Vida tak mengaku sebut ‘g4y’, rupanya ini perkataan yg dia sebut

PETALING JAYA – Diselar biadab dan sesuka hati menilai kecendervngan s3ksual orang lain, usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida tampil menafikan d4kwaan ramai kononnya dia mel4bel penyanyi lelaki unggul tanah air, Anuar Zain sebagai seorang lelaki homo.s3ksual atau g4y.

Kata Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 51, perkara tersebut terpulang kepada penerimaan sesiapa yang menyaksikan siaran langsung (IG Live) yang ditularkan semula menerusi TikTok.

Dalam video bertajuk, Ada orang tanya: Dato cubalah ngorat Anuar Zain, Vida bertegas dia tidak bermaksud untuk menyebut perkataan ‘gay’ merujuk kepada pelantun lagu Sedetik lebih itu.

“Saya sebut ‘okay’ bukan ‘gay’. Janganlah terasa mak-mak ayam di luar sana. Saya hanya bergurau dan tidak bermaksud apa-apa pun.

“Tapi saya faham apapun yang keluar dari bibir saya, orang tak percaya saya tentang isu ini. Saya memang akan kena kecam. Aduhai, pening saya memikirkannya.

“Mereka akan cakap saya dahaga perhatian dan sebagainya. Saya sendiri lupa bila punya siaran langsung (IGLive) yang orang tularkan. Dalam 12 Januari tempoh hari,” katanya kepada Kosmo! Online ringkas.

Terdahulu, dalam video yang dimuat naik menerusi TikTok, Vida dilihat kurang bersetuju dengan cadangan seorang lelaki yang menyuruhnya memikat hati Anuar Zain sebelum membuat andaian bahawa penyanyi berusia 52 tahun itu sebagai mengamalkan gaya hidup h0m0s3ksual atau g4y.

“Nanti cubalah meng0rat Anuar Zain? G4y, g4y, faham tak!” kata penyanyi lagu I Am Me itu dalam nada seperti berbis1k.

Vida D4kwa Anuar Zain G*y Bila Peminat Suruh Meng0rat? Ini Reaksi Ziana Zain

Penyanyi terkenal Ziana Zain menempelak usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida selepas ahli perniagaan itu mend4kwa adiknya, Anuar Zain mengamalkan hubungan sejenis.

Menerusi platform TikTok, seorang pengguna berkongsi sedutan video Vida membuat kenyataan tersebut untuk tatapan umum.

Menerusi video berdurasi kurang 15 saat itu, Vida menjawab pertanyaan seseorang yang memohon dia untuk memikat pelantun lagu Lelaki Ini itu untuk dijadikan suami.

Vida dengan nada berbis1k, berkata, “G*y.. g*y.. faham tak?”

Perbuatan tersebut menarik perhatian Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 54, yang kemudiannya meninggalkan komen pada video berkenaan.“Sangat b1adapppppppp,” tulis Ziana yang menggunakan akaun TikTok rasmi miliknya.

Bukan sahaja Ziana, dakwaan tersebut mengundang rasa ber4ng wargamaya yang rata-ratanya mempertahankan penyanyi lelaki tersohor itu.

Tidak kurang juga ramai yang meminta Anuar untuk tampil mengemukakan s4man terhadap d4kwaan tersebut.

“@nurafiqahsamsud25:Anuar Zain tu ada class. Dia taknak perempuan terpek1k terlolong.”

“@user4285909616231:Anuar Zain boleh saman ni.”

“@_WAN MAZ_:”Mencari salah dan aib orang hanya untuk kepuasan diri sendiri adalah petanda hati rosak -Tok Guru Nik Aziz.”

“@i-am-shahromyazid:Ini soal maruah, jangan buat main-main!! Kaya tidak bermakna boleh menghina dan memfitnah orang lain sesuka hati.”

“@oja:Sebab tu kawen banyak kali pun tak bertahan…. Ubah dulu apa yang patut.. duit tak mampu membeli adab melainkan kita pupuk sendiri.”

“@M VP658:Mulut jaga ya, anak-anak tu masih dalam fasa meneroka identiti.. takut karma mengata orang terpalit kat keturunan sendiri.”
“@Kakya:Tak baiknya cakap cmtu, Anuar Zain tu baik humble tak penah kacau hidup orang lain pun.”

“@Shariza abd latif:Tu sebab jangan banyak cakap. Banyak cakap banyak salah.. Menyakitkan hati orang. Kalau betul mengumpat. Kalau tak betul fitnah. Moga dia sedar dan minta maaf.”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan daripada warga TikTok

Be the first to comment on "Vida tak mengaku sebut ‘g4y’, rupanya ini perkataan yg dia sebut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*