Tampannya Bakal Suami! Anak Sultan Brunei Bakal Mendirikan Rumahtangga 20 Januari Ini

Kekanda Pengiran Muda Putera Abdul Mateen, Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, 36, yang merupakan anak perempuan kedua bongsu Sultan Brunei bersama Puan Hajah Mariam bakal mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi.

10 Hari Acara Majlis Perkahwinan Diraja Berlangsung

Menerusi pengumuman dari Instagram Brunei Royal Family, istiadat perkahwinan diraja ini bakal bermula pada 16 Januari 2022 dan majlis akan tamat pada 25 Januari 2022. Berikut adalah tarikh istiadat sepanjangan 10 hari majlis berlangsung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @bruneiroyalfamily

  • 16 Januari : Majlis Istiadat Bersuruh Diraja
  • 17 Januari : Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga dan Majlis Istiadat Menjunjung Kurnia Gendang Jaga-Jaga
  • 18 Januari : Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja juga Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja
  • 19 Januari : Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja
  • 20 Januari : Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja
  • 23 Januari : Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja
  • 24 Januari : Majlis Persantapan Diraja
  • 25 Januari : Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga

Netizen Ucap Tahniah

Pengumuman di Instagram keluarga diraja Brunei itu membuatkan ramai warganet membanjiri ruangan komen, dengan ucapan tahniah dan mendoakan kebahagian pasangan pengantin diraja tersebut.

Foto – Instagram @bruneiroyalfamily

“Tahniah!!! Semoga dipermudahkan segala urusan istiadat perkahwinan diraja. Amin Ya Rabbal Alamin x3”

“Tahniah Puteri Fadzilah dan Awang Abdullah”

“Alhamdulillah tahniah” komen mereka

Kami mengucapkan selamat pengantin baru kepada Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, semoga baginda berbahagia bersama pasangan pilihan sehingga jannah-Nya.

Sumber:murai.my

Be the first to comment on "Tampannya Bakal Suami! Anak Sultan Brunei Bakal Mendirikan Rumahtangga 20 Januari Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*