Trkejut TvIar Suami ‘Heliza’ Dah Hilang Janggut dan Tumbuh Rambut, Rupanya ini Indentiti Lelaki Tersebut

Gara-gara memiliki wajah mirip Datin Seri Heliza Helmi, seorang wanita ini mencur1 tumpuan warganet.

Ia selepas penyanyi dan aktiv1s kemanusiaan itu selamat mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu.

Menurut wanita dikenali sebagai Siti Masitah itu, dia mengakui menerima banyak pesanan mesej berhubung perkahwinan selebriti tersebut.

Selain pengikutnya juga turut bertambah di media sosial.

“Tadi tengahari (1 janari) kami pi kenduri kahwin. Dah lama tak pekena nasi kenduri. Alhamdulillah, pembukaan awal tahun 2022 ni dapatlah jamah nasi kenduri.

Pada masa yang sama, ramai pulak yang peyem dan mention CikMasz (nama panggilannya) memberitahu perkhabaran gembira.. “Heliza dah kahwin kak”

Patutlah kat tiktok tetiba bertambah followers CikMasz. Tak tahulah sampai bila CikMasz ni nak dikaitkan dengan Heliza. Padahal ni CikMasz selalu kait mengait benang je,” tulisnya menerusi sebuah posting di laman Facebook.

Malah, wanita yang dipercayai menjalankan bisnes berasas produk mengait itu turut menjadi perhatian di aplikasi TikTok.

Ia selepas memuat naik satu video k0mpilasi bersama suaminya, Syukor Sharif.

Menerusi video berkenaan, wanita menetap di Pulau Pinang itu berkongsi tangkapan skrin komen seorang individu yang terkeliru menganggap foto Masitah sebagai Heliza bersama seorang ‘lelaki asing’.

“Ya Allah, ingatkan Heliza Helmi, mirip sangat. Ingatkan dengan suami dia ke, nampak lain macam.

Betul-betul ingat suami dia dah buang janggut sampai jadi rupa begini,” tulis individu tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata mengakui wajah wanita tersebut seiras Heliza yang boleh membuatkan ramai keliru sekiranya tidak diselidik dengan betul.

Terdahlu, Heliza atau nama penuhnya Nur Heliza Helmi berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman yang membawa imej berjambang panjang sehingga dikutuk netizen.

Sumber: Facebook CikPuan SitiMasitah , TikTok @cikmasz_crochet , Instagram Heliza Helmi

Be the first to comment on "Trkejut TvIar Suami ‘Heliza’ Dah Hilang Janggut dan Tumbuh Rambut, Rupanya ini Indentiti Lelaki Tersebut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*