Vir4l Video Jadi Rep0rter, Ramai Ntizen ‘Ger4m’ Tengok Cara Adik Ni Buat Liputan Awani

Sejak semalam, seorang kanak-kanak lelaki Muhammad Haziq Mohd Asyraf menjadi bualan warganet selepas videonya tvlar berhubung ‘laporan’ penemuan seek0r ul4r sawa secara ‘live’ di laman Facebook.

Rakaman berdurasi dua minit 47 saat tersebut memaparkan kanak-kanak berusia 11 tahun itu memaklumkan penemuan reptilia berkenaan di dalam longkang di sebuah pasar awam di Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah.

Terbaharu, pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Selambau itu ditemu bual dalam program Malaysia Hari Ini (MHI) pagi ini selepas aksi penyampaiannya mengundang perhatian warganet sehingga digelar ‘wartawan cil1k’.

Menurut Muhammad Haziq, dia yang bercita-cita mahu menjadi seorang cef itu sememangnya sering melaporkan sebarang kejadian berlaku di Bukit Selambau seperti kes kemal4ngan untuk diwar-warkan kepada penduduk.

Ditanya sekiranya bakat petah berkata-kata itu diperoleh daripada ibu bapanya, kanak-kanak berkenaan menjelaskan dia hanya belajar sendiri kerana gemar menyampaikan sesuatu maklumat kepada orang ramai.

Tonton minit ke-6

Terdahulu, aksi panik Muhammad Haziq yang sering menyebut ‘ulaq amat besaq dan amat d4hsyat’ dalam ‘laporannya’ membuatkan penonton geli hati selain terhibur dengan aksi penyampaian penuh bersemangat.

Sumber: Facebook Putra Mar & MHI

Be the first to comment on "Vir4l Video Jadi Rep0rter, Ramai Ntizen ‘Ger4m’ Tengok Cara Adik Ni Buat Liputan Awani"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*