“Nak Cari Her0 Tp Nak Bujang yang single…”- Vlda, Sekali Sharnaaz Blas ‘Jgn sampai aku try… Haaaa, jaga..’

Beberapa minggu lalu, DatukSeriVida pernah menyatakan hasratnya untuk menerbitkan sebuah single baharu.

Hal ini berpunca gara-gara selebriti media sosial yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini, lqbal melancarkan lagu yang dikatakan ditujukan kepada dirinya.

Menerusi laporan media, Vlda berkata, tujuan dia ingin mengeluarkan lagu itu adalah kerana ingin menjawab kembali segala apa yang lqbal katakan terhadapnya.

Jika sebelum ini Vlda menyanyikan lagu berentak rancak menerusi single pertamanya, I Am Me, kali ini, usahawan kosmetik itu mahu membawakan lagu bergenre balada pula.

Sungguhpun khabarnya lagu tersebut sudah mahu dilancarkan, namun, Vida masih mencari siapakah hero yang akan sama-sama membintangi klip video lagu berkenaan.

“Saya nak cari hero dalam klip video saya. Boleh bagi cadangan tak, siapa pelakon, hero penyanyi ke, siapa yang boleh saya bersama hero itu dalam klip video.

“Tapi saya nak yang bujang, saya nak yang tkda tunang, takda bini, single and available. Kerana takut nanti terpegang ke,” katanya sambil meminta pandangan pengikutnya di Instagram.

Menariknya, menerusi ruangan komen, pelakon Sharnaaz dilihat menawarkan dirinya untuk membintangi klip video lagu terbaharu Vida.

“Jgn sampai aku try… Haaaa, jaga.
“Jgn kata tempvh, kena langgaq dengan lori pun boleh… cuma nak tau yang ehekk ehekk tu kena buat apa?” tanya Sharnaaz sambil meletakkan emoji tertawa.

Menerusi ruangan balas, Vida turut mengambil kesempatan dan membalas: “Onz tak onz Mamu?” tanya Vida. Rata-rata peminat memberikan respons positif terhadap komen yang ditinggalkan oleh Sharnaaz. “I think she just described you. Tak salah kan kan… pi la hantaq borang dekat DSV,” tulis seorang pengikut Vida.

Selain Sharnaaz, nama-nama yang dicadangkan oleh peminat termasuklah Aweera, Nazim Othman, Diva AA dan juga MichaelAng.

Terdahulu,Kecoh di media sosial sebelum ini apabila usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida ada meluahkan hasrat untuk membuka hati jika dijodohkan bersama pelawak Shuib Sepahtu.

Sekali lagi mencuri perhatian peminat, DS Vida menerusi siaran langsung Instagram (IG Live) semalam khabarnya sedang ‘pen1ng’ memikirkan calon penyanyi atau pelakon lelaki yang sesuai untuk dijadikan pasangannya dalam video muzik lagu terbaharunya nanti.

Ujar Vida, dia sangat meminati penyanyi Aweera dan mengakui sangat teringin untuk bekerjasama dengan finalis program nyanyian Gegar Vaganza musim ke-8.

Saya mencari pasangan lelaki untuk video muzik lagu baharu, kalau boleh tak mahu berstatus suami atau kekasih orang

Iqbal tidak boleh menjadi pasangan saya. Kami seteru dan bagaimana boleh menjadi pasangan dalam sebuah lagu.

Menjengah ke ruangan komen ketika IG Live tersebut, ada netizen yang berseloroh dengan mencalonkan nama-nama seperti Azwan Ali dan Ebby Yus misalnya.

Maklum Vida lagi, dia sudah menyenaraikan kriteria tertentu yang diperlukan dan tidak semua penyanyi mempunyai ciri-ciri yang didambakan.

Dalam satu hantaran lain, Aweera tampil memberikan respon mengenai pelawaan Vida dan menghargai pujian yang diberikan jutawan kosmetik itu.

Allahuakbar, terima kasih DSV, minat nyanyian saya’

Penyanyi Aweera terkejut apabila mengetahui usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida merupakan antara peminat yang mengagumi bakat nyanyiannya.

Aweera atau nama sebenarnya, Nasharul Aweera Norhissham tidak menyangka pentas Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) membuka mata ramai untuk menghargai bakat nyanyiannya, termasuklah taikun kosmetik itu.

Kata Aweera, tidak menjadi masalah baginya menceburi bidang lakonan atau berlakon dalam video muzik namun menyedari bukan seorang pelakon yang baik.

“Menyanyi tiada masalah tapi berlakon bukan forte (kepakaran) saya. Sebenarnya, saya pun tak tahu DSV minat nyanyian saya di pentas GV8.

“Kalau ada kolaborasi yang boleh dijayakan, mengapa tidak, asalkan memberi kebaikan dan faedah kepada semua orang. Insya-Allah,” katanya.

Dalam kalangan netizen, ada yang menyamakan wajah bekas vokalis Mojo itu dengan karakter Legolas dalam filem epik, Lord of the Rings lakonan Orlando Bloom. 

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Nak Cari Her0 Tp Nak Bujang yang single…”- Vlda, Sekali Sharnaaz Blas ‘Jgn sampai aku try… Haaaa, jaga..’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*