“Ramai bertanya kenapa Ekin awak ok ke tak?” Ini Respond Ekin Selepas Memuat Status Di IG

Isteri kepada penyanyi dan penyampai radio Mawi, Ekin memaklumkan dirinya mengalami tekanan dan mental breakdown apabila diajukan soalan mengenai rumah tangga mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ekin Cahaya (@ekinmawi_cahaya)

Hal itu susulan daripada ketiadaan Ekin ketika majlis pelancaran filem Hantu Kuat Ketawa yang berlangsung di ibu kota pada minggu lalu.

“Bagi sahabat-sahabat yang ramai bertanya kenapa Ekin awak ok ke tak?? terima kasih bebanyak ok.

Cerita dia yang buat Ekin stress dan mental breakdown tu bila ramai yang DM dan tanya ‘kenapa tak nampak ekin kt majlis pelancaran Hantu Kuat Ketawa aritu?? ada masalah rumahtangga ke?? dah tak sefahaman dgn mawi ke?? gado ke? pisah ke?? Allahuakbar,” maklum Ekin menerusi hantaran video di Instagram.

Dedah Ekin, hakikat sebenar yang berlaku apabila anak-anaknya diuji positif virus CVDI9 dan mereka sekeluarga terperangkap untuk menjalani proses kuarantin di Johor Bahru.

“Sebenarnya nak dijadikan cerita beberapa hari kami diuji dengan anak-anak semua positif covid kat Johor Bahru dan kami semua stuck terpaksa quarantine kat sini.. “Mental breakdown sangat-sangat dan stress jaga anak-anak kecil yang meragam menangis sakit kene CVDI9 ni Allah je yang tau, camana pun majlis kene diteruskan. “Pastu bila ada pulak kata-kata ftnah nak cakap macam-macam tanpa siasat, benda camni bole buatkan kita lagi down. So pada yang cakap macam-macam tu pleaselah stop it,” tegasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ekin Cahaya (@ekinmawi_cahaya)

Ekin atau nama sebenarnya Nora’Asikin Rahmat telah berkahwin dengan Mawi pada 20 Disember 2008 dan mereka dikurniakan seorang anak bernama Cahaya Malaika, 10 tahun. Sumber: Gempak

Lama Menyepi Dari Dunia Seni. Akhirnya Mawi Dedah Alasan Buat Ramai Yang Terkedu. Siap Ada Keluar Lendir Busuk Lagi.

PERNAH ‘hilang’ sekejap daripada dunia hiburan sekitar 2015, penyanyi dan pengarah Mawi mendedahkan dia ketika itu mengalami penyakit misteri. Berkongsi pengalaman itu, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 38, berkata, cairan merah keluar dari mulut secara tiba-tiba membuatkan dia tidak boleh tidur seperti biasa.

Tambahnya, pemeriksaan kesihatan yang dilakukan juga tidak menunjukkan dia mengalami sebarang penyakit. “Masa nak gosok gigi, nak buang buih dalam mulut tapi keluar warna merah cairan merah tapi ingatkan gusi berdrh, tapi bila kumur saja keluar cairan merah.

“Bila baring, tiba-tiba rasa tekak ada benda mengalir, pergi toilet untuk buang air dan waktu itu cairan merah makin lama makin banyak. Saya tak boleh nak baring dan tidur duduk. “Tapi tak boleh nak tidur sebab cairan merah dah mengalir dalam perut. Pagi itu pergi hospital tapi doktor tak dapat nak kesan apa-apa,” katanya.

Perkongsian Mawi itu dilakukan pada sesi IG Live berjudul Pengarah Tanpa Gagal anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada malam Khamis.

Sesi yang diadakan melalui akaun Instagram Wartawan Hiburan itu adalah bagi menyemarakkan sambutan Festival Filem Malaysia ke 31 (FFM-31) yang akan diadakan pada 10 Disember depan. Moderator yang terlibat dalam sesi berkenaan ialah bekas wartawan Melodi, Nik Syafik dan bekas wartawan Muzik Muzik, Mohd Faris.

Sesi tersebut turut disertai pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi yang dijemput oleh moderator selepas setengah jam siaran berlangsung. Dalam pada itu, juara Akademi Fantasi musim ketiga ini memberitahu dia juga mengalami kejadian misteri lain iaitu hilang ingatan untuk beberapa minit.

“Hari yang sama selepas Asar, benda itu keluar lagi dan saya rasa mt sekejap dan selepas itu saya rasa ada benda masuk dalam kepala saya balik. “Mata saya terbuka… saya tak kenal pun siapa di keliling saya. Ada seorang perempuan menangis sambil pegang saya. Masa itu saya terfikir siapa perempuan ini.

“Bidadari ke? Rupa-rupanya isteri saya menangis. Waktu itu saya hilang ingatan kejap tak kenal isteri dan anak. Ambil masa sikit dalam 15 minit hingga setengah jam,” ujarnya. Untuk rekod, Mawi berkahwin dengan Nora’ Asikin Rahmat pada 20 Disember 2008 dan dikurniakan cahaya mata perempuan Cahaya Malaika, 9.

Mawi bersama isterinya, Ekin dan anak mereka, Cahaya yang kini berusia lapan tahun. Sementara itu, pengarah filem Tiada Tajuk ini mengakui kejadian misteri itu turut menjejaskan kesihatan dalaman apabila dia mula menerima banyak ‘gangguan’.

“Dalaman diganggu dan nampak bukan-bukan. Bila benda itu keluar, dah macam lava, lendir keluar. Penuh satu badan. Berbau pula tu… busuk,” katanya. Untuk rekod, Mawi pernah mendapat gelaran gelombang Tsumawi, Mawi World, Mawimania dan Raja SMS selepas menjuarai program realiti pada 2005.

Fenomena Mawi berterusan apabila dia dijulang Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2005, sekali gus menewaskan nama besar termasuk penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:Mstar

Be the first to comment on "“Ramai bertanya kenapa Ekin awak ok ke tak?” Ini Respond Ekin Selepas Memuat Status Di IG"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*