Tiga Bulan Kahwin, Uqasha Senrose Terkejvt Dengar Suami Tidur Berdengkvr

Pejam celik sudah hampir tiga bulan pelakon Kamal Adli melayari bahtera rumah tangga dengan pelakon jelita Uqasha Senrose.

Menerusi temubual bersama Hlive baru-baru ini, Uqasha mendedahkan rahsia suaminya selepas mendirikan rumah tangga.

Uqasha berkata dia tidak menyangka apabila mendengar bunyi dengkuran suaminya ketika tidur dan mengakui terkejvt.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)


Lebih lucu, Uqasha turut melakonkan semula bunyi Kamal berdengkur namun menganggap ia lucu apabila suaminya menghasilkan bunyi kuat seperti itu.

“Kalau tidur, dia dengkur (sambil menghasilkan bunyi). Pastu saya macam..(mampu tengok sahaja),” katanya.

Perkongsian temubual itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan pasangan itu yang sememangnya kelakar.

Dalam pada itu, ada yang mengkritik Uqasha seolah membuka a1b suami, namun Kamal dilihat meninggalkan komen bahawa dia sendiri yang minta untuk ceritakan perkara itu.

Terdahulu, Kamal dan Uqasha mengumumkan mereka sudah sah bergelar suami isteri pada 5 November lalu dalam majlis yang diadakan secara tertutup di sebuah lokasi di Janda Baik, Pahang.

Sumber: HLIVE

Be the first to comment on "Tiga Bulan Kahwin, Uqasha Senrose Terkejvt Dengar Suami Tidur Berdengkvr"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*