“Inilah ‘rutin’ sang juara..”- Video belakang tabir sebelum Aliff Aziz membuat persembahan tarik perhatian

Penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz telah dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza 8 (GV8) sekaligus meraih wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi. Aliff, 31, menewaskan lima peserta lain menerusi lagu Sampai Syurga secara solo dan berduet dengan Hafiz Suip menerusi lagu Dealova. Manakala pusingan battle rap berentap bersama Aweera.

Mengucapkan syukur di atas kemenangan yang diperoleh dan turut berkata rezeki kemenangan rezeki keluarga dan anak-anaknya. Dia juga menyifatkan kemenangan itu juga buat semua peserta yang bertanding.

“Allahuakbar! Alhamdulillah segala pujian bagi Allah atas kejayaan ini. Terima kasih kepada peminat dan keluarga saya di rumah. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya, kemenangan ini milik semua,” kata Aliff.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah, menerusi hantaran di akaun Instagram Gempak, memuat naik satu video ‘rutin’ Aliff Aziz sebelum membuat persembahan.

Video pendek itu melihatkan Aliff Aziz sedang mendirikan solat dan menjadi imam ketika solat jemaah itu dilakukan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata kagum dengan penghijrahan yang dilalui oleh penyanyi tersebut.

“Suatu ketika dulu Aliff kita kenal, now jauh beza..MasyaAllah..hidayah milik Allah..”

“kagum dgn Aliff dan Bella..pesan org2 tua bila kita dekatkan diri dgn Allah, ALLAH akan bantu kita.”

“Byk perubahan aliff skrg…bella mmg sorang isteri yg hebat, alhamdulillah..”

Sesungguhnya benarlah hidayah itu milik Allah. Hidayah perlu dicari supaya ia datang kepada kita. Min doakan semoga Aliff terus istiqomah dalam perubahan yang dilakukannya ini.

Aliff Aziz dapat hidayah masa ‘scroll’ Instagram, hati tergerak DM kumpulan tabligh – “Allah bagi sedikit rasa manis… MasyaAllah”

UMUM menyedari cerita kontroversi dan sensasi sememangnya tidak pernah lekang daripada kehidupan penuh glamor penyanyi Aliff Aziz.

Namun siapa pernah menyangka selebriti yang sering terpalit dengan deretan kisah hitam seperti Aliff akhirnya diberi hidayah Allah untuk kembali ke fitrah.

Terbaharu, Aliff atau nama penuhnya Muhammad Aliff Aziz, 30, melahirkan rasa syukur apabila ditunjukkan jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah selepas dia mendekati jemaah tabligh.

Cerita suami kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah itu, Instagram menjadi asbab atau punca untuk dia mula mengenali agama Islam.

“Nak dijadikan cerita pada mulanya saya tengok ruangan explore di Instagram… macam-macam orang post.

“Tiba-tiba terlintas perkongsian abang Faizal Ismail (FBI), dia pun dah pakai kopiah… saya pun tengok IGTV dia sampai habis.

“Pada waktu tu tak tahu apa yang gerakkan hati saya… saya sendiri hantar DM (mesej langsung) di Instagram Dakwah Tabligh Malaysia,” katanya.

Aliff berkongsi hal berkenaan menerusi video bagi membincangkan tentang tajuk erti ‘sebuah penghijrahan’ yang dikongsikan di Instagram Dakwah Tabligh Malaysia.

Berdasarkan perkongsian selama hampir 14 minit itu, bapa kepada dua cahaya mata ini dilihat petah bercerita dengan matang dan merendah diri.

Sesekali kedengaran dia memuji nama Allah dan berselawat kepada Rasulullah SAW.

Alif bersama isteri dan anak-anak.

Tambah penyanyi kelahiran Singapura ini lagi, beberapa hari selepas berhubung dengan seorang wakil daripada jemaah berkenaan, dia dipelawa untuk keluar selama tiga hari.

Menerima perkhabaran berkenaan, Aliff berkata dia begitu teruja untuk menyertai kumpulan tabligh yang sinonim dengan misi mengembangkan ajaran Islam itu.

Bagaimanapun akui Aliff, pada ketika ini dia diuji apabila hatinya mula goyah selain cuba mencari alasan agar tidak menyertai program dakwah yang diaturkan untuknya itu.

Ujar Aliff secara tiba-tiba dia teringat mempunyai temujanji dengan seorang doktor hingga sanggup menghubungi wakil jemaah tabligh untuk membatalkan hasratnya itu.

“Tapi akhirnya apabila saya fikir balik, tiada siapa pun yang paksa. Maksudnya Allah yang gerakan hati saya untuk DM tabligh.

“Saya fikir dan terus nekad untuk turut serta. Kalau saya tolak peluang ni, saya tak boleh nak salahkan kalau tak dapat apa yang dia nak bagi,” katanya.

Cerita Aliff lagi, dia gembira menyertai jemaah itu kerana melaluinya dia belajar untuk mengenali diri dan Allah.

“Mereka layan dengan baik tanpa menghiraukan latar belakang atau pangkat, tak menilai atas status kita.

“Allah bagi sedikit rasa manis… MasyaAllah. Tapi hakikatnya mana mungkin yang mendengar rasa apa yang kita rasa.

“Kalau nak rasa memang saya syor jangan lepaskan peluang tu. Sepanjang keluar Saya nampak adab in real life,” katanya.

Sebelum ini Aliff pernah mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya kes curang, mabuk, berkelakuan tidak senonoh di tempat awam serta mencuri.

Aliff berkahwin dengan Bella pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata Muhammad Ayden Adrian, 3, serta Ara Adreanna yang kini berusia setahun.

Pasangan ini pernah bercerai pada pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang namun rujuk kembali ketika Bella dalam tempoh edah.

Aliff Aziz terbuka hati menyertai Tabligh

Biodata Penyanyi Aliff Aziz, Peserta Gegar Vaganza Musim 8 (GV8) 2021

1. Nama penuhnya, Mohamad Aliff bin Aziz. Dikenali sebagai Aliff Aziz.

2. Lahir pada 16 Februari 1991 di Singapura. Berumur 30 tahun (2021).

3. Merupakan penyanyi, pelakon dan model.

4. Berkecimpung dalam dunia seni sejak tahun 2007.

5. Bernaung di bawah syarikat rakaman Sony Music BMG Malaysia.

6. Penyanyi lagu-lagu Pop, R&B, Pop Alternatif dan Jazz.

7. Anak sulung daripada tiga beradik.

8. Keluarganya berbangsa Melayu, namun mempunyai darah kacukan Arab.

9. Dua lagi adik perempuannya merupakan kembar seiras, iaitu Nur Ain Aziz dan Nur Aisyah Aziz atau Aisyah Aziz yang juga merupakan penyanyi kelahiran program realiti, Akademi Fantasia musim kesepuluh (AF2013).

10. Aliff mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Princess Elizabeth dan Sekolah Zhenghua.

11. Menempa populariti di usia 16 tahun selepas menjuarai program realiti TV, Anugerah.

12. Mempunyai empat album studio iaitu Aliff (2007), It’s Aliff’s Time (2010), Aliff Aziz (2012) dan Rebirth (2016).

13. Antara lagu-lagu hitsnya seperti Sayang Sayang, Cinta Arjuna, Jangan Ganggu Pacarku, Cinta, Kalau Cinta (duet bersama Joanna) dan banyak lagi.

14. Pernah membintangi drama Almari Ajaib, Khayalan, Antara Kita, Sepai, Tiara, Nurul Kasih, Epilog Cinta Khirana, Jodoh Musim 2, Di Sebalik Wajah, Meh Sandar Pada Aku, Meh Sandar Lagi, Melankolia, Halalkan Hati Yang Ku Curi dan Sejuta Rasa Buat Adelia.

15. Juga telefilem Cinta Vlog, Gerhana, Tiga Dosa, Dia Ayahku, Raya Pak Pak Pong dan Love You Miss Pomen.

16. Tercalon dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

17. Mendirikan rumah tangga dengan adik kepada penyanyi Didi Astillah, iaitu Dayang Ara Nabellah Awang Astillah atau Bella Astillah pada 9 September 2016 dan sehingga kini perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

kredit: astro gempak, https://iluminasi.com/

Be the first to comment on "“Inilah ‘rutin’ sang juara..”- Video belakang tabir sebelum Aliff Aziz membuat persembahan tarik perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*