Isteri Pinangkan Madu Untuk Suami, Seronok Dapat Kawan Baru

Setiap pasangan pasti impikan rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Sebut sahaja poligami sememangnya membuatkan ramai wanita tak keruan.

Isteri mana yang sanggup berkongsi kasih dan suami dengan wanita lain. Namun, ada isteri diluar sana yang rela bermadu dan sanggup meminang wanita lain untuk suami.

Seperti video tular di aplikasi TikTok, seorang pengguna berkongsikan kisah hidupnya yang berpoligami serta sekitar majlis perkahwinan keduanya.

Difahamkan, isteri keduanya itu dipinang sendiri oleh isteri pertamanya, malah turut kelihatan wanita itu hadir di majlis perkahwinan suaminya.

Menerusi satu lagi video, isteri pertamanya turut menjawab pertanyaan ntizen yang mengatakan raut wajahnya seolah sedih. Namun, wanita itu menjawab dia berasa seronok bermadu kerana mempunyai kawan baru.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada ntizen yang mengagumi kekuatan isteri pertama kerana ramai wanita diluar sana tidak sanggup hidup bermadu serta mendoakan kebahagiaan keluarga itu.

SUMBER: TikTok Sifugsa7

Be the first to comment on "Isteri Pinangkan Madu Untuk Suami, Seronok Dapat Kawan Baru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*