“Saya Tidak Bermaksud, Tidak Berniat,” – Vida Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka, Berhajat Mahu Bersemuka Dengan Anuar Zain

Usahawan Datuk Seri Vida tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi terkenal Anuar Zain susulan video pendek yang tvlar di media sosial baru-baru ini.

Menerusi hantaran video yang dikongsikan di Instagram, Vida, 51, memohon maaf atas khilaf kepada semua pihak yang terguris hati, termasuk ahli keluarga penyanyi lagu Keabadian Cinta itu.

“Saya Datuk Seri Vida mohon maaf atas kekhilafan, kekeliruan atau mungkin perkataan saya yang mungkin mengguris hati banyak pihak, peminat, keluarga Zain, Anuar… saya minta maaf banyak-banyak.

“Saya tidak bermaksud, tidak berniat. Mungkin terlepas cakap atau gvrauan tanpa sengaja. Saya tak boleh nak ‘recall’ balik apa yang saya cakapkan itu.

“Sebab benda ni (video) dah lama sebenarnya. Jadi baru sekarang ni muncul,” katanya.

Vida juga berhajat untuk bersemuka dengan Anuar Zain secara peribadi.

“Apa pun saya minta maaf, tak berniat langsung dan saya meminati sangat-sangat Anuar Zain. Saya minat sangat Lelaki Ini. Tapi jadi kekeruhan macam ini… kekalutan.

“Apa lagi yang dapat saya ucap melainkan saya memohon maaf banyak-banyak buat rakyat Malaysia, Anuar Zain, keluarga Zain.

“Maafkan saya Datuk Seri Vida dan saya harap sangat dapat berjumpa in person dengan Anuar Zain. Hajat besar ada, projek besar ada insyaAllah,” katanya.

Terdahulu, tular satu video di TikTok yang telah mengulang siar video IG Live usahawan terbabit yang merakamkan Vida membalas usul seorang pengikutnya supaya mendekati Anuar.

Namun secara berbisik, Vida membalas pertanyaan tersebut dengan menyebut perkataan yang tidak sepatutnya hingga mencetuskan reaksi pelbagai dalam kalangan ntizen.

Malah Ziana Zain turut memb1das kenyataan tersebut dengan meninggalkan reaksi ‘sangat b1adap’ di ruangan komen.

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Saya Tidak Bermaksud, Tidak Berniat,” – Vida Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka, Berhajat Mahu Bersemuka Dengan Anuar Zain"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*