasnya.

Dalam perkongsian sama di akaun Instagram miliknya, Fazley turut menyatakan rasa simpati terhadap golongan yang suka menggunakan kaedah publisiti kurang bijak dan melayangkan pertanyaan adakah perbuatan tergamak itu boleh dijadikan sebagai ikutan usahawan muda.

“Kasihan insan yang gemar mencari publisiti secara kurang ilmiah dan seperti tiada adab semata-mata untuk mencari rezeki. Elokkah jika dijadikan contoh anak-anak muda yang baru nak belajar menjadi usahawan?

“Kita orang timur, kita seharusnya kekal dengan rasa hormat dan matang di dalam semua keadaan tidak kira dengan sesiapa. Apatah lagi berhadapan dengan insan yang dihormati ramai, malahan mempunyai pelbagai lapisan pengikut.

“Shame on you! (Buat malu diri sendiri) Maaf semakin hilang rasa hormat saya terhadap beliau yang seolah-olah semakin buat tabiat. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak livenya yang telah ditangkap layar bvruk padahnya,” akhirinya.

Sumber : murai.my

Be the first to comment on "“Minta Pakaian Serupa Muslimah Sikit, Jangan Macam Pengkld” Tak Cukup Dengan Mak Kini Anak Pulak Kena Dengan Ntizen."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*