“Hari-hari ada yang DM (mesej) dan beritahu, nak tengok suami saya” – Vicha akhirnya sedia ‘t4yang’ suami tercinta…

Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak, Vicha hari ini mendedahkan wajah suaminya, dikenali sebagai Johnson di Instagram selepas lebih dua tahun berumah tangga.

Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman ketika dihubungi berkata, dia membuat ‘perjanjian’ dengan sahabat karibnya, Syura Badron untuk bersama-sama mended4hkan wajah suami mereka jika kedua-duanya sudah bersedia.

“Saya dan Syura memang rapat dan kami pernah berjanji, kalau suatu hari nanti, Syura dah dedahkan wajah Farizat (suami Syura) kepada umum, saya akan ded4hkan wajah suami saya.

“Jadi, semalam, ketika bergambar bersama pasangan pengantin baru itu, suami saya pun bersetuju untuk saya muat naik gambarnya ke Instagram pada hari ini,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Vicha, Johnson yang dipanggil ‘Daddy’ oleh rakan-rakannya adalah seorang yang pemalu untuk bergambar di hadapan kamera dan mereka jarang sekali bergambar bersama.

“Sepanjang tujuh tahun kami berkenalan sehinggalah sudah berumah tangga, boleh dikira dengan jari sahaja berapa keping gambar yang diambil. Dia memang jenis pemalu untuk bergambar.

“Tapi, disebabkan saya bekerja di dalam industri hiburan, mahu atau tidak, dia perlu membiasakan dirinya. Gambar yang saya muat naik ke Instagram itu pun, dia yang pilih,” katanya.

Sejak berita perkahwinannya tular, setiap hari Vicha menerima kiriman mesej daripada netizen yang meluahkan hasrat untuk melihat wajah suaminya.

“Hari-hari ada yang DM (mesej) dan beritahu, nak tengok suami saya. Saya beritahu mereka, Insya-Allah, nanti saya akan kongsikan. Jadi, hari ini saya dah tunaikan permintaan mereka,” katanya.

Hasil perkahwinan Vicha dan Johnson, mereka dikurniakan anak lelaki, Michael Trevo Ayomide yang kini berusia dua tahun.

Terbaharu, Vicha baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk drama terbitan Zeel Production.

Terdahulu,Pelawak dan pelakon Vicha mengakui tidak berniat untuk menyembunyikan perkahwinan keduanya dengan seorang jejaka warganegara Nigeria, dikenali sebagai Johnson.

Menurut Vicha dia tidak mendedahkan mengenai perkahwinannya kerana tidak mahu berkongsi hal peribadi, tambahan lagi pernah gagal dalam rumah tangga sebelum ini.

Bagaimanapun Vicha berasakan sekarang merupakan masa yang sesuai untuk berkongsi kepada umum terutama para peminat yang sering tertanya-tanya mengenai lelaki yang selalu ada bersamanya itu.

“Betul, saya bukan janda lagi. Saya sudah berkahwin kali kedua tiga tahun lalu dan memiliki seorang anak lelaki, Michael Trevor Ayomide, yang sudah berusia dua tahun.

“Saya dan suami berkenalan sejak tahun 2015. Dia seorang mualaf dan sudah memeluk agama Islam. Saya minta maaf kerana tidak beritahu lebih awal, bukan berniat merahsiakan tetapi saya tak mahu nanti orang kata semua benda pun nak kecoh.

“Tetapi sekarang ini saya rasa sudah sampai masanya sebab ada yang bertanya tentang Johnson sebab selalu nampak kami bersama. Sebelum ini pun yang tahu je tahu.

“Saya harap dengan pendedahan ini tidak akan tercetus spekulasi sekaligus dapat mengelakkan fitnah,” katanya.

Berkongsi mengenai suaminya itu, Vicha berkata Johnson seorang lelaki yang bertanggungjawab dan matang.

“Masa kami berkawan, saya sudah beritahu kepada dia yang saya tidak mahu dikecewakan lagi. Bukan mudah saya nak buka pintu hati saya. Saya pernah melalui pengalaman memeritkan sebelum ini.

“Tetapi dia meyakinkan saya yang dia tidak akan mengecewakan saya dan mempamerkan kesungguhan. Dia seorang pendiam berbeza dengan saya. Tapi dia ada sisi kelakar yang kadang-kadang punch-line dia tu saya pun tak terfikir!

“Dan selepas berkahwin, dia (suami) yang banyak bagi semangat kepada saya. Dulu masa mula-mula berniaga bakso dia tolong saya gentel bakso, memasak sampailah hantar sendiri kepada pelanggan.

“Bila bakso tak habis, setiap hari kami makan bakso! Bakso sup, goreng setiap hari. Alhamdulillah susah senang dia ada bersama saya.

“Saya bersyukur kepada Allah kerana memberikan rezeki kebahagiaan ini kepada saya,” katanya.

Tambah Vicha lagi, sebelum mendirikan rumah tangga anak-anaknya dari Indonesia datang ke Malaysia dan bersetuju jika ibu mereka mahu berkahwin.

“Anak-anak tahu hubungan kami dan ketika mereka datang ke Malaysia, mereka beritahu saya kalau sudah suka kahwin sahaja.

“Alhamdulillah, setakat ini semuanya baik-baik sahaja dan anak-anak menerima bapa baru dan adik mereka,” katanya.

“Saya harap dengan pendedahan ini tidak akan tercetus spekulasi sekaligus dapat mengelakkan fitnah,” katanya.

Tambah Vicha lagi, sebelum mendirikan rumah tangga anak-anaknya dari Indonesia datang ke Malaysia dan bersetuju jika ibu mereka mahu berkahwin.

“Anak-anak tahu hubungan kami dan ketika mereka datang ke Malaysia, mereka beritahu saya kalau sudah suka kahwin sahaja.

“Alhamdulillah, setakat ini semuanya baik-baik sahaja dan anak-anak menerima bapa baru dan adik mereka,” katanya.

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Hari-hari ada yang DM (mesej) dan beritahu, nak tengok suami saya” – Vicha akhirnya sedia ‘t4yang’ suami tercinta…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*