“Jatuh air mata jantan” – Suami ‘Surprise’ Isteri Lepas Setahun Tak Jumpa Buat Ntizen Seb4k

Bak kata orang dulu-dulu, “sayang isteri ditinggal-tinggalkan”, ini kerana suami kadang-kadang perlu bertugas jauh dan lama bagi mencari rezeki untuk keluarga. Lagi pula bila ada rasa rindu tu pasti hubungan lebih bahagia dan manis kan?

Baru-baru ini, melalui TikTok Aminnul Shafiq telah memuat naik video dia membuat kejutan untuk isterinya yang dikatakan telah tak jumpa sejak 11 bulan yang lalu.

Dalam video yang dikongsikan itu, lelaki tersebut telah menyamar sebagai maskot Mickey Mouse untuk menghiburkan isterinya yang sedang minum di sebuah restoran.

Lelaki ini telah berlakon seperti dia telah jatuh hati dengan isterinya dan asyik mengganggunya sehingga kelihatan seperti wanita tersebut malas hendak melayannya.

Kalau korang tengok lagi video dekat bawah ni, Aminnul turut memberikan sejambak coklat kepada isterinya dan meminta wanita itu bangun untuk ambil gambar dengannya. Haha memang tak selesa betul muka isterinya melayan kehendak Mickey Mouse ni…

Aminnul kemudiannya membuka topeng kostum yang dipakainya sebelum pergi ke sebelah isterinya untuk menyapa. Dapat dilihat, wanita ini kemudiannya terkejut bila melihat lelaki dalam kostum tersebut adalah suaminya sendiri.

Abangggg”

Selepas terdiam seketika, wanita ini kemudiannya memeluk Aminnul sambil menumbvk manja suaminya itu. Isterinya ini turut mengalirkan air mata kegembiraan bila dapat bertemu semula dengan suaminya selepas sekian lama. Alahai so sweet…

“Jatuh air mata jantan aku”

Video yang telah mendapat lebih 600k tontonan di TikTok ini telah membuatkan ramai ntizen seb4k. Ada juga yang memuji wanita tersebut yang dilihat sentiasa menjaga pandangan walaupun suaminya jauh.

Sumber: LM

Be the first to comment on "“Jatuh air mata jantan” – Suami ‘Surprise’ Isteri Lepas Setahun Tak Jumpa Buat Ntizen Seb4k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*