“Jari saya jadi biru pvcat” – Gadis Ini Serlk Amal ‘Diet Air Mineral’ Selepas Takut Tengok Kesannya

SETIAP wanita pasti mahu memiliki tubvh yang ramping dan menawan.

Pelbagai kaedah, tip atau diet yang diamalkan demi menurunkan berat badan.

Namun ada yang ‘tersalah percaturan’ dalam merealisasikan impian tersebut sehingga boleh memud4ratkan kesihatan, sebagaimana yang dialami oleh gadis ini.

Hanya mahu dikenali sebagai Nurin Jamaluddin, gadis ini berkongsi pengalaman apabila tapak tangannya berubah menjadi biru pucat gara-gara mengamalkan diet yang agak ekstrem.

“Saya nak turunkan berat badan kerana banyak baju tak muat dan juga rasa memang patut diet sebab berat badan makin hari makin naik.

“Saya tak consult dengan mana-mana orang pun (coach). Hanya ikut cara diet sendiri je. Saya ajar diri untuk tak makan kemudian setiap hari jadi terbiasa.

“Tambah-tambah lagi masa mula diet tu, saya baru nak start kerja jadi memang tak kisah la pasal makan ni sebab sibuk kerja. Memang berhenti terus makan waktu tu. Pergi kerja hanya bawa air mineral.

“Saya hanya ambil makanan pada waktu petang. Saya ambil nasi, itu pun dalam portion yang kecil,” cerita gadis berusia 20 tahun ini.

Tapak tangan Nurin bertukar pucat gara-gara menahan lapar.

Menurut Nurin, selama lima bulan dia mengamalkan kaedah tersebut, berat badannya turun dari 69 kilogram (kg) kepada 55kg.

Namun ketika dalam proses diet ekstrem tersebut, peristiwa yang berlaku pada Mac tahun lalu ibarat ‘penggera’ buat gadis ini dan menyedarkan dirinya agar mengubah pola pemakanan yang sama sekali tidak sihat.

“Kejadian itu berlaku pada 20 Mac 2021. Jari saya jadi biru puc4t. Saya rasa sebab tak makan langsung… saya hanya minum air mineral.

“Mujurlah tak lama pun…. petang tu jadi biru dan berlarutan sampai malam. Bangun esok tu dah perlahan-lahan hilang sebab malam tu makan je banyak-banyak sebab dah agak dah jadi macam tu sebab tak makan.

Alhamdulillah lepas kejadian tu saya okay. Saya masih diet lagi selepas itu tapi tidaklah sampai tak makan terus.

NURIN JAMALUDDIN

“Sudah tentu perasaan waktu jari biru tu memang t4kutlah. Sebelum tangan jadi macam tu, berat memang dah banyak turun. Selepas kejadian itu, saya berhenti diet sebab berat pun dah turun,” ujarnya yang menjalankan bisnes secara dalam talian.

Walaupun keadaannya tidak serius, namun Nurin mengakui ser1k untuk mengulangi kaedah yang sama.

“Alhamdulillah lepas kejadian tu saya okay. Saya masih diet lagi selepas itu tapi tidaklah sampai tak makan terus. Kalau rasa lapar, saya ambil roti… kalau dulu, saya minum air mineral saja jika lapar.

Berat Nurin turun sebanyak 14kg ketika mengamalkan diet ‘air mineral’.

“Tapi sekarang saya tak diet macam tu dah. Berat badan pun perlahan-lahan naik semula… pagi-pagi makan nasi lemak saja.

“Nasihat saya kalau ada yang nak kurus tu, tolonglah ikut cara yang betul. Jangan amalkan diet yang salah… nanti menyesal kemudian hari,” kata gadis yang berasal dari Terengganu ini lagi.

Sehingga kini, perkongsian Nurin di aplikasi TikTok mengenai pengalaman dietnya itu meraih melebihi 171,000 jumlah tontonan.

Sumber: mStar

Be the first to comment on "“Jari saya jadi biru pvcat” – Gadis Ini Serlk Amal ‘Diet Air Mineral’ Selepas Takut Tengok Kesannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*