Selepas Kena ‘Reject’ Dgn Shuib ,Tak Sangka Vida Cakap Macam Ni ‘Sah-sah saya pun tak nak Shuib’

PETALING JAYA – Berlapang dada apabila hasrat ingin berjodohan pelakon dan pelawak Shuib sepertinya ditolak, usahawan sensasi Datuk Seri Vida sebaliknya tidak putus asa berdoa agar urusan jodohnya dipermudahkan Tuhan.

Kata pemilik nama lengkap, Hasmiza Othman itu, dia tidak kisah sekiranya hasrat mahu menggantikan kedudukan Allahyarham Siti Sarah dalam hati Shuib tidak kesampaian.

“Tidak mengapa, kita ‘move on’ sahajalah. Kalau Shuib tak nak (berjodohan dengan saya), dah sah-sah, saya pun tak nak juga.

“Namun, saya mendoakan yang terbaik buat Shuib sekeluarga agar bertemu pengganti sesuai mengisi posisi isteri dan paling penting, ibu buat anak-anaknya,” katanya kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Biarpun hasrat ingin berjodohan seperti ditolak Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, Vida berharap hubungan baik antara mereka tetap terjalin.

“Saya dengan Shuib memang tiada masalah. Dia seorang usahawan berjaya dan saya juga mencari rezeki dalam dunia perniagaan.

“Saya tak mahu disebabkan isu ini hubungan kami sebagai kawan menjadi keruh. Saya kenal benar Shuib, termasuk arwah isterinya.

“Saya menghormati hasrat dan keputusannya dan sebagai seorang wanita, saya tetap meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Banyak lagi perkara yang saya boleh lakukan dan kecapi bersama atau tanpa lelaki bernama suami. Cuma pesan saya, anak-anak memang perlukan kasih sayang seorang ibu dan saya percaya, anak-anak Shuib juga begitu,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Vida, 50, secara terang-terangan membuat pendedahan tidak menolak jika ditakdirkan berjodohan dengan Shuib dan menganggap pelawak itu memenuhi kriteria atau ciri-ciri lelaki idaman yang dicarinya selama ini.

“Tak Mungkin Bercinta Dengan Vida, Saya Cari Seseorang Yang …” – Shuib

Pelawak dan usahawan terkenal Shuib menegaskan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida bukan individu yang sedang dikenalinya ketika ini.

Kata Shuib kepada Harian Metro, dia bagaimanapun selesa berkawan dengan Vida hanya untuk urusan bisnes makanan yang sedang diusahakan bersama-sama ketika ini.

“Vida bukanlah individu yang sedang saya berkawan sekarang. Walaupun ramai yang cuba meneka dengan menamakan beberapa individu lain tapi identitinya biarlah rahsia sebab kami masih dalam peringkat perkenalan.

“Sebenarnya saya dengan Vida sudah lama berkawan sejak arwah Siti Sarah masih ada lagi. Kami sama-sama berkolaborasi menjalankan perniagaan Unagi.

“Jadi tak mungkinlah saya akan bercinta dengannya. Lagipun kami berdua tak sepadan sebab dia memiliki pengaruh yang terlalu besar dan memiliki segala-galanya.

“Sementara saya mencari seseorang yang sederhana dan mampu menjaga anak-anak saya yang masih kecil sebaik mungkin,” ujarnya.

Sesiapa sahaja jodoh yang bakal hadir dalam hidupnya, kata Shuib wanita terbabit perlu mendapat persetujuan ibu serta anak-anaknya.

“Kalau boleh soal jodoh ini saya tak mahu bercerita sangat sebab terlalu sensitif. Lagipun jodoh ini rahsia Allah. Saya boleh merancang dengan siapa yang saya nak berkawan tapi tak tahu adakah dia jodoh terbaik saya.

“Cuma andai satu hari saya terbuka hati untuk berkahwin, wanita ini perlu mendapat persetujuan daripada ibu dan anak-anak saya terlebih dahulu,” katanya.

Vida sebelum ini memaklumkan tidak menolak seandainya ditakdirkan bercinta dengan Shuib yang disifatkan punyai ciri-ciri lelaki idamannya.

Sumber: Harian Metro

Sumber: K! ONLINE

Be the first to comment on "Selepas Kena ‘Reject’ Dgn Shuib ,Tak Sangka Vida Cakap Macam Ni ‘Sah-sah saya pun tak nak Shuib’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*