Video berkejaran dengan polis tvlar, ‘Mohd Naim’ dikesan positif dad4h

Sejak semalam, tvlar di media sosial berkenaan bebberapa video seorang lelaki berlari sambil dikejar anggota polis trafik di bahu jalan.

Hal ini diperoleh dari media sosial seperti Facebook dan aplikasi TikTok milik @shahh04._ sehingga mendapat pelbagai respon daripada warganet.

Lari ke semak

Justeru itu, menerusi laporan daripada Harian Metro, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir sedang mengesan individu tersebut yang melarikan diri ke dalam semak.

Katanya, sebelum kejadian itu, anggota polis trafik membuat penugasan di lokasi dan menahan sebuah Proton Persona yang dinaiki tiga lelaki.

“Ketika anggota menahan kenderaan itu, pada mulanya ketiga-tiga suspek berusia antara 21 hingga 37 tahun memberi kerjasama, tetapi selepas diarahkan berhenti di bahu jalan, kenderaan terbabit terus memecut laju, manakala seorang suspek melarikan diri ke dalam semak berhampiran.
“Hanya seorang saja suspek berusia 37 tahun berjaya ditahan dan lelaki itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambah Mohd Nasaruddin lagi, dua lelaki iaitu pemandu, Mohamad Afiq Saiedi, 21, dan svspek yang dikejar anggota polis, Mohd Naim Azmi beralamat di Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah melarikan diri.

Hasil saringan air kencing mendapati bahawa suspek positif dad4h jenis methaphetam1ne  dan hasil semakan mendapati terdapat empat  rekod kesalahan lampau termasuk berkaitan dadah.

Setakat ini, pihak polis telah berjaya mengenal pasti suspek dan tangkapan akan dilakukan dengan kadar segera. Suspek juga akan disiasat mengikut  Seksyen 26(2) Akta Polis.

Sumber: Harian Metro (Hidayatidayu Razali), TikTok @shah04.__

Be the first to comment on "Video berkejaran dengan polis tvlar, ‘Mohd Naim’ dikesan positif dad4h"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*