“Apa yang terjadi bagaikan n1ghtm4re bagi saya” – Suami pasang dua ‘b0dyguard’ jaga Nynaa Harizal, risau inslden sama berulang.

MELALUI fasa kontr0versi apabila dilarikan bapa sendiri pada tahun lalu, pelakon Nynaa Harizal kini terus dikawal rapi dua pengawal peribadi.

Menurut suaminya Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas, 30, tr4gedi hitam yang melanda rumah tangga mereka pada 2 November tahun lalu cukup membuatkan dia lebih berhati-hati tentang keselamatan Nynaa.

“Kalau ada orang keluarkan p1at0l, saya terp4ksa ada pengawal peribadi,” katanya kepada mStar.

Fahmi yang merupakan seorang ahli perniagaan mengulas tentang kehadiran dua orang pengawal peribadi yang menemani mereka ketika hadir sebagai tetamu dalam majlis sidang media program Mic On di Kuala Lumpur pada Khamis.

Pada November tahun lalu Nynaa atau Nurul Hanynaa Harizal, 26, dan Fahmi berdepan ujian dalam perkahwinan apabila mereka dipisahkan selama 24 hari selepas pelakon Kekasih Paksa Rela itu dibawa ke rumah keluarganya di Johor.

Nynaa Harizal kini terus dikawal rapi dua pengawal peribadi.

Dalam tempoh berkenaan Nynaa sempat memfailkan pencer41an terhadap suaminya selain Fahmi sendiri mengemukakan tuntutan di mahkamah agar isterinya kembali taat.

Bagaimanapun pada 1 Disember lalu pasangan ini mencapai kata sepakat untuk kembali berbaik dan hidup sebagai pasangan suami isteri.

Mengulas lanjut tentang dvgaan yang melanda rumah tangga yang dibina pada 28 Ogos tahun lalu, Nynaa berkata dia lega apabila kontr0versi berkenaan berakhir dengan baik namun menyifatkan ia sebagai satu mimpi ng3ri.

Kalau ada orang keluarkan p1st0l, saya terpaksa ada pengawal peribadi.

FAHMI ILYAS

SUAMI NYNAA

“Apa yang terjadi bagaikan nightm4re bagi saya.

“Sejak awal pembabitan dalam industri tak pernah ada k0ntr0versi. Tak sangka perkara ini berlaku.

“Saya berkahwin dan ingin bahagia seperti orang lain,” katanya.

Kembali menjalani kehidupan bahagia bersama suami, Nynaa bagaimanapun mengakui masalah yang timbul sebelum ini ada membabitkan keluarganya.

“Betul ada masalah keluarga. Pada ia adalah sesuatu yang normal apabila timbul masalah… lama kelamaan ia akan berbaik juga,” katanya.

Sementara itu Fahmi menyifatkan konflik yang timbul adalah sesuatu yang sangat memalukan.

Nynaa mendirikan rumah tangga dengan Mohamed Fahmi pada 28 Ogos lalu.

Bagaimanapun sebagai seorang suami, dia sanggup berbuat apa sahaja demi mempertahankan rumah tangga mereka.

“Kejadian yang berlaku sangat rum1t kerana melibatkan banyak pihak.

“Kami menjalani hidup seperti biasa sekarang. Kami faham kerja masing-masing dan batasan yang perlu dijaga sebagai suami isteri.

“Jika ada yang ingin berbuat perkara tidak baik dengan kami di masa akan datang, insaflah sikit,” katanya.

Untuk rekod bapa Nynaa iaitu Harizal Hashim, 50, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam pada 11 November tahun lalu atas kesalahan mengvgvt dengan mengeluarkan sepvcuk p1st0l terhadap seorang lelaki.

Berdasarkan pertudvhan, Harizal did4kwa menakvtkan Mohamad Nur Usry Mohd Yusoff, 25, yang merupakan pengawal peribadi Nynaa dengan mengeluarkan sepvcuk p1st0l jenis CZP-07.

Sumber: mStar

Be the first to comment on "“Apa yang terjadi bagaikan n1ghtm4re bagi saya” – Suami pasang dua ‘b0dyguard’ jaga Nynaa Harizal, risau inslden sama berulang."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*