Individu Mlsteri beri Abang Viva Yamaha XJ6 Diversion

Kisah Abang Viva yang dianggap sebagai unsung hero membantu m4ngsa banjir mendapat pujian rakyat tempatan.

Bahkan usahanya itu juga membuatkan beberapa individu ingin memberi tajaan kenderaan buat Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar.

Jika sebelum ini dia menerima trak pikap, terkini Azwan menerima sebuah motosikal Yamaha XJ6 Diversion.

Kisah itu dikongsi menerusi akaun Facebook Icity MotoWorld Sdn Bhd dengan kapsyen “Terima Kasih Kepada Abang Viva, Buat Baik Dibalas Baik.”

Menurut rakan media MotoMalaya, motor berkenaan diberikan seorang individu sebagai hadiah kepada Azwan.

Di samping itu, Icity Motoworld turut memberikan beberapa aksesori misalnya helmet, jaket dan beg.

Kisah Abang Viva mendapat perhatian warga tempatan apabila dia antara yang terawal membantu mangsa banjir di Selangor dengan hanya menaiki sebuah Perodua Viva untuk membawa bot.

Bahkan sepanjang misi berkenaan dia bermalam dalam bot.

Dalam pada itu,Sebelum ini tul4r di media sosial tentang seorang usahawan yang juga Pengarah Shalicious Empire Sdn. Bhd., Wan Siti Aishah Wan Hasan atau lebih dikenali sebagai Sha Hasan sedang mencari Azwan Omar, 29, atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ untuk menghadiahkannya sebuah kereta.

Perkara tersebut mendapat liputan meluas dan pelbagai reaksi ntizen. Ramai yang katakan ‘hadiah’ yang ingin dia berikan pada Abang Viva semata mata marketing.

Perkara ini telahpun usahawan itu jelaskan bahawa pemberian dia kepada Abang Viva adalah ikhlas dan bukan untuk tujuan marketing.

Bismillahirahmanirahim.. Harap penjelasan sy dapat clearkan segalanya. Sy dengan rendah diri memohon maaf jika posting atau tindakan sy membuatkan segala kekecohan.

Dari awal niat saya ikhlas & x lain x bukan untuk memberikan sedikit sumbangan demi memudahkan segala urusan untuk membantu lebih ramai orang. Sy harap selesai disini & sekali lagi sy mohon maaf. InsyaAllah jika ada rezeki esok sy akan berjumpa dgn abg viva. Doakan yg terbaik

VIDEO:

Ini kata kata usahawan wanita selepas berjumpa dengan Abang Viva

“Sy mintak izin dengan abg Azwan Omar untuk record video ni supaya dapat clearkan pada netizen yg mengec4m & berbuat pelbagai andaian yg kedua dua pihak antara sy & abg viva sangat okay, x de masalah. Kami enjoy je 

Seronok dengar kisah abg viva ni share. Kami usik mengusik dia, dia senyum je. Sy terdetik dalam hati.

Bijaknya percaturan Allah sehingga melorongkan pelbagai rezeki untuk beliau kerana keikhlasannya sejak 2010 menggalas tanggungjawab yg sangat besar, menjaga orang tuanya & dua anak yatim (anak saudara beliau) dan sekarang membantu orang ramai tanpa hiraukan apa sahaja halangan.

Tak ada apa pun dari sy sendiri, memamg dia layak dapat penghargaan. Rezeki orang baik SubhanaAllah. Semoga abg viva terus dimewahkan rezeki Amin”

Sumber: Sha Hasan

Sejak akhir-akhir ni, nama Abang Viva selalu menjadi topik perbualan di kalangan netizen lagi-lagi di media sosial selepas viral dengan sikap prihatinnya membantu m4ngsa-m4ngsa banj1r yang terjejas.

Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Bin Omar difahamkan sehingga kini masih lagi aktif dalam menghulurkan bantuannya kepada mereka yang masih terjej4s akibat banj1r baru-baru ini.

Dek kesanggupan dan usahanya dalam membantu m4ngsa banj1r, Abang Viva telah dianugerahkan Adiwira Prihatin Musibah dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Detik istimewa itu dikongsikan sendiri oleh Abang Viva menerusi akaun rasmi TikToknya iaitu @abangvivaofficial.

“Allhamdulillah atas berkat doa mak ayah dan orang ramai semua sy telah menerima sijil pnghrgaan ADIWIRA PRIHATIN MUSlBAH” – Abang Viva

Penerimaan sijil penghargaan itu menerima reaksi yang positif dari ntizen di bahagian komen yang rata-rata memuji bahawa sememangnya Abang Viva layak untuk menerima anugerah tersebut kerana jasa baiknya ketika rakyat dilanda mus1bah.

Mula buat akaun TikTok, guna duit live bantu m4ngsa banj1r

Dalam pada itu, Abang Viva membuat keputusan untuk membuka akaun rasmi TikToknya pada Isnin lalu untuk berkongsikan segala pengalamannya ketika membantu m4ngsa banj1r.

Sanggup mengambil cuti kecemasan dan enggan menerima segala tajaan dalam proses menyelamat m4ngsa banj1r, lelaki kelahiran Melaka itu diberikan sijil kepujian Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam 2021 (Adiwira Musibah Banj1r) dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). 

Anugerah itu diberikan atas jasanya menyelamat orang awam sepanjang Monsun Timur Laut.

Perkara itu dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi APM.

ADIWIRA PRIHATIN MUSlBAH “ABANG VIVA”

“Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed menyampaikan ‘Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjaya’kepada Azwan bin Omar (Abang Viva) atas keprihatinannya membantu m4ngsa banjir di Shah Alam dengan membawa sebuah bot atas bumbung kereta dari Melaka.

“Sijil disampaikan semasa lawatan beliau ke Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PDPA), Temerloh, Pahang pada Selasa,” katanya.

Warga maya menyatakan rasa terharu melihat penghargaan yang diberikan kepada anak muda itu.

– “ Saya menangis, memang hati tisu bab-bab begini.”

– “Yang buat saya tabik spring, dia membantu dalam keadaan wang sakunye RM50, makan apa yang ada. Nekad dalam perjuangannya, dengan izin ALLAH.”

– “Anda memang layak bro, nama disebut dalam khutbat.”

– “Alhamdulillah, tahniah. Ya ALLAH, saya seb4k…”

– “Moga terus sukses. Saya yang lihat ini menangis. Tumpang gembira sampai menitiskan air mata.”

– “Tahniah Azwan, awak memang layak digelar adiwira.”

Malah rata-rata mahu Abang Viva menjadi salah seorang penyelamat di bawah badan itu.

– “Bagi dia jawatan tetap dan berpencen dalam APM”

– “Tolong bagi jawatan penyelamat APM kepada Abang Viva.”

– “Harap lepas ni Azwan diserap masuk APM.”

Baru-baru ini dilaporkan mengenai anak muda ini yang sanggup datang dari negeri Melaka ke Selangor dengan berbekalkan RM50.

Dia yang tiba dengan menaiki Perodua Viva membawa bot getah untuk membawa keluar m4ngsa banj1r terkand4s.

Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com

Be the first to comment on "Individu Mlsteri beri Abang Viva Yamaha XJ6 Diversion"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*