Radhi OAG Setia Pakai Baju Arw4h Ibu

Ibu tersayang Allahyarham Fatimah Wee Abdullah @ Georgina Wee pergi menghadap Ilahi pada 14 Januari lalu akibat kans3r usus, penyanyi Radhi OAG berkata dia masih memakai baju arw4h ibunya itu.

Radhi berkata dia berhasrat untuk mengadakan satu ‘showcase’ khas sebagai usaha mencari wang untuk pembayaran bil hospital arwah ibunya yang tertunggak sebanyak RM18,000.

“Tengoklah.. Saya pun pakai baju arwah mak saya. Pakai cincin dia. Saya memang kongsi baju dengan arw4h mak sejak kecil. Saiz baju kami sama.

“Kalau kalian perasan, kalau saya buat ‘show’ pun, saya memang akan pakai baju mak sebelum ini. Itu menunjukkan betapa rapat hubungan kami sebagai ibu dan anak,” katanya.

Redha dengan pemergian ibu tercinta, Radhi berkata ibunyasempat berpesan agar menjauhi naj1s dad4h dan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

“Dia (arwah mak) bagitahu, benda biasa saya buat dulu. S3ks dan dad4h yang saya biasa buat dulu, dia suruh tinggalkan.

“Insya-Allah saya akan kotakan nasihatnya. Allah jemput dia ‘pergi’ juga sebenarnya merupakan satu peringatan buat saya untuk jadi nak yang soleh. Tapi mak dah pergi, dari satu sudut walaupun sedih, saya rasa satu beban yang dia tanggvng dah dilepaskan. Tak sanggup tengok mak menangis,” katanya.

Radhi turut berkongsikan, sebelum arwah ibunya menutup mata dia sempat memb1sikkan kalimah syahadah di telinganya. Katanya lagi, arwah ibunya pergi dalam keadaan tenang.

“Alhamdulillah mak pergi dalam keadaan yang tenang. Sayalah orang terakhir yang ajar dia ucap kalimah syahadah sebelum arw4h menutup mata.

“Saya ajar perlahan-lahan dan ketika itu air matanya meleleh. Perkara tersebut satu babak yang tak boleh dilupakan sampai bila-bila,” kongsinya

Sumber: RK

Be the first to comment on "Radhi OAG Setia Pakai Baju Arw4h Ibu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*