‘Kalau Dia Cuba Tanggal, Sak1t’ – Tunang Megan Fox Dedah Cincin Pertunangan Sebenarnya Berdvri

Tunang kepada pelakon Amerika Megan Fox, Machine Gun Kelly (MGK) telah mendedahkan satu fakta ‘pelik’ tentang cincin pertunangan mereka yang dianggarkan bernilai sehingga USD500,000 (RM2.09 Juta) itu.

Ditempah dengan rekaan duri

Foto: Daily Mail

Selepas lebih setahun bersama, pemilik nama Colson Baker akhirnya melamar Fox dan ‘ritu4l’ minum d4r4h masing-masing menjadi simbolik pengisytiharan yang mereka sudah sah bertunang.

Rapper yang berusia 34 tahun itu turut berkongsikan gambar cincin pertunangan mereka yang menampilkan sebuah berlian dan sebuah batu zamrud. Namun, katanya bukan itu sahaja yang ‘unik’ tentang cincin pertunangan Fox itu, cincin tersebut malah boleh dipisahkan untuk dijadikan 2 cincin yang berbeza.

Tambah MGK lagi, 2 bahagian cincin tersebut disatukan dengan magnet dan membentuk sebuah bentuk ‘love’. Namun, apa yang mengejutkan ramai orang adalah gegelang cincin tersebut direka seperti duri, dan sekiranya Fox cuba untuk menanggalkan cincin pertunangan itu, ianya bakal menyakitkan.

Gegelang cincin ini sebenarnya duri. Kalau dia cuba tanggal, sakit… Cinta itu meny4kitkan.

Di samping pengumuman pertunangan mereka, MGK turut berkongsikan gambar cincin yang direka oleh pereka barang kemas, Stephen Webster.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by the Blonde Don (@machinegunkelly)

Walaupun Webster tidak mended4hkan kos sebenar cincin pertunangan Fox, pemilik label barang kemas Camilla Seretti, Sahar Manley menganggarkan cincin tersebut boleh mencecah harga USD500,000 (RM2.09 Juta).

Kedua batu di atas cincin tersebut merupakan batu 7 karat yang mampu meletakkan nilai cincin tersebut pada USD500,00. Pilihan untuk mendapatkan khidmat Stephen Webster untuk mereka cincin tersebut merupakan pilihan yang bijak.

Sumber: Metro UK, People

Kredit: Ohbulan

Be the first to comment on "‘Kalau Dia Cuba Tanggal, Sak1t’ – Tunang Megan Fox Dedah Cincin Pertunangan Sebenarnya Berdvri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*