Diminta Buat Ujian DNA, Ryzal Ibrahim Nak S4man Individu Ini

Pasangan popular Duriankimchi, Ryzal Ibrahim dan Maryam sebelum ini sering kali menjadi bahan kec4man ntizen. Terdahulu, Maryam atau nama sebenarnya You Narae dikr1tik kerana tidak berpantang ikut cara tradisional Melayu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

Terbaru, Ryzal meluahkan rasa kecewa apabila ada netizen ‘celup4r’ menyuruhnya melakukan ujian DNA dan mendakwa wajah anak langsung tidak sama dengannya.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Ryzal berkata, dia akan mengambil tindakan undang-undang kepada netizen yang membuat tudvhan keterlaluan itu.

Kita hantar surat cinta peguam

Ryzal turut memberi pesanan supaya individu itu menjaga mulut dan tidak rasa terlalu ‘bebas’ untuk berkata-kata.

Menurut Ryzal lagi, apa yang ditulis individu itu adalah f1tn4h. Dalam erti kata lain individu itu menudvh bay1 itu bukan anaknya sehingga perlu membuat ujian pengesahan.

Difahamkan, individu itu cuba melarikan diri dengan menukar nama Instagram, tetapi sebenarnya URL profile sudah cukup untuk menjejak lokasinya.

Hmm, memang keterlaluan tudvhan tu kan? Siapa yang tak marah bila maruah diri dipijak-pijak begitu. Semoga segala urusan Ryzal dan Maryam dipermudahkan.

Dipaksa Berpantang Ikut Adat Melayu, Ryzal Ibrahim Mohon Hormati Maryam

Menerusi satu perkongsian di Instagram, personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim meminta netizen supaya tidak memaksa isterinya, Maryam berpantang mengikut adat Melayu.

Kata Ryzal lagi, dia berharap netizen memberi ruang kepada isterinya, Maryam untuk menjalani tempoh berpantang mengikut budayanya. Ryzal menegaskan isterinya yang juga warga Korea hanya menukar agama kepada Islam dan bukan menukar kaum.

“Maryam atau nama sebenarnya You Narae, iaitu seorang wanita warga Korea. Isteri saya bukan Melayu, bukan Cina dan bukan India. Budaya negara lain tidak diwajibkan untuk dia ikuti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)


“Isteri saya peluk Islam atau erti kata lain tukar agama dan bukannya tukar budaya. Jadi, janganlah paksa orang menerima budaya bukan miliknya,” katanya.

Ryzal berkata isterinya masih lagi berpantang mengikut cara Melayu tradisional seperti bertungku, mengurut, mandi herba dan makan makanan pantang.

Dalam pada itu, Ryzal turut meluahkan rasa ha1ran apabila amalan berpantang yang diamalkan kaum Melayu seolah-olah diwajibkan juga ke atas kaum lain walaupun berbeza budaya.

“Kalau budaya pantang Melayu itu wajib untuk semua kaum, adakah orang Islam di Korea Selatan, Jepun, dan Eropah akan kena ikut juga?

“Maryam masuk Islam, bukan masuk kaum (jadi Melayu). Budaya dan warisan keluarga di Korea masih miliknya walaupun dia seorang Muslimah atau saudara baru,” tulisnya.

Terdahulu, ada beberapa komen netizen mengkrit1k cara Maryam yang sedang berpantang yang dianggap tidak bersesuaian.

Sumber: OhMedia

Be the first to comment on "Diminta Buat Ujian DNA, Ryzal Ibrahim Nak S4man Individu Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*