Iqbal Buat Pended4han Mengejvtkɑn, D4kwa Vida Sebenarnya Ada Penyɑkit Kecelɑruan Personɑliti

Usahawan dan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida, Iqbal Zulkefli menyifatkan mogul kosmetik itu mempunyai penyakit kecelaruan personaliti narsistik (NPD).

Menyatakan beberapa sindrom yang dialami individu yang berdepan dengan kecel4ruan personaliti itu, kata Iqbal bekas majikannya itu antaranya kerap membul1 orang demi kepentingan diri sendiri.

“Kalian tak sedarkah beliau sering membul1 orang untuk menaikkan nama sendiri? NPD adalah orang yang suka meman1pulasi, menyalahkan orang lain atas kesalahan sendiri namun sangat mudah tersentuh jika menerima sedikit teguran.

“Orang yang mengalami masalah ment4l ini akan membuatkan m4ngsa sengs4ra jika tidak dapat apa yang diinginkan,” kata Iqbal.

Iqbal tampil bersuara selepas tvlar k0ntr0versi Vida terlepas cakap ketika sesi IG Live baru-baru ini yang melabelkan penyanyi popular Anuar Zain seorang yang sukakan kaum sejenis.

TINDAKAN usahawan k0ntr0versi Ahmad Iqbal Zulkefli memuat naik foto dan video bersama seorang gadis di laman Instagram mengundang pertanyaan ntizen yang mahukan kepastian adakah benar dia kini sudah menemui cinta baharu di Indonesia.

Tampil menjawab persoalan itu, Iqbal, 27, menjelaskan dia kini sedang mengenali seorang wanita yang juga merupakan penyanyi sedang meningkat naik di negara seberang bernama Indah Nevertari.

Kata Iqbal, hubungan mereka mula akrab sejak dua minggu lalu dan mengakui selesa bersahabat dengan juara program realiti nyanyian Rising Star Indonesia musim pertama itu.

“Kami sekarang sedang kawan-kawan, boleh dikatakan kawan rapat. Kami bertemu di sebuah studio rakaman di Jakarta. Selepas saya post foto dan video bersama di Instagram memang ramai yang mesej mendoakan agar hubungan kami ini ke fasa seterusnya.

“Tapi buat masa ini saya belum bersedia lagi sebab saya lebih selesa berkawan dahulu, tak naklah baru kenal terus ajak bercinta, saya pun dah beritahu awal-awal mahu bersahabat dahulu supaya tak nampak macam bagi harapan.

Iqbal selesa berkawan dengan Indah.

“Tak perlu la nak tergesa-gesa tentang cinta sebab saya percaya soal jodoh sama ada cepat atau lambat pasti akan tiba juga… buat masa ini saya sangat selesa berkawan dengan Indah di sini,” katanya kepada mStar.

Sebelum itu menerusi Instagram milik Indah, penyanyi itu meluahkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan seorang sahabat yang baik dan memahami perjuangannya dalam industri seni.

Dia juga boleh menerima teguran, sentiasa terbuka dengan sebarang pendapat

IQBAL ZULKEFLI

USAHAWAN

“Syukur Alhamdulillah Allah pertemukan Innev (nama panggilan Indah) dengan seseorang yang sangat baik, rendah diri dan memahami setiap perjuanganku.

“Aku berjanji akan selalu membuatkmu gembira. Terima kasih kamu yang tampan Iqbal,” tulis Indah.

Iqbal berada di Indonesia bagi urusan kerja sejak dua bulan lalu.

Sementara itu, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida ini memberitahu dia terbuka hati untuk mengenali Indah kerana sikap yang ditunjukkan oleh penyanyi berusia 29 tahun itu.

“Banyak perkara mengenai Indah yang buatkan saya suka antaranya dia sangat menjaga solat. Kalau kami keluar ke mana-mana, dia akan ingatkan dan kami solat bersama-sama.

“Dia juga boleh menerima teguran, sentiasa terbuka dengan sebarang pendapat… Indah juga bukan orang yang materialistik atau memandang harta benda.

“Baru-baru ini saya nak belikan dia barangan berjenama mewah jenama Louis Vuitton dan Dior tapi semuanya dia tolak. Dia berkeras tak mahu,” ujarnya.

Vida mohon maaf secara terbuka kepada Anuar Zain

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Barangkali peribahasa tersebut sesuai menggambarkan situasi yang dihadapi usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida yang akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi Anuar Zain susulan isu video yang tular baru-baru ini.

Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman menerusi hantaran video Instagramnya memohon maaf kepada semua pihak yang terguris hati termasuk keluarga Anuar.

“Assalamualaikum semua. Saya Datuk Seri Vida, memohon maaf atas kekhilafan, kekeliruan atau mungkin perkataan saya yang mungkin mengguris hati banyak pihak, peminat, keluarga Zain, Anuar Zain. Saya minta maaf banyak-banyak.

“Saya tidak bermaksud, tidak berniat. Mungkin terlepas cakap atau gurauan tanpa sengaja. Saya tak boleh nak ‘recall’ (ingat balik) apa yang saya cakapkan itu.

“Sebab benda ni dah lama sebenarnya. Jadi baru sekarang muncul,” katanya dalam keadaan sebak.

Pelantun lagu I Am Me itu juga berhasrat untuk bertemu dengan Anuar yang cukup popular menerusi lagu Sedetik Lebih secara peribadi.

“Apa pun saya minta maaf, tak berniat langsung dan saya meminati sangat-sangat Anuar Zain. Saya minat Lelaki Ini. Tapi jadi kekeruhan begini. Kekalutan.

“Apa lagi yang saya dapat ucap melainkan saya memohon maaf banyak-banyak buat rakyat Malaysia, Anuar Zain, keluarga Zain.

“Maafkan saya dan saya harap sangat dapat berjumpa ‘in person’ dengan Anuar Zain. Hajat besar ada, projek besar ada, insya-Allah,” tambah Vida.

Terdahulu, tular sepotong klip video TikTok peminat mengulang siar rakaman IG Live Vida yang membalas pertanyaan peminat agar mengurat vokalis ulung tanah air itu.

Secara berbisik, Vida seakan-akan membalas pertanyaan itu dengan menyebut perkataan tidak sepatutnya yang kedengaran seperti ‘g4y’ sehingga mengundang rasa tidak puas hati netizen.

Kakak kepada Anuar, Ziana turut menyelar tindakan Vida dan menganggap apa yang dilakukannya sebagai sesuatu yang b1adap.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan Vida menafikan ada menyebut perkataan ‘g4y’ merujuk kepada kecenderungan seksualiti penyanyi berusia 52 tahun itu, sebaliknya hanya menyebut perkataan ‘okay’

“Saya sebut ‘okay’ bukan ‘g4y’. Janganlah terasa mak-mak ayam di luar sana. Saya hanya bergurau dan tidak bermaksud apa-apa pun,” katanya ketika dihubungi menerusi pesanan WhatsApp

Penyanyi berbakat besar, Ernie Zakri kecewa dengan tindakan usahawan sensas1, Datuk Seri Vida yang mengaibkan bapa saudaranya yang juga penyanyi bersuara emas, Anuar Zain menerusi sebuah video yang tular baru-baru ini. Luah Ernie, sebagai keluarga dia terkesan dan berharap usahawan berkenaan menyesal dengan perbuatan dangkalnya itu. “Saya terima banyak mesej berkenaan video tersebut

Dianggap sangat keterl4luan menudvh penyanyi Anuar Zain sebagai seorang g4y, usahawan kontroversi Datuk Seri Vida terus-menerus menerima kec4man dan krit1kan daripada wargamaya.

 Ernie Zakri Anak Saudara Anuar Zain

Sebagai anak saudara kepada Anuar, penyanyi dan pelakon Ernie Zakri turut kelihatan bersuara di platform Twitter miliknya. Biarpun ‘indirectly’, rata-rata pengikutnya tahu ciapan itu ditujukan kepada Vida..

Ernie, 30, mengingatkan kepada Vida untuk lebih berhati-hati dalam menuturkan kata kerana dia juga mempunyai keluarga.

Selain itu, pemilik nama Nur Ernie Shahirah Zakri juga menekankan kepada Vida untuk menjaga kedua anaknya terlebih dahulu sebelum membicarakan hal orang lain.

Money can’t buy class

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat pelantun lagu Boneka bersetuju dengan kenyataan itu. Malah, ada segelintir yang meminta keluarga Ernie untuk memberi pengajaran kepada Vida supaya insiden sama tidak akan berulang lagi.

Sebelum ini, menerusi satu siaran ‘live’ di media sosial, Vida menuduh Anuar sebagai seorang yang mengamalkan hubungan sejenis. Tindakan keterl4luannya itu juga telah membuatkan kakak Anuar iaitu Ziana Zain menulis komen ‘sangat b1adap’.

Kaya dan popular tidak menjamin adab – Fazley Yaakob

“Kaya dan popular tidak menjamin adab dan tahap intelektual seseorang bukan?”.

Itu reaksi penyanyi dan cef terkenal, Dato Fazley Yaakob berhubung sikap usahawan terkenal, Dato Sri Vida (DSV) yang mendakwa penyanyi Anuar Zain seorang lelaki homos3ksual menerusi Instagram Live DSV baru-baru ini.

Jelas penyanyi Asmara Ini itu, setiap dugaan dan ujian yang hadir mempunyai hikmah yang tersendiri agar dapat dijadikan pengajaran buat semua orang.

“Sesetengah daripada kita diduga dengan kemiskinan dan kepayahan hidup agar kita kekal berusaha dan kekal dalam iman walaupun dalam serba kekurangan.

“Sebahagian daripada kita pula diduga dengan kekayaan, kemewahan dan populariti, namun mereka lupa diri dan semudah itu mencari salah orang lain dan melabel orang lain dengan kata-kata yang boleh merosakkan imej seseorang,” jelasnya.

Dalam perkongsian sama di akaun Instagram miliknya, Fazley turut menyatakan rasa simpati terhadap golongan yang suka menggunakan kaedah publisiti kurang bijak dan melayangkan pertanyaan adakah perbuatan tergamak itu boleh dijadikan sebagai ikutan usahawan muda.

“Kasihan insan yang gemar mencari publisiti secara kurang ilmiah dan seperti tiada adab semata-mata untuk mencari rezeki. Elokkah jika dijadikan contoh anak-anak muda yang baru nak belajar menjadi usahawan?

“Kita orang timur, kita seharusnya kekal dengan rasa hormat dan mat4ng di dalam semua keadaan tidak kira dengan sesiapa. Apatah lagi berhadapan dengan insan yang dihormati ramai, malahan mempunyai pelbagai lapisan pengikut.

“Shame on you! (Buat malu diri sendiri) Maaf semakin hilang rasa hormat saya terhadap beliau yang seolah-olah semakin buat tabiat. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak livenya yang telah ditangkap layar bvruk padahnya,” akhirinya.

Sumber: Twitter @ErnieZakri/mstar

Be the first to comment on "Iqbal Buat Pended4han Mengejvtkɑn, D4kwa Vida Sebenarnya Ada Penyɑkit Kecelɑruan Personɑliti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*